Adab Anak
Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kejadian rogol, sumbang mahram
atau kes-kes bersekedudukan antara ayah dengan anak-anak atau yang melibatkan adik beradik
masih lagi hangat diperbincangkan.
Artikel ini ingin menyelami persoalan penting mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibu bapa
dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri yang kurang dititikberatkan atau diberi tumpuan oleh
sebahagian ibu bapa.
Hal ini akhirnya mencambahkan benih kemaksiatan sehingga berkembang biak, yang dibimbangi jika
tidak ditangani akan menjadi dahan pohon yang sukar untuk dicantas lagi.
Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan pada peringkat awal kerana mencegah
lebih baik daripada merawat.
Justeru itu, Islam datang bertujuan memelihara maruah manusia dan menutup apa jua ruang yang
boleh membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan.
Kes-kes `haruan makan anak' seperti yang berlaku hari ini sebenarnya boleh dielakkan seandainya
ibu bapa mengambil berat dan memahami beberapa adab dan syariat yang telah disusun oleh Islam,
yang melindungi aurat dan maruah anak-anak juga ibu bapa itu sendiri.
Nabi s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, (suci bersih) kedua-dua ibu bapalah yang
mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Demi melindungi aurat serta maruah anak-anak, Islam telah menyusun beberapa adab dalaman
dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunah
Rasulullah s. a. w sendiri.
Kesucian sumber ini secara semula jadinya mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan
menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan
kepada Allah s. w. t.
Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa.
Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah s. w. t. dalam al-Quran melalui firman-Nya yang
bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum
baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu
sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan
sesudah sembahyang isyak.
Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah
bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk
kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka
meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(An-Nur: 58-59)
Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan `harta' yang menjadi
benteng maruah kepada sesebuah keluarga.
Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya.
Oleh itu anak-anak, sama ada yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus diatur dan dididik
menghargai dan menghormati tempat tidur ibu bapa, terutama waktu-waktu tertentu ibu bapa yang
menyentuh masa istirahat mereka.
Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi
salam dan meminta izin terlebih dahulu.
Allah s. w. t. menjelaskan bahawa kedudukan atau tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan
ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi.
Oleh itu untuk menjaga aurat dan kehormatan diri mereka, anak-anak sewajarnya diajar akan adab-
adab meminta izin terlebih dahulu. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas iaitu:
1. Sebelum solat Subuh Waktu ini ialah waktu ketika ibu bapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini
juga kemungkinan adalah waktu ibu bapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar
agar mengetuk pintu bilik ibu bapa sebelum masuk.
Hal ini kerana waktu inilah kemungkinan waktu-waktu `persendirian' bagi ibu bapa. Mungkin ketika itu
peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibu bapa.
2. Sekitar sebelum waktu Zuhur Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu `Qailulah' iaitu antara waktu
yang disunatkan untuk tidur sebentar.
Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat atau kemungkinan sedang tidur atau bersiap-siap
untuk menunaikan solat Zuhur.
Justeru itu anak-anak sewajarnya diajar adab meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibu bapa
mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.
3. Selepas Isyak Waktu-waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau
kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik.
Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan
ibu bapa terpelihara.
Tegasnya bahawa gerak laku yang diatur oleh Allah s. w. t. melalui adab meminta izin ini menjelaskan
kepada kita betapa Islam sangat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman
melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan
masyarakat luar.
Hal ini kerana, waktu-waktu yang disebutkan di atas tidak terhad hanya kepada ruang dalaman rumah
kita sahaja, malah ia merangkumi etika kejiranan yang melibatkan komuniti di luar rumah kita.
Waktu yang disusun oleh Allah s. w. t. itu juga mengandungi hikmah yang tersendiri, yang sebenarnya
mendidik ibu bapa dan anak-anak agar tidak bertamu ke rumah jiran tetangga atau sahabat handai
yang boleh mengganggu ketenteraman dan waktu rehat mereka.
Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga adab-adab tersebut, pemeliharaan aurat juga
wajar dipraktikkan oleh Ibu bapa sendiri melalui konsep `Kepimpinan Melalui Teladan'.
Jika anak-anak yang masih kecil pun harus diatur dan dididik dengan adab-adab yang melindungi
maruah dan aurat ibu bapa, maka ibu bapa juga seharusnya menjaga penampilan diri mereka melalui
etika pakaian yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati syarak terutama di hadapan anak
-anak.
Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam, yang boleh
menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden yang tidak baik
Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu daripada sunah
dan etika yang digariskan oleh Rasulullah s. a. w. untuk memelihara aurat anak-anak dan membentuk
adab mereka dengan akhlak yang sempurna.
Pembahagian struktur ini telah disusun oleh Nabi s. a. w. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila
usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka
(antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)
Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala negatif,
Islam telah menutup ruang atau benih-benih yang boleh membawa gejala tersebut.
Pertama sekali, Islam telah menyusun struktur dalaman sebuah rumah. Rumah yang baik sekurang-
kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan
dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.
Hal ini sebenarnya berhubung kait dengan faktor perkembangan seksologi anak-anak. Biasanya ia
bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan kemudian berlakunya beberapa perubahan
terutama dari segi fizikal mereka.
Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa perubahan
hormon dalam tubuh badan seseorang.
Perkembangan jantina ini - dalam Islam ia disebut sebagai peringkat umur baligh - biasanya akan
memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga mendorong sikap dan tindakan `ingin
tahu' mereka.
Maka di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah s. a. w. supaya ibu bapa memisahkan
bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur mereka 10 tahun supaya aurat mereka
terpelihara dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh mencemarkan kesucian agama dan
keturunan mereka.
Senario kegawatan akhlak remaja Islam dan yang berlaku dewasa ini boleh diatasi sekiranya ibu
bapa menjaga keluarganya dengan adab-adab berdasarkan sunah dan syariat yang telah diatur oleh
Islam.
Hal ini dinyatakan oleh Allah s. w. t. melalui firman-Nya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang
bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras
kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan
kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahrim: 6)

Comments