Skip to main content

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 )

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 )


Ramai yang tidak tahu akan kesan beriman kepada RukunIman ini,rata-rata umat islam hanya mengetahui akan Rukun Iman serta isinya sahaja. Maka tiada meberi impak pada hati dan rohani kita sebagai umat Islam dan hamba Allah disi akan mengakibat terjejasnya Amal Ma'aruf Nahi Mungkar .

Kesan Beriman Kepada Allahswt.

1) Akan melahirkan manusia yang sanggup berkorban,ikhlas,jujur,merendah diri,benar & mengenepikan masalah peribadi.
2) Menghalang daripada melakukan maksiat dan sebarang keburukkan,sebab segala kegiatan atas aktiviti yang dijalankan akan tunduk dibawah kekekuasaan dan pengaruh iman kepada Allahswt.
3) Menyuluh kita segala liku hidup yang gelap kepada cahaya mendapatkan kekuatan dan perlindungan kepada Allah apabila ditimpa kesusahan.Kerana telah menjadi adat manusia ada masa ia susah ada masa ia senang, oleh itu kepada mereka yang beriman kepada Allah ia akan meminta perlindungan kepada Allah tetapi kepada mereka tang tidak beriman sudah tentu mereka tidak ada tempat pengharapan bagi mengantungkan nasib mereka.
4) Allah akan memberi ketenangan pada jiwa orang-orang yang beriman.Seperti janjinya dalam Al-Quran:
يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ
Terjemahan : " Barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya ia menunjukkan hatinya".
Surah Al-Taghabun 64:11
5) Mengarahkan fikiran kepada makna ketuhanan yang sebenar menerusi bukti-bukti dan dalil-dalil ke arah pemikiran yang positif dan merdeka.
6) Mendidik hati seorang dan memperbaiki jiwanya,iaitu dengan cara memahami nilai-nilai akhlak yang murni dan menghiaskan diri dengannya dan mengarahkannya kepada kebajikan dan keehsanan,mencegah nafsu dan keinginan naluri-naluri yang tidak sihat daripada mempengaruhi akal dan fikirannya.Disamping itu sentiasa menyedarkannya supaya sentiasa mengingati Allah dan berwaspada terhadap balasan diakhirat,supaya setiap mukmin selalu melakukan kerja-kerja yang baik dan membina.

Kesan Beriman Kepada Malaikat.
1) Dapat menimbulkan kemesraan dihati dan perasaanya serta menanamkan perasaan berhati-hati daripada melakukan maksiat dan dosa supaya tidak dicatatkan oleh malaikat bertugas.
2) Menanamkan kedalam hati oran-orang mukminin keinginan yang kuat melakukan perkara yang baik dengan seelok-eloknya supaya malaikat yang ditugaskan itu mencatatkan kebaikkanya inilah pengawasan Tuhan yang menggerakkan motif kearah kebaikkan dalam diri orang mukminin serta menghalahkan motif-motif kearah kejahatan.


Kesan Beriman Kepada Rasul.
1) Manusia yang beriman kepada Rasul ia sudah bersedia bersedia menghadpi saat itu. Dia juga mengetahui apa yang akan berlaku selepas itu dan dengan ini ia akan membuat persediaan semasa dia hidup didunia ini.
2) Manusia akan mengetahui akan kedudukkannya dia alam ini, tahulah ia akan tugasnya diatas muka bumi ini. Dia mengetahui hubungannya dengan lain-lain makhluk Allah dan mengetahui dengan jelas tentang tuhannya dalam semua urusannya yang umum dan khusus.
3) Manusia akan mengikut tingkah laku baginda kerana beliau merupakan suri teladan yang paling unggul.Apabila baginda yang dijadi model oleh semua manusia maka terhindar dari gejala sosial yang tidak baik.
4) Segala ibadah yang manusia lakukan tepat seperti manusia yang ditunjukkan oleh baginda. Disana tiada unsur bida'ah dalam ibadah kerana apa yang ditunjukkan oleh baginda adalah yang paling tepat.


Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun?

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun? Assalamualikum.. Hari ini merupakan 10 zulhijjah 1430, selepas selesai solat & mendengar khutbah raya. Saya dan rakan terus pulang ke rumah. Seterusnya semua mereka bersiap untuk menghadiri jemputan ke rumah En. Sulaiman. Lain pula bagi saya & rakan sebilik (usama) bersiap untuk berjumpa tetamu warga Malaysia yang berkunjung di bumi syam Jordan ini. Ditugaskan untuk membawa mereka melancong. Excited sangat, maklumlah kali pertama membawa orang melawat kawasan Jordan. Memang sebelum ini saya bercita-cita mahu mencari pengalaman selain ingin mengenali Jordan ini dengan lebih lagi. Antara tempat yang kami lawati pada hari pertama raya haji ini adalah makam Nabi Syuaib a.s., laut mati, gua ashabul kahfi & Jabal Qala`ah. Ke mana-mana sahaja tempat kami lawati ada sahaja cerita yang kami (saya & sahabat tadi)ketengahkan. Terutama sekali sewaktu di Makam Nabi Allah Syuaib a.s. saya berlagak sebagai seorang penterjemah, bila seorang penjaga menceri...