Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Senarai Harapan Menjadi Isi Tong Sampah?

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat tahun baru untuk kalendar masihi. Tahun berubah dan sentiasa menjadi baru. Manusia juga berubah menjadi menjadi baru cuma apa yang menjadi baru itu kita tidak tahu. Sebenarnya ramai orang Malaysia yang jarang duduk dan muhasabah diri di tahun baru. Mungkin terlalu sibuk dengan kesibukan yang kita sendiri cipta. Itu adalah salah satu punca kegagalan ramai orang yang tidak mempunyai pembaharuan sungguhpun tahun itu sentiasa berubah menjadi baru. Hari ini kalau disuruh kita menyenaraikan apa yang kita mahu ubah untuk tahun baru, maka kita akan mengambil pen dan kertas lantas menyenaraikan apa yang bermain di minda. Ia mungkin mengambil masa 5 minit dan siaplah satu senarai perkara yang mahu kita ubah sempena tahun baru. Tapi percayakah anda jika saya katakan bahawa sepantas senarai itu dibuat, sepantas itu juga senarai itu dilupakan? Maka lima minit selepas itu, senarai itu hanya menjadi sehel