Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Konspirasi Atau Dengki?

Dalam tempoh beberapa tahun ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) telah menerima banyak rungutan daripada ahli-ahlinya di mana perniagaan mereka dihujani dengan tohmahan yang mengatakan ianya merupakan perniagaan "Ali Baba" atau dimiliki pemilik bukan Islam serta sebagainya. Perkara seumpama ini biasanya berlaku kepada perniagaan/jenama yang mula dikenali ramai contohnya Ubat Gigi Mu'min, Laksa Shack, Adabi, Aminah Hassan dan beberapa lagi jenama terkemuka milik peniaga Bumiputera Islam. Sebahagian dari mereka telah mendapat kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab ini, ianya dilihat dari hasil jualan serta keuntungan mereka semakin merosot setiap hari, ini mungkin disebabkan rasa sangsi daripada pengguna Islam terhadap mereka. Mari kita renungkan bersama... kekeliruan terhadap status pemilikan sesebuah perniagaan milik peniaga Muslim biasanya akan menimbulkan kesangsian dikalangan pengguna sekaligus tidak lagi memberikan sokongan, ini merupakan titik permulaan

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya: 01. Menyempatkan diri beribadah Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.] 02. Memperbanyakkan istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan s