Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Tazkirah Jumaat: Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar

Tazkirah Jumaat: Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain. Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras. Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam

Paksa

Keratan Akhbar

Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat

Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9 : “Adakah sama orang jahil dengan orang yang berilmu?” Menurut ahli tasawuf, berilmu yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi manusia. Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah sebagai pengenalan awal kepada diriNya sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah pengenalan yang hakiki. Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai rahsia ketuhanan. Semakin ia bersih, semakin memancarlah makrifat pada hatinya. Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah. Mereka yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan (sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya) imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan wujud Tuhan. Ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada. Firman Allah : “Dimana kamu hadap di situlah wajah Allah SW

Kesan Zikir Terhadap Otak

Kesan Zikir Terhadap Otak Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

SELAWAT SYIFA'

“Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.” SELAWAT SYIFA' Kegunaan ayat-ayat menurut Darussyifa: 1.  Surah-Al-Fatihah dibacakan bersama Selawat Syifa’  untuk semua penyakit. 2. Surah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’& Lauanzalna  untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya. 3. S urah-Al-Fatihah, Selawat Syifa’ , Selawat Tafrijiyyah  untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya. Dipetik daripada laman Darus Syifa

FAHAMAN-FAHAMAN TASAUF PALSU

FAHAMAN-FAHAMAN TASAUF PALSU DAN AJARAN SESAT Perkataan tasauf, ahli sufi yang sering diperkatakan oleh masyarakat, setakat mana masyarakat kenal ahli tasauf yang sebenar? Kita tidak tahu. Oleh sebab itu kita lihat ramai orang terjebak dengan ajaran sesat yang berselindung disebalik nama tasauf atau ahli sufi. Ajaran sesat yang berselindung disebalik nama tasauf ini bukan pada hari ini sahaja timbul, malah ianya timbul sebelum Imam Al-Ghazali lagi. Apabila agama Islam tersebar luas keseluruh pelosok dunia dan bukan sahaja disekitar negara arab sahaja malah ianya mencakupi disebelah Rom dan Parsi. Kesan daripada itu berbagai kesan budaya telah menyerap masuk kedalam Islam. Hasil daripada itu juga fahaman yang berasal dari budaya lain telah menyerap masuk kedalam masyarakt Islam. Kesempatan inilah yang telah diambil oleh musuh Islam untuk merosakkan Islam dengan orang Islam sendiri. Dalam kitab “Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayan Haqiqatu Iman Al-Mu’minin” oleh ‘Alim Al-Fadhil Muhmammad Arshad

Biography Iblis

Biography Iblis Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH. Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s Status diri : Fasik kelas pertama Agama : Kufur Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai Alamat Tetap : Neraka jahanam Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa Sahabat karib : Anak-anak Adam Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak' Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya Cita cita : Supaya semua makhluk di muka b

Solat 1

Hal Solat Part 1 Kitab Rahsia Solat Dan Keutamaannya (Bahagian 1) Solat itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan. Ia juga Penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan. Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya) dan furu'-furu'nya (cabang-cabangnya) telah pun terkumpul di dalam mata pelajaran ilmu fiqh. Di sini kita hanya menyingkatkan pembicaraan kepada perkara-perkara yang perlu saja bagi para pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan solat dan rahsia-rahsia kebatinan solat semata-mata. Keutamaan azan Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: �Tiada seorang jin atau manusia atau benda apapun yang mendengar suara pangilan azan itu, melainkan dia akan menyaksikannya di Hari Kiamat kelak.� Sabdanya lagi: �Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri.� Menyahut azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali pada hai'alataini maka hendaklah dijawab dengan kata: �Tiada daya dan kekua

PETA PEMIKIRAN ASTORA JABAT DALAM ISU 'AURAT

PETA PEMIKIRAN ASTORA JABAT DALAM ISU 'AURAT Bagi sebahagian muslimin yang tidak begitu biasa dengan istilah-istilah dan kitab-kitab para ulama dan tokoh cendiakawan Islam, mungkin merasa hebat apabila mendengar atau membaca seseorang menggunakannya dalam ucapan dan tulisannya. Dengan kekaguman itu mereka seolah terpukau sehingga tidak dapat menilai sejauh manakah kebenaran fakta yang dibawa. Demikian halnya sebahagian yang membaca tulisan-tulisan Astora Jabat. Dengan menyebut beberapa tulisan Arab dan mempermudahkan dalam menyandarkan sesebuah pendapat kepada sesuatu mazhab, tanpa membuat semakan detail ketepatannya, maka Astora cuba mempengaruhi sesiapa yang boleh dipengaruhinya. Tulisan ini adalah siri awal yang cuba mengajak umat Islam di negara melihat di manakah letak pemikiran Astora Jabat dalam kerangka pemikiran modern. Pada peringkat ini saya hanya bercadang untuk melihat secara umum kedudukan aliran pemikiran Astora. Terlebih dahulu, saya juga ingin pembaca memahami baha

Ucapan

Selamat Hari Guru Buat Semua Guru Yang Melawati Laman Blog Saya Ini .....

Akidah

AKIDAH 1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN 1. MAKSUD IMAN - DARI SEGI BAHASA : § percaya - DARI SEGI ISTILAH : § Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota 2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM - membentuk insan muslim sejati - supaya istiqamah dalam ibadat - melahirkan generasi berakhlak mulia 3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN · SYIRIK · MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya  JENIS-JENIS SYIRIK :  1. Syirik Jali - Maksud : § perlakuan syirik secara terang-terangan - Contoh : § menyembah patung dan berhala § menyembah bulan atau matahari § mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan - Akibat : § rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat 2. Syirik Khafi - Maksud : § tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama

JS

Jin Dan Syaitan Jin dan syaitan adalah perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh manusia dan tidak dapat mengetahuinya melalui pancaindera, akal dan manusia juga tidak boleh sesekali membuat kajian ke atas mereka (jin dan syaitan), akan diterangkan secara lebih lanjut tentang hakikat, hukum beriman dengan kewujudan mereka dan apa yang berkaitan dengannya. Makna jin dan syaitan dari segi bahasa dan istilah: Kalimah jin diambil dari perkataan jan, ilmu ini menunjukkan suatu rahsia dan yang tersembunyi, contohnya: diambil orang gila, tersembunyi akalnya, dan tembok: perisai yang memenjarakan dengannya pembunuh, dan tersembunyi, dan janin yang mempunyai rahsianya dan sembunyinya berada dalam perut ibunya, dan syurga mengandungi pokok dan pokok kurma untuk menyembunyikan bumi. Jin pada pengetahuan istilah ialah: makhluk yang akan datang dengan rupa mereka dan sesungguhnya dinamakan "Jaanan" untuk menyembunyikan mereka, dan tidak nampak mereka dengan pandangan mata kita. Adapun s

Kewafatan Rasulullah

Kewafatan Rasulullah Setelah Dakwah al-Islamiah sempurna dan Islam menguasai suasana maka tanda-tanda dan bahasa-bahasa pengucapan selamat tinggal kepada dunia dan manusia mula tertera di dalam ungkapan-ungkapan dan ucapan ucapan Rasulullah (s.a.w) melalui perbualan dan perbuatan Baginda. Di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh Hijrah Baginda beriktikaf di masjid selama dua puluh hari, sedang sebelum ini hanya sepuluh hari sahaja, di dalam tempoh ini Jibrail (a.s) mendatangi Baginda untuk membuat ulangan dan tadarus al-Quran sebanyak dua kali. Di dalam Hajjah al-Wada' Baginda telah menyebut: "Sebenarnya berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu lag! selepas pertemuan kita di tahun ini". Semasa di Jamrah al- Aqabah Baginda berkata : "Ambillah peribadatan haji ini dariku, boleh jadi aku tidak akan mengerjakan haji lagi selepas tahun ini". Surah al-Nasr turun di pertengahan hari-hari tasyrik, darinya Baginda mengetahui bahawa itu adalah ucapan selamat tinggal da

Hati ini menangis...

HATI INI MENANGIS Menangis mengenangkan kisah lalu... Mengapa.. . Mengapa kisah itu masih lagi terpahat...? Mengapa kisah itu masih lagi terbayang...? Mengapa kisah itu menjadi kenangan ku...? Mengapa semuanya berlaku sekelip mata sahaja... Bilakah.. Bilakah semuanya akan berakhir.. Bilakah kisah itu akan luput dari ingatanku.. Bilakah...?? Tuhan... Hati ini menangis... Terasa aku terlalu jauh denganMu... Aku takut...takut hati ini terlalu leka... Dengan segenap kebahagiaan yang baru kau kurniakan... Untuk aku tersenyum kembali.. adakah ini juga ujian dari Mu... Untuk menguji sejauh mana keimananku padaMu... Tuhan... Setelah Kau berikan aku hidayah... Janganlah Kau tarik semula hidayah itu... Ikatlah aku dengan kuat pada taliMu... Agar aku tidak terlepas dan terhanyut lagi... Agar aku terus bersandar padaMu... Tika aku diuji pelbagai dugaan... Tuhan... Malam ini...aku biarkan air mata ini mengalir... Aku biarkan hati ini mengadu... Aku biarkan hati ini menangis... Supaya aku tahu... Ak