Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

DA'IE

Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Al-Quran telah berulang-ulang kali memberikan peringatan dan perangsang; “Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35) “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Luqman: 17) Seorang da’ie itu harus mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan bermacam dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai. Cabaran Luaran Renungilah firman Allah S.W.T. tentang ancaman cubaan dari luar; “Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secar

Wanita

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan im

Ketuanan Melayu

Entah kenapa umat Islam di bawah panji UMNO terlalu sukar untuk membuang kelakuan Jahiliyyah yang ada pada diri mereka. Sejak diturunkan Islam, perbuatan Jahiliyyah (menyeru kepada assabiyyah) ni terus dicela dan diperangi oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menyatukan manusia dengan ikatan akidah Islam dan membuang sejauh-jauhnya ikatan assabiyyah yang rosak dan keji ini. Malangnya, sebahagian dari umat Islam kini masih lagi menyeru untuk menghidupkan semula seruan yang diharamkan Rasul ini.Dua hari lepas, seramai 308 perwakilan UMNO Bahagian Muar menyokong sebulat suara usul memperkasakan Ketuanan Melayu pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dan perasmian berkelompok persidangan tahunan bahagian tersebut di sini hari ini. Kesemua perwakilan menyokong 12 usul yang dicadangkan untuk dibawa kepada pucuk pimpinan parti iaitu ketuanan serta hak-hak Melayu perlu dipertahankan dan dihormati kaum lain.Apa istimewanya bangsa “Melayu”? Allah tidak pernah menjadikan bangsa Melayu dengan “h

Ibu

Ibu, Disebalik gelaran itu, Tersimpan suatu rahsia Yang masih kurang dirungkai oleh anakmu Ibu, Izinkanlah aku bercerita tentang Suka duka bersamamu... Terlalu banyak kisah-kisah yang Telah kulalui bersamamu. Ibu, segala-galanya tidak akan luput dari Ingatanku sama sekali... Ibu, kau begitu istimewa Segala jasa dan pengorbananmu Akan kukenang Sepanjang hayatku... Ibu, Tidak ternilai kasih sayang mu mendidik dan menjagaku Agar aku menjadi insan yang bijak dan berguna... Ibu, Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah dipertemukan dengan insan sepertimu... Kaulah insan yang bergelar ibu.. Kau juga yang ku anggap sebagai sumber inspirasiku Ibu, Aku berjanji pada diriku Untuk menunaikan tanggungjawabku Untuk membalas budi dan jasamu Agar kau senang dan gembira Ibu, Ampunkan segala dosaku Jika ada kesalahan Yang aku lakukan Sehingga akhir hayatku Ibu, Aku berdoa pada Ilahi Agar ibu diberkati selalu Supaya kau ditempatkan di syurga Kerana aku sangat-sangat menyayangimu...

Al-Quran 03

Allah berfirman, Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2) Kehebatan al-Quran yang mengandungi 6,236 ayat sebagai petunjuk kepada manusia bukanlah rahsia. Namun, masih ramai yang tidak mahu menjadikannya sebagai panduan hidup. Ikuti temu bual watawan Utusan Malaysia MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, ABD. RAHMAN SALLEH menemu bual pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-hafiz untuk mengupas isu ini. MEGA: Mengapakah manusia perlukan al-Quran sebagai panduan dalam hidup? ABDULLAH: Allah sebagai pencipta makhluk termasuk manusia sudah tentu arif dan amat mengetahui apakah keperluan manusia. Sebab itu kita perlu menjadikan al-Quran sebagai manual kehidupan. Manusia yang semata-mata bergantung kepada logik akal tidak semestinya akan betul. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Tafsir Al-Muni

Renungan 04

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menye
Sebaik sahaja keputusan durjana diambil untuk membunuh Rasulullah, Jibril pun turun menemui Rasulullah, dengan wahyu dari TuhanNya Tabaraka Wataala, Jibril memberitahu pakatan jahat Quraisy, kini Allah telah mengizinkan baginda untuk keluar berhijrah, dengan menentukan masa pergerakan hijrah dengan katanya: "Malam ini jangan kau tidur di tempat kau yang biasa tidur itu". Di tengah hari rembang Rasulullah datang menemui Abu Bakr as-Siddiq untuk memastikan kepadanya jadual hijrah, Saidatina Aisyah (r.a) telah menyebut: Semasa kami sedang duduk di rumah Abu Bakr, di ketika rembang hari, ada seorang berkata kepada Abu Bakr, "Itu Rasulullah berkelubung datang di saat yang tidak biasa baginda menziarahi kami", kata Abu Bakr demi Allah, baginda tidak datang di ketika ini, kecuali untuk urusan besar. Kata Aisyah: Maka tibalah Rasulullah, lalu baginda meminta izin, lantas baginda masuk sambil berkata kepada Abu Bakr, "Boleh kau keluar sekejap". Jawab Abu Bakr

Saat Wafat Nabu Muhammad s.a.w

Setelah Dakwah al-Islamiah sempurna dan Islam menguasai suasana maka tanda-tanda dan bahasa-bahasa pengucapan selamat tinggal kepada dunia dan manusia mula tertera di dalam ungkapan-ungkapan dan ucapan-ucapan Rasulullah (s.a.w) melalui perbualan dan perbuatan Baginda. Di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh Hijrah Baginda beriktikaf di masjid selama dua puluh hari, sedang sebelum ini hanya sepuluh hari sahaja, di dalam tempoh ini Jibrail (a.s) mendatangi Baginda untuk membuat ulangan dan tadarus al-Quran sebanyak dua kali. Di dalam Hajjah al-Wada' Baginda telah menyebut: "Sebenarnya berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu lag! selepas pertemuan kita di tahun ini". Semasa di Jamrah al-Aqabah Baginda berkata : "Ambillah peribadatan haji ini dariku, boleh jadi aku tidak akan mengerjakan haji lagi selepas tahun ini". Surah al-Nasr turun di pertengahan hari-hari tasyrik, darinya Baginda mengetahui bahawa itu adalah ucapan selamat tinggal dan pemberitahuan tenta