Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Hadis 02

Hadis 40.... Hadis Pertama " Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.' Hadis Kedua Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah S

JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN

JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda: Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" Penerangan Hadis: Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut: Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram. Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya. Demikianlah yang dijelas

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 )

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 ) Ramai yang tidak tahu akan kesan beriman kepada RukunIman ini,rata-rata umat islam hanya mengetahui akan Rukun Iman serta isinya sahaja. Maka tiada meberi impak pada hati dan rohani kita sebagai umat Islam dan hamba Allah disi akan mengakibat terjejasnya Amal Ma'aruf Nahi Mungkar . Kesan Beriman Kepada Allahswt . 1) Akan melahirkan manusia yang sanggup berkorban,ikhlas,jujur,merendah diri,benar & mengenepikan masalah peribadi. 2) Menghalang daripada melakukan maksiat dan sebarang keburukkan,sebab segala kegiatan atas aktiviti yang dijalankan akan tunduk dibawah kekekuasaan dan pengaruh iman kepada Allahswt. 3) Menyuluh kita segala liku hidup yang gelap kepada cahaya mendapatkan kekuatan dan perlindungan kepada Allah apabila ditimpa kesusahan.Kerana telah menjadi adat manusia ada masa ia susah ada masa ia senang, oleh itu kepada mereka yang beriman kepada Allah ia akan meminta perlindungan kepada Allah tetapi kepada mereka tang tidak be

Nama² Al-Quran

Nama² Al-Quran السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Selasa 16 Jun 2009 bersamaan dengan 23 Jamadil Akhir 1430H. Nama² Al-Quran. Sebelum ni, saya juga tak tahu bahawa al-Quran ni ada juga nama lainnya. Bila dah terbaca info ni, baru saya tahu. Rupa²nya banyak juga nama al-Quran ni. Ada 99 semuanya. Jom baca, beberapa nama al-Quran yang mungkin kita tidak ketahui selama ni. Semoga bermanfaat, Insya-Allah. Selain daripada nama AL QURAN, kitab Allah ini juga mempunyai nama nama lain yang di beri Allah kepada kitab nya itu.Ada Ulama telah menghitung nama nama AL QURAN hingga mencapai sehingga 90 nama.Namun yang termashur di antaranya ialah: AL KITAB - Nama yang cukup sinonim dengan nama AL QURAN.Allah berfirman yang bermaksud: "KITAB ini tidak ada keraguan padanya." (Surah Al Baqarah:2) AL FURQAN - yang bermaksud pembeza.Ini kerana AL QURAN adalah

Tawwakil Al-Quran

Tawwakil Al-Quran Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib: o Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan. o Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya. o Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil. o An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang. o Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya. o Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah. o Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina. o Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah. o At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat. o Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir. o Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang tern

Mengajar....

Mengajar Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan pengajaran. Antaranya ialah: 1. Mengenal diri. Apabila kita menceburkan diri di dalam bidang perguruan, kita harus sedar siapa kita. Kita sebagai seorang guru dan dalam kategori mana. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan berbagai istilah, seperti mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib, dai`e, raais, nasih dan lain-lain Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris. Mu`allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar. Murabbi pula berma

Tanggungjawab ahli gerakan Islam sedarkan ummah

Tanggungjawab ahli gerakan Islam sedarkan ummah Ustaz Zainudin Hashim Kedatangan para anbiya di muka bumi ini adalah untuk melaksanakan segala perintah Allah SWT, sama ada yang berupa arahan/perintah-Nya, hukum-hakam yang termaktub dalam al-Quran di mana pada akhir-akhir ini ia hanya jadi bahan bacaan semata-mata tetapi tidak dilaksanakan. Iklan Kesungguhan para anbiya melaksanakan segala titah perintah Allah walau menghadapi segenap bentuk tribulasi adalah menjadi lumrah dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah SWT, atau ia dikenali dengan istilah asam garam dalam berdakwah. Tujuan dakwah adalah bagi memastikan agar ummah berada pada tahap penerimaan segala ajaran Islam sebaik mungkin, iaitu melaksanakan perintah Allah pada masa yang sama meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya bagi meraih sebenar-benar takwa kepada-Nya. Kisah perjuangan para anbiya dalam menjalankan tugas sebagai para utusan daripada Allah diabadikan dalam al-Quran agar ia menjadi rujukan dan inspirasi kep

Sudah Setahun

dah setahun laman blog jiwaislam dan dapat sedari oleh jiwaislam pada hari ini 21 2009 bersamaan 28 1430 Mudahan laman blog jiwa islam memberi banyak manfaat kepada semua pengunjung blog saya .. Atas Rahmat dan risalah serta panduan laman blog ini terbina selain itu kepada 2 laman ini yang banyak memberikan ilham kepada saya selain itu kepada yang listnya berada di atas serta dibawah laman ini dan juga saya yang sudi menjadi follower saya mudahan laman saya menjadi rahmat kepada saya dan saya ...