al-Quran

Listen to Quran

Monday, September 24, 2012


Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.
" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)

Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubat sebelum terlambat!

Facebook dan Dosa

Read More


Teringat saya akan satu poem yang pernah dipelajari semasa zaman sekolah menengah dahulu. 'The Road Not Taken'. Bagi saya, poem oleh Robert Frost ini sangat menarik kerana ia mengisahkan antara dua jalan yang perlu dipilih oleh seorang traveler. Dan traveler tersebut memilih jalan yang kurang dipilih oleh orang lain untuk dilalui. Ya, jalan yang bukan menjadi pilihan orang kebanyakan!
Sungguh, walaupun jalan itu jarang dilalui oleh orang lain tapi dia memilih untuk melalui jalan itu. Dan jalan yang dipilih itu telah membawa banyak perubahan dalam hidupnya.
Two roads diverged in a yellow wood
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Poem ini juga boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Dan kita anologikan traveler itu ialah diri kita sendiri. Cuba bayangkan di hadapan kita terbentang dua jalan. Hanya ada dua jalan yang boleh dipilih. Antara jalan kebenaran dan jalan kebatilan. Dan keputusan untuk melalui jalan yang mana satu terletak di tangan kita.
Persoalannya ialah 'Which road we gonna take? The one more traveled by or the one less traveled by?'
Kita boleh tengok pada hari ini tidak ramai yang memilih untuk berada di jalan kebenaran. Tidak ramai yang memilih untuk berada di jalan dakwah ini. Menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Lebih ramai orang yang memilih untuk berada di jalan yang salah. Mereka lebih teruja untuk memilih jalan yang lebih ramai orang melaluinya. Itulah jalan kenikmatan sementara. Mereka lebih memilih keduniaan. Kenapa saya kata begitu?

Marilah sama-sama kita perhatikan sendiri di sekeliling kita, yang mana satu lebih disukai oleh manusia. Bergaul bebas, tidak menutup aurat (ramai yang tutup aurat tapi tidak sempurna), menderhaka pada ibu bapa, zina, membuang bayi ibarat membuang sampah di tepi jalan dan semua perihal berkaitan keduniaan. Itu lebih mereka sukai daripada menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, menutup aurat dengan sempurna dan lain-lain hal berkaitan akhirat. Bagi mereka perihal yang bersangkutan tentang agama, akhirat, iman sangat membosankan!
Mereka lebih mementingkan dunia daripada akhirat. Kadang-kadang bukannya mereka tidak tahu benda itu salah. Mereka tahu tapi buat-buat tidak tahu. Mereka tidak mahu keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka. Mahu segala-galanya indah. Tidak sanggup bersusah payah.
Kerana mereka tahu jalan yang kurang dipilih yakni jalan dakwah ini memang pahit. Banyak pancaroba dan dugaan yang terpaksa ditempuh di sepanjang jalan. Jalan ini memang memerlukan banyak pengorbanan. Berkorban masa. Berkorban harta. Malah berkorban apa sahaja demi memastikan Islam tersebar.
Pengorbanan yang menuntut kesabaran, kecekalan hati dan ketetapan iman. Tapi bagi mereka yang berada di jalan ini, mereka merasa bahagia dengan dugaan yang dihadapi. Walaupun air mata kerap menjadi teman mereka. Mereka masih bahagia. Bahagia kerana mereka tahu Allah sentiasa ada di sisi mereka. Dan mereka percaya dengan ayat-ayat dan janji-janji Allah itu adalah benar!
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukan kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Yaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung. Dan (ada lagi) karunia lain yang kamu sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin."
(Surah as-Saff ayat 10-13)
Allah telah memberikan khabar gembira kepada orang yang berjihad di jalanNya yakni memberikan ganjaran syurga, mengampuni dosa-dosa dan memberikan pertolongan kepada mereka. Sungguh, Allah ialah sebaik-baik penolong. Sebab itulah mereka masih bahagia walau diuji dengan bermacam-macam dugaan di dunia ini.
Sungguh perjalanan dakwah ini masih panjang. Mungkin kita tidak sempat untuk sampai ke penghujungnya. Tidak mengapa jika kita tidak sempat sampai ke penghujung jalan. Apa yang paling penting, kita sudah berusaha menempuh jalan itu. Jalan menuju ke penghujung itu. Dan dalam menempuh perjalanan itu, kita juga merasa bahagia walaupun belum lagi sampai ke penghujung kerana semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah. Dan disebabkan itulah dikatakan kebahagiaan itu tidak semestinya berada di penghujung jalan tetapi ianya juga berada di sepanjang jalan. 

Justeru, marilah kita menjadi orang yang bijak. Kita semestinya tidak mahu mendapat kebahagiaan di dunia semata-mata bukan? Pastinya kita ingin bahagia di dunia dan juga akhirat. Maka, pilihlah jalan yang betul.
Tidak mengapa jika jalan yang kita pilih itu jarang dilalui oleh orang lain. Tidak mengapa jika hanya segelintir sahaja yang bersama-sama kita. Tidak mengapa. Kuatkan hatimu. Sesungguhnya Allah bersama kita! Yakinlah! Sememangnya Islam itu datangnya dalam keadaaan asing (gharib), maka berbahagialah andai kita juga seakan berada asing di sekeliling kita.
Saya bukanlah sudah terlalu baik apabila bercakap mengenai ini. Pandai-pandai hendak menyuruh orang membuat pilihan. Tapi, buatlah pilihan dengan bijak. Mungkin di dunia ini orang nampak kita sedang rugi. Rugi kerana mensia-siakan masa muda kita dengan urusan dakwah ini. Rugi sebab tidak dapat enjoy dunia remaja. Tapi, sebenarnya orang-orang yang memilih jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai ini sebenarnya sangatlah beruntung. Bersyukurlah kerana Allah memeliharamu daripada melakukan maksiat. ^^
Kesimpulannya, marilah sama-sama kita hayati bingkisan pesanan daripada Imam Hasan Al-Basri. Pesanan ini saya khususkan untuk diri saya sendiri kerana saya tahu saya juga masih punya banyak kelemahan. Kata-kata beliau menjadi pengubat supaya saya tidak berhenti memberi walaupun diri ini sendiri masih punya banyak kelemahan. Doakan saya moga istiqamah di jalan dakwah ini.
"Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian bukanlah bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling soleh di antara kalian. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam mentaati Rabb-nya. Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, niscaya tidak akan ada para pemberi nasihat."
Doakan saya moga istiqamah di jalan dakwah ini. Wallahu Ta'ala A'lam

Dua Laluan

Read More


Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan keperlbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama, namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain.
Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya walaupun kelihatan sama.
Unik kan? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah. 
Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama ciptaannya.

Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..
.MasyaAllah, ajaibnya ciptaan Allah... Penuh dengan warna-warni dalam penciptaanNya.
Kehidupan dan Ujian
Kenapa perlu kita keluhkan..
''Aih... aku tak suka lah cam ni...aku tak suka lah dia tuh... dia tak buat macam ni''
"Aku geram lah dengan dia ni... Pinjam barang tak bagitahu dulu. Lepas tu jadikan hak milik pula"
Kenapa kita marah orang sesuka hati
'' Kau ni kenapa lambat sangat nak faham... kenapa kau macam ni..?''
" Engkau pergi mana tadi? Tahu tak aku dah lama tunggu kat sini?"
Mungkin kita pernah terlepas kata. Mengeluh dan memarahi tanpa usul periksa. Waktu itu, apa yang kita fikir hanya tentang diri kita sahaja. Kita utamakan perasaan kita. Lantas kita luahkan ketidak puasan hati kita. Kita mengeluh. Marah dan berlalu dengan muka masam mencuka.
Kenapa tidak kita nasihati jika sahabat itu melakukan kesalahan? Mengapa tidak kita tanamkan redha pada setiap ujian yang Allah berikan untuk kita? Bukankah setiap apa yang mendatang itu adalah ujian buat kita. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat, apatah lagi berbentuk perkara yang tidak kita sukai dan senangi. Mengapa kita tidak muhasabah diri dulu sebelum memuhasabah, memarahi orang di hadapan kita?
Kita terlupa, saat itu sebenarnya Allah menguji keimanan kita. Kesabaran kita. Demikianlah kehidupan dan ujian yang hadir dalam hidup kita. Ujian juga adalah warna- warni yang mewarnai hidup kita. Dan warna warni inilah yang akan mencorakkan kehidupan kita. Jika kita mewarnakan kehidupan kita dengan warna gelap kehitaman, maka lakaran corak hidup kita tidak seindah yang di rasa. Begitu jugalah kehidupan kita, jika kita mewarnakan ia dengan pelbagai warna, maka kehidupan kita pasti menawan rasa.
Bukankah pelangi itu indahnya pada biasan warnanya yang pelbagai? Begitulah juga dengan kehidupan. Jika kehidupan itu diwarnakan dengan pelbagai warna, maka keindahan itulah yang dapat nikmati. 

''Dengan Mengingati Allah Jiwa Akan Menjadi Tenang"'
Kadangkala kita terlepas pandang. Apabila ditimpa musibah, kita mendahulukan manusia dari Allah. Sedangkan musibah itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa manusia yang perlu didahulukan. Adakah kita lupa tentangnya..???
Istighfarlah sahabat.. Kadang kala hadirnya musibah itu kerana berpunca dari diri kita sendiri. Musnahnya kehidupan flora dan fauna bukan dari sesiapa, tetapi puncanya dari tangan-tangan manusia. Banjir kilat, tanah runtuh, dan pelbagai lagi ujian alam  yang menduga adalah kita pemulanya. Maka, jangan mengeluh jika musibah itu beralih arah kepada diri kita sendiri. Kerana itulah perlunya beristighfar, memohon keampunan kepada Tuhan agar diampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri. 
Demikianlah jika ada sahabat-sahabat kita yang membuatkan kita tidak senang dengan sesuatu perkara. Jangan mengeluh dan marah sesuka hati. Mungkin saja ianya sebagai asbab diri kita sendiri. Sebelum kita menuding jari kepada orang di hadapan kita, dahulukanlah menuding jari ke arah diri sendiri.
Jangan juga dipinta seseorang mengikuti kehendak kita sedangkan tahap dirinya tidak tercapai. Tidak termampu olehnya. Mungkin ada sebab sesuatu yang kita tidak tahu mengapa dan kenapa demikian hal yang berlaku. Yang penting, mohonlah keampunan kepada Allah, dan pintalah moga Allah jauhkan kita dari sifat amarah. Sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan dan syaitan itu adalah dari api.
Ayuh muhasabah.. Jangan dikeluhkan ujian yang Allah berikan. Didiklah diri agar bersabar sentiasa dan hiasi hati itu dengan keindahan bersangka baik. Sesungguhnya itulah ciri-ciri mukmin yang membahagiakan dan menyenangkan orang lain. Barangsiapa yang baik akhlaknya di dalam muamalatnya pasti akan dimuliakan oleh orang lain. InsyaAllah~

Warna-warni kehidupan
Wahai sahabat... Cuba kita renungkan bersama. Jika semua orang ragamnya adalah sama sahaja dengan kita.. Apakah akan terjadi dengan kehidupan kita...????
Bosan bukan? Tapi mengapa..??
Kerana tiadanya warna -warni (ujian) yang mewanai kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan warna warni pasti indah seterusnya akan memberi keindahan dan kebaikan pada sekeping hati (iman). Iman itu jika tiada musibah atau ujian, maka sifatnya hanya mendatar dan mungkin saja akan menurun selayaknya. Namun, sekiranya iman itu dihadirkan dengan ujian dan cabaran, maka iman itu akan meningkat sesuai dengan tahap iman yang ada. Semakin iman itu mantap, maka semakin hebatlah pula ujian yang mewarnainya.
Yakinilah janji Allah bahawa setiap apa yang Dia rencanakan tetap punyai hikmahnya.
Maka, Usah dikeluhkan ujian pada sebuah kehidupan.

Warna Kehidupan

Read More


Alhamdulillah... Hanya perkataan itu yang mampu aku ucapkan.. Sujud 1000 tahun pun tidak cukup atas nikmat yang tak ternilai ini.. Terima kasih ya Allah atas hidayah yang tidak terhingga ini. Sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku cuma gadis biasa, bukan dari sekolah agama, bukan juga dari keluarga ulama.. Aku hanya ingin berkongsi cerita tentang nikmat Allah yang tak terhingga buat hambaNya..
Kisah ku bermula saat pertama kali aku melihat seorang gadis yang sangat manis bertudung labuh di salah sebuah kedai, di bazaar ramadhan.. Aku terpegun seketika.. Subhanallah.. Sejuk mata memandang.. Ya Allah, beginikah rupa penghuni syurgaMu? Subhanallah.. Terasa malu melihat diriku sendiri, kerana walaupun aku dibiasakan bertudung sejak kecil, berbaju lengan panjang dan tidak jarang, namun auratku hanya ditutup ala kadar sahaja..
Dulu, pernah juga terdetik di hati ini untuk bertudung labuh, kononnya ingin mengikut langkah ibu.. Namun, oleh kerana taku pada perlian teman-teman sekeliling, niat itu terkubur sendiri..
Teringat aku pada satu ayat yang pernah aku baca suatu ketika dulu, 'Hidayah itu ibarat cahaya dan cahaya tidak akan masuk ke rumah yang mana jendelanya tidak dibuka.' Kata ustaz pula, "hidayah tu milik Allah.. Hanya Dia berhak memberi hidayah itu kepada sesiapa pun.. Sungguh, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.. Mintalah, pohonlah hidayah itu agar selamat dunia dan akhirat.."
Aku termenung sendiri.. kalau bukan sekarang, bila lagi?? Takkan nak tunggu sampai aku mati? Jika bukan aku yang membantu diri sndiri, siapa lagi yang sudi?? Takkan nak lupakan dan biarkan perasaan itu terkubur sekali lagi??
Sejak dari hari itu, aku usaha melabuhkan apa yg ada.. Tiada lagi baju t-shirt yang ala kadar tertutupnya, tiada lagi tudung bawal yang hanya indah pada sulaman namun nipis pada zahirnya.. Biar apa org kata, kolot, kampung dan sebagainya, asalkan aku selesa.. Alhamdulillah, dengan kemudahan internet yang ada, aku gunakan untuk mencari artikel mengenai wanita, aurat, amalan-amalan yang boleh ku amalkan dan sebagainya..
Aku akui, aku bukan seorang muslimah yang baik, tetapi aku ingin menjadi baik.. Ya, aku ingin menjadi baik.. InsyaAllah..! Aku percaya, bila niat kita baik, ingin menjadi baik, pasti Allah s.w.t akan bantu kita.. Hanya terpulang pada diri kita untuk memilih sama ada mulakan langkah pertama, atau mundur ke belakang dan lupakan semuanya..
Suatu hari, ketika aku menyimpan baju ke dalam almari ibu, tergerak di hatiku utk mencuba sehelai tudung labuh bewarna merah jambu.. Selesai sahaja kerja-kerjaku, aku ambil tudung labuh itu dan ku sarungkan di kepalaku.. Aku berdiri di hadapan cermin. ku lihat diriku. Subhanallah..! Aku terkedu.. Aku dapat rasakan sesuatu.. Rasa tenang, dilindungi dan merasakan apa yg ku cari selama ini telah kutemui..
Tanpa ku sedari setitis air mata hangat mengalir di pipi.. Tidak dapat ku tahan lagi, aku menangis sepuas-puasnya..
"Ya Allah, jika ini yang terbaik buatku, dan jika ini dapat membahagiakanMu, kuatkanlah aku, permudahkanlah segala urusanku dalam hijrah di jalanmu, ya Allah.. didiklah aku menjadi muslimah yang solehah.. Aaminnnn!'". Bisikku dalam hati
Sedikit demi sedikit, aku mula mula menjadikan laman facebookku sebagai medan perkongsian ilmu dan peringatan buat diriku sendiri. InsyaAllah tiada lagi sesi luahan yang hanya sia-sia.. Sabda Rasulullah SAW, 'sampaikan dariku walau sepotong ayat..' ada juga sebilangan warga Facebook yang seolah-olah mengejek diriku atas apa yang aku sampaikan.. Alhamdulillah, semua itu tidak mematahkan semangatku, malah lebih menguatkan aku kerana mungkin ini cara Allah mendidikku.. Bersabar, sabar dan sabar. Hanya satu yg aku takuti, dipersoalkan di akhirat nanti..
Dengan keyakinan dan kekuatan yang ada, pada hari maulidurrasul, aku kuatkan diri menggunakan tudung labuh buat kali pertamanya.. Banyak yang bermain di fikiranku.. Terasa terasing diri ini.. Alhamdulillah.. Semuanya ku hadapi dengan mengingati Allah.. Ya, benar.. hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.. Ada yang menyindir, ada yg memuji, tidak kurang juga yang memandang sinis pada diriku..
Aku cuba kuatkan diri ini dengan mengingati perjuangan Rasulullah SAW, yang sememangnya di janjikan syurga, namun tetap bersabar menahan hinaan dan cacian dalam perjuangan dakwahnya.. Inikan pula aku, hanya hamba Allah yang hina.. Aku kena kuat dalam perjuangan dakwah pada diriku sendiri.. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah, untuk kekuatan ini..

Hari demi hari, aku semakin selesa.. Ada juga kawan-kawan yang bertanya, "Tak panas ke pakai labuh?" Aku hanya mampu tersenyum.. Kebiasaannya hanya gelengan kepala yang ku berikan.. Adapun jawapan, ayat ringkas ini yang ku berikan, "Yang terdedah itu laii panas".
Sebenarnya, ingin ku katakan, aku sanggup berpanas di dunia daripada merasa azab di akhirat sana.. Hanya doa yang ku kirimkan buat yang bertanya. Semoga dia juga merasai kemanisan hidayah ini..
"Sahabat, aku ingin engkau  turut bersamaku dalam penghijrahan ini. Sungguh, ku ingin kau turut bersamaku.." Doaku dalam diam
Kisah ini bukan hendak menunjukkan yang aku ini sudah sepenuhnya baik.. Masih banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki dan masih banyak ilmu yang perlu aku pelajari.
"walau siapa pun kita di masa lalu, itu tidak bermakna kita tidak berhak untuk menjadi Muslimah yg baik. Jadikan masa lalu sebagai satu pengajaran yang membenihkan rasa keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah.."
Sahabatku, bila terasa ingin berubah, mulakan langkah, jangan berlengah.. Niat boleh dipimpin.. tak perlu tunggu sampai seru, kita yang perlu mulakan dulu.. InsyaAllah, Allah pasti akan bantu.. Saat diri terasa lemah, ingat janji Allah.. Allah bersama kita sahabatku..
InsyaAllah, semoga kita semua mendapat hidayahNya sebelum mata terpejam buat selamanya.. Doakan agar diriku ini kuat dan sentiasa istiqamah dalam penghijrahan ini.. Aamiin.

Nikmat Hijrah

Read More

Tuesday, September 18, 2012


My QR Code Blog with Facebook 

MY Blogspot QR Code 





My Face Book QR Code 


QR Code Application

Read More

Anti Zionist

I Hate Israel

Zionists in Israel Doing With Severe and extreme violence
Why do we Muslims and Muslimat just let them continue to suffer
Which we love them though God has given this love as our weapon to subvert the Zionist Israel
Not enough just to pray, shout anti Israel boycott their goods and making protest signs protest their atrocities.
We need to unite regardless of status, race, mentality, national and political as well as Muslim and Muslimat Let us together to destroy and overthrow the Jews of Israel continued the beatings our brothers in Palestine
Let not our guard again, it emerged as the Sultan Salahuddin Ayub in Jerusalem.
Remember we have the golden age of Islam were we take the history of the Prophet in all previous wars are the strategy for eliminating the al-Kafirun the plight of Muslims before
Do not just let it alone and wait for God to help us we need to pray, work, effort and puteri. Then we wait for God's blessings on our efforts.

*********************************************************
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت
خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك
ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

لا إله إلا الله عدد ماخلق في السماء
لا إله إلا الله عدد ماخلق في الأرض
لا إله إلا الله عدد ما بين ذلك
لا إله إلا الله عدد ماهو خالق

********************************************************

Renungan

Tanpa Kepedihan dan Kesengsaraan Kita Akan Membuang Perkara Yang Indah Dengan Sia-Sia Sahaja Tanpa Memberi Kesan Kepada Iman Kita Renungkanlah ... Ingatilah Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Muhammad s.a.w Berjaya Atas Kepedihan dan Kesengsaraan Yang Lebih Hebat Dari Kita ... Maka Itu Kesabaran Sahaja Yang Membentengkan Kita Untuk Kita Tidak Terkeluar Dari Landasan...

Ingatan Kalian dan JiwaIslam

Copyright © 2015 لامن جيوا دان نوراني إسلام | Distributed By Blogger Template | Designed By Blogger Templates
Scroll To Top