Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Kiamat

Buat Renungan

Pandangan

Email| Print | Dr Zakir Naik: Apa pandangan TG Abdul Hadi? ALANG IBN SHUKRIMUN | 13 April 2016. MUNGKIN ramai yang ternanti komentar TG Abdul Hadi dalam isu Dr Zakir Naik. Saya juga antaranya. Tetapi oleh sebab sudah ramai yang bersuara, saya kira memadai walaupun biasanya pandangan beliau memiliki keistimewaan tersendiri. Sebagai orang yang menuntut ilmu dari beliau, kita sepatutnya sudah mengetahui bagaimana pandangan beliau dalam hal ini. Tidak perlu beliau respon setiap isu yang berlaku, tetapi cukup dengan ilmu yang telah beliau curahkan terutama dalam kuliah dhuha setiap jumaat di Rusila, kita mendapat jawapan mengenai pendiriannya. Kebetulan pada minggu lepas, pengajian tafsir olehnya sampai kepada huraian surah al-Kafiron. Surah ini secara langsung menunjukkan bagaimana sikap Islam terhadap agama lain. Kita boleh amati melalui nas dan terjemahan dari tafsir ar-Rahman seperti berikut: قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir