Pada pandangan peribadi aku
Malaysia mula kecoh lagi kita baru sahaja reda 08.03.08 hal PRU ke 12 ...
Negara kita tidak habis-habis dengan pelbagi ragam . Kekadang aku pening juga dengan situasi begini . Dahulu aku buat tidak tahu apa jua yang berlaku keliling aku , kini aku dah mula sedar akan ambil tahu hal negara ini penting juga . Hal Anwar Ibrahim menghadapi tuduhan meliwat kali kedua membuat aku tersedar mimpi dan mula mengambil kira apa yang berlaku di negara kita ini .
Aku ketika mendengar hal ini di berita Buletin Utama TV3 jam 8.00malam ucapan yang mampu aku ucapkan adalah Allahu Rabbi serta Allahu Akbar . Pelbagai rentetan kisah telah berlaku pada Anwar sampai bila kisah ini akan berakhir. Jika ini yang pemimpin kita sendiri dapat bahana dari kawan pemimpin Anwar , apatah lagi satu hari kelak rakyat akan menerima juga bahana yang sama dari pemimpin kita . Aku naik ngeri dan seram sekarang melihat gelombang politik di negara kita ini. Jika inilah cara kerajaan kita aku pasti yang bahawa Wawasan 2020 tidak akan tercapai kerana asyik sibuk nak mengejarkan kuasa sahaja .
Aku tidak mengerti kenapa ini berlaku adakah ini dikatakan Qada' dan Qadar dari Allahswt kepada kita di Malaysia atau pun hanya rekaan manusia semata-mata ingin memuaskan hati manusia itu atas sebab sendiri . Aku hanya mampu berdoa ke hadhrat Allahswt adalah agar negara kita walaupun menghadapi segala gelombang politik jangan sampai kita dijajah semula dari mana-mana pihak dari negara luar . Jika ini berlaku jangan kita merungut di belakang hari dan menyalah mana-mana pihak sebab ini salah kita sendiri, yang mana tidak tahu nak jaga akan keamanan Malaysia .
Comments