معل هجرة1430
Awal muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan,kebanggaan dan hari kebesaran bagi semua umat islam.Muharram adalah bulan pertama dalam sistem taqwin hijrah.Pada asasnya,muharam membawa maksud diharamkan atau dipantang,iaitu ALLAH melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.Namun larangan itu telah dimansuhkan setelah pembukaan kota Mekah(al-baqarah-91).Sejak pemansuhan itu umat islam melakukan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.Rasulullah telah menamakan bulan muharam sebagai bulan ALLAH.
Daripada Hassan Al-Basri rahimahumullah;
"Sesungguhnya ALLAH telah membuka lembaran tahun baru di dalam taqwin islam dengan bulan muharam,tidaklah terdapat bulan yang lebih mulia di dalam taqwin islam disisi ALLAH itu selepas bulan ramadhan melainkan bulan muharam.Ianya dinamakan bulan ALLAH yang khas disebabkan besar kehormatannya."
Antara amalan-amalan sunat dan harus dilakukan pada akhir tahun dan 1 Muharam ialah:
(dh terlewat untuk dilakukan sebab hari ni dah 1 muharram)
Adalah dengan lebih elok dan moleknya pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas solat asar hngga sblum magrib dibacakan surah yasin 3 kali serta doa berikut sebanyak 3kali
Selepas solat magrib pada hari tersebut,adalah baiknya dibacakan Ayatul Qursi sebanyak 360 kali dengan setiap permulaanya dibaca Bismillah.....InsyaALLAH bagi yang melakukan dan mengamalkan nya,akan diberikan keselamatan pemeliharaan dari sebarang musibah dan dimurahkan rezeki.Sesudah selesai diuturuti doa berikut sebanyak 3 kali
Tiga belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1)Disunatkan kita sebagai umat islam berpuasa pada 1 Muharam,bersedekah dan menziarahi orang sakit
2)Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
3)Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
4)Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
5)Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
6)Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
7) Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
8)Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
9)Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
10) Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
11) Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
12)Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13) Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
sumber
Comments