Skip to main content

Kerajaan Semut

Kisah Kerajaan Semut 

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut… 

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut. 

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis. 

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan. 

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga (bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain). 

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya) 

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut. 

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa). 

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?(tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.) 

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan. 

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini? 

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan. 

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah? 

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut). 

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa). 

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka). 

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi. 

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!?? 

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. 

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan? 

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut. 

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina. 

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina. 
iluv

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

Comments

Anonymous said…
Salam,minta izin share artikel ini di FB...syukran.

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 )

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 ) Ramai yang tidak tahu akan kesan beriman kepada RukunIman ini,rata-rata umat islam hanya mengetahui akan Rukun Iman serta isinya sahaja. Maka tiada meberi impak pada hati dan rohani kita sebagai umat Islam dan hamba Allah disi akan mengakibat terjejasnya Amal Ma'aruf Nahi Mungkar . Kesan Beriman Kepada Allahswt . 1) Akan melahirkan manusia yang sanggup berkorban,ikhlas,jujur,merendah diri,benar & mengenepikan masalah peribadi. 2) Menghalang daripada melakukan maksiat dan sebarang keburukkan,sebab segala kegiatan atas aktiviti yang dijalankan akan tunduk dibawah kekekuasaan dan pengaruh iman kepada Allahswt. 3) Menyuluh kita segala liku hidup yang gelap kepada cahaya mendapatkan kekuatan dan perlindungan kepada Allah apabila ditimpa kesusahan.Kerana telah menjadi adat manusia ada masa ia susah ada masa ia senang, oleh itu kepada mereka yang beriman kepada Allah ia akan meminta perlindungan kepada Allah tetapi kepada mereka tang tidak be...

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun?

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun? Assalamualikum.. Hari ini merupakan 10 zulhijjah 1430, selepas selesai solat & mendengar khutbah raya. Saya dan rakan terus pulang ke rumah. Seterusnya semua mereka bersiap untuk menghadiri jemputan ke rumah En. Sulaiman. Lain pula bagi saya & rakan sebilik (usama) bersiap untuk berjumpa tetamu warga Malaysia yang berkunjung di bumi syam Jordan ini. Ditugaskan untuk membawa mereka melancong. Excited sangat, maklumlah kali pertama membawa orang melawat kawasan Jordan. Memang sebelum ini saya bercita-cita mahu mencari pengalaman selain ingin mengenali Jordan ini dengan lebih lagi. Antara tempat yang kami lawati pada hari pertama raya haji ini adalah makam Nabi Syuaib a.s., laut mati, gua ashabul kahfi & Jabal Qala`ah. Ke mana-mana sahaja tempat kami lawati ada sahaja cerita yang kami (saya & sahabat tadi)ketengahkan. Terutama sekali sewaktu di Makam Nabi Allah Syuaib a.s. saya berlagak sebagai seorang penterjemah, bila seorang penjaga menceri...