Skip to main content

Musim Iman




Musim Panas

Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa. Alpa.

Musim Luruh

Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus.

Musim Salju

Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin.

Musim Bunga

Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna – warni menghiasi laman hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. Selamat tinggal kesuraman semalam. Keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama – rama berterbangan. Jua hilai tawa si cilik bermain diulit kegembiraan. Tersusup ketenangan.

Iman dan musim – musimnya

Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman! Jika hari ini imanmu musim bunga. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001 Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001. Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India. Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran. Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan. Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong. PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu. Insiden itu tel...