Skip to main content

Ramadhan

رمضان


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Selamat sejahtera ke atas kamu dirahmati Allah dan diberkati). Hari ini aku nak cerita bab islamic skit. Maklumlah, Ramadhan Al-Mubarak dah datang. So, kita cuba selongkar skit sejarah bulan ramadhan, kenapa dipanggil ramadhan dan hikmah yang ada disebaliknya.

Bulan ramadan adalah bulan ke-sembilan dalam kalendar hijrah merupakan bulan paling suci dalam islam. Ramadhan berasal dari kata akar ر م ض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadhan digunakan untuk menunjukkan bahang kepanasan ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadhan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadhan untuk bersungguh-sungguh mencairkan, memuhasabah dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.

Takwim Hijrah berdasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit/anak bulan). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab"). Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus.

Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an pada surah Al-Baqarah ayat 185 yang ertinya:

"bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..."

Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

Terdapat berbagai peristiwa penting yang berlaku di bulan ramadhan. Antaranya adalah:
Turunnya al-Qur'an:
Para ulama bersetuju bahawa al-Qur'an mula diturunkan pada bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadhan dan oleh itu 17 Ramadhan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Qur'an) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira'.

Lailatul Qadar (Malam Ketetapan)
Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Namun tidak ditantukan bilakah berlakunya malam ini namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Sebahagian Muslim biasanya berusaha menyiapkan diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadhan sambil beribadah sepanjang malam.
Umat islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadhan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini. Antara amalan-amalan pada bulan ramadhan adalah:
Puasa Ramadhan
Selama sebulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa. Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa agama lain. Semasa berbuka puasa, disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadhan atau paling lambat dikerjakan sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini. Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.

Solat Tarawih
Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat terawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadhan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid-masjid. Solat Terawih dilakukan secara berjemaah di masjid ini telah digalakkan ketika pemerintahan Saidina Umar a.s.
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan.

نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”

Lafaz Niat Puasa.

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala"

So, sama-samlah kita menghayati bulan puasa dengan beribadat sebanyak mungkin. Belum tentu kita dapat merasai bulan puasa yang akan datang. Moga kita sama-sama berada di dalam rahmatNya, InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001 Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001. Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India. Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran. Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan. Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong. PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu. Insiden itu tel...