Skip to main content

Welcome Back Ramdahan





Ramadhan kembali lagi aduhai terasa indah sangat ketika ini ya lah harapan aku ialah dapatlah aku melakukan solat sunat terawih dengan penuh bagi tahun 1429hijiriah kali ini . Aku berharapkan tahap keimanan aku akan turut di naiktarafkan serta ketaatan aku kepada Allahswt di pulihkan sepenuhnya yang mana selama ini aku tidak taat kepada suruhannya jika ada pun hanyalah 23% agaknya entah-entah pada nilaian Allahswt adalah 0.00% sahaja . Mudahan aku menjadi hamba Allahswt yang amat taat serta solehah yang amat tinggi . Aku manusia biasa akan sentiasa di hasut oleh musuh aku iaitu Syaitan yang direjam sampai bila aku akan dapat menangkis hasutan syaitan yang dilaknat Allahswt ini .Aku harap kali ini aku berjaya menangkis segala hasutan nafsu aku yang membuak nafsu ini jika bermaharajalela ia mengalahkan syaitan yang jahat itu ..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu.. merayu.. kepadaNYA Tuhan yang satu..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan..
sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu..
bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil..
menangisi kecurangan janji innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa..
tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang.. bakal kau syairkan..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. berqiamullail.. bertahajjud.. mengadu.. merintih..
meminta belas kasih Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru..
kita cari.. suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri..
rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan..
lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi..

Andai ini Ramadhan terakhir..
buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti.. paling berseri..
menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi..
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya..
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha.. bersedia..
meminta belasNYA andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita..
SEMOGA DIA, RABBUL JALIL MEMAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KITA LAKUKAN..

lagu ;
http://x.imeem.com/dDFprTNAy0

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001 Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001. Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India. Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran. Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan. Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong. PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu. Insiden itu tel...