Salam

Video Pilihan Jiwa islam

Anti Zionist

Gambar-Gambar

al-Quran

Listen to Quran

    Tuesday, January 20, 2009

    Rasulullah Lihat Rahsia Di Syurga

    Rasulullah Lihat Rahsia Di Syurga


    JIKA Allah mencipta neraka sebagai tempat hukuman bagi segala dosa insan, syurga pula dijanjikan bagi mereka yang diredai-Nya.

    Bagi menyampaikannya kepada umat manusia, Allah memperlihatkan Rasulullah SAW keadaan di syurga ketika baginda dalam perjalanan Israk Mikraj. Ketika memasuki syurga, baginda yang diiringi Jibril, melihat sesuatu yang menjadi suatu rahsia buat setiap insan.

    Rasulullah melihat beberapa kubah lu’lu’ yang ternganga dengan tulisan di pintu syurga “Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda.”Rasulullah SAW yang hairan dengan kenyataan bahawa memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, bertanyakan Jibril. Jawab Jibril: “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya, atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat."

    Kemudian Rasulullah SAW berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu. Selepas itu, keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta. Rasulullah SAW terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu’lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke kolah Rasulullah. Timbanya seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah SAW dari syurga itu. Diriwayatkan, di dalam syurga mengalir beberapa sungai yang airnya datang dari sumber mata air Sungai Firdaus dan ada beberapa sungai yang namanya diberi sesuai dengan sifat airnya seperti Sungai Air Jernih, Sungai Susu dan Sungai Madu.

    Al-Quran juga ada menyebut mengenai rumah atau mahligai di syurga. Riwayat Haizh Abubakar Al-Ajri daripada Imran Hashim dan Abi Hurairah menyebut: “Bahawa mahligai-mahligai di syurga tercipta dari Lu’Lu’ dan pada tiap-tiap mahligai itu ada 70 kampung dari yaqut yang merah, pada tiap-tiap kampung ada 70 rumah daripada zamrud hijau.” Mengenai tumbuhan pula, digambarkan bahawa batang pokok dibuat daripada emas dan nikmat buahnya tidak dapat digambarkan oleh manusia.

    Ada pokok yang dinamakan Sidratul Muntaha yang jauh tempat yang dinaungi oleh pokok itu adalah 70 tahun dengan menaiki kuda dan lebar daunnya mampu menutup sesuatu umat, setiap daun ada malaikat dan berwarna-warni adakala bertukar jadi intan baiduri. Fungsi bidadari pula adalah untuk menghibur dan melayani serta menjadi jodoh (isteri) lelaki mukmin ahli syurga dan keadaan bidadari itu digambarkan dalam al-Quran: “Dan akan melayani atau menghibur mereka bidadari yang seperti mutiara tersimpan (molek dan cantik). Dan kami jodohkan mereka dengan bidadari.”

    Monday, January 19, 2009

    Serban

    Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda

    KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Iklan

    Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.

    Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

    Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

    Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

    Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.

    Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

    Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

    Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.

    Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

    Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

    "Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.

    Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.

    Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

    Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

    Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan. - mj

    Sunday, January 18, 2009

    Menang

    'Jangan putus hubungan dengan Allah' - Abdul Wahid Endut

    KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Hrkh) - Mohd Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan agar para petugas parti supaya terus menjaga hubungan dengan Allah dalam memastikan keberkatan dalam setiap usaha dijalankan.

    Demikian ucapan sulung beliau dalam satu majlis bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai selepas majlis pengumuman calon selesai di Stadium negeri, Kuala Terengganu semalam.

    "Terdapat banyak syarat yang membolehkan kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini, dan selepas menang kita perlu terus konsisten menjalankan gerak kerja.

    "Jangan putus hubungan dengan Allah," tegasnya.

    Beliau berkata, usaha dan inisiatif yang dibuat oleh PAS Kelantan seperti mengadakan Majlis solat hajat, munajat dan sebagainya merupakan contoh terbaik yang diambil bagi memastikan kemenangan yang dicapai terus diberkati Allah.

    "Kita belajar daripada Kelantan, yang memperolehi kekuatan dengan cara tarbiyah seperti ini," katanya.

    Adun Wakaf Mempelam itu turut mengingatkan semua pihak bahawa banyak daripada mereka yang mendapat kuasa tidak dapat menahan diri dengan ujian kemenangan

    "Sedangkan itu merupakan prasyarat utama agar Allah memberikan kemenangan,"

    "Kita berharap agar Allah akan memberikan kemenangan kepada kita untuk menjadi kerajaan di negeri Terengganu ini," ujarnya sambil disambut lauangan takbir.

    Abdul Wahid juga tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas Pakatan Rakyat termasuklah petugas daripada negeri-negeri yang bertungkus lumus dalam menjayakan pilihan raya ini.

    Untuk itu katanya, beliau akan turun ke setiap UPU bagi mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas daripada dalam dan luar Kuala Terengganu.

    Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dan Timbalannya Ustaz Abu Bakar Chik. - azm_

    Munafik

    MUNAFIK

    Orang-orang munafik mempersaksikan bahawa Muhammad benar-benar rasul Allah. Allah pula mempersaksikan bahawa mereka benar-benar pendusta. Kesaksian mereka, atau sumpah, selanjutnya diguna sebagai selimut untuk menghalangi orang lain daripada jalan Allah, iaitu jalan yang ditunjuk di dalam al-Qur'an, yang disampaikan oleh baginda Nabi.

    Kesaksian dan selimut tersebut adalah keterangan yang pertama dan kedua daripada Allah mengenai kejahatan orang-orang munafik di dalam sebuah surah yang dinamakan khas bagi golongan mereka, al-Munafiqun, berbunyi,

    "Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu (Muhammad), mereka berkata, 'Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.' ..... dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta." (63:1)

    "Mereka mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, kemudian mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa yang mereka buat" (63:2)

    Mereka menjadi jahat seperti itu sebab pada mulanya mereka percaya kepada ayat-ayat Allah, kemudian menjadi tidak percaya, lalu Allah meletakkan satu penutup pada mereka supaya mereka tidak memahami ayat-ayat-Nya. Allah menjelaskan,

    "Itu adalah kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak memahami." (63:3)

    Pun begitu, mereka mampu memperdayakan orang ramai. Tubuh-tubuh mereka, dengan pakaian mereka, amat mengagumkan apabila dipandang, dan apabila mereka berucap, ucapan mereka didengar, kerana amat manis agaknya. Firman Tuhan,

    "Apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu mendengar ucapan mereka" (63:4).

    Golongan munafik terdiri daripada lelaki dan perempuan, dan mereka sama dalam kefasiqan, dengan menyuruh kepada kemungkaran dan melarang daripada kebaikan, seperti mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan Allah. Mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka, atau kikir, dan mereka melupakan Allah, kerana sentiasa mengingati yang selain daripada Allah dalam urusan agama, misalnya. Al-Qur'an menyatakan dengan jelas:

    "Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada kemungkaran dan melarang daripada yang baik, dan mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka; mereka melupakan Allah, dan Dia melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)." (9:67)

    Bukan sahaja mereka tidak mempedulikan perintah Tuhan, malah, mereka menafi dan memperolok-olokkan ayat-ayat-Nya (4:140). Dan apabila diajak untuk mengikuti apa yang diturunkan Allah, al-Qur'an, yang disampaikan oleh Nabi, mereka menghalangi dengan penghalangan keras. Firman-Nya,

    "Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Marilah kepada apa yang Allah menurunkan, dan rasul', kemudian kamu melihat orang-orang munafik menghalangi kamu dengan penghalangan yang keras." (4:61)

    Orang-orang munafik sudah wujud sejak zaman Nabi lagi. Mereka berada di sekeliling baginda. Firman Tuhan,

    "Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan." (9:101)

    Oleh itu, berhati-hatilah apabila menerima sebarang berita daripada orang-orang yang berada di sekeliling Nabi kerana mereka boleh jadi orang-orang munafik yang ingin menghalangi umat daripada jalan al-Qur'an. Penerima dan penyebar berita tersebut boleh juga menjadi munafik atau berani dalam kemunafikan seperti mereka.

    Mereka seterusnya didapati berdusta dalam alasan yang mereka beri, seperti alasan tidak pergi berperang di jalan Allah. Alasan mereka disebut dengan jelas di dalam ayat berikut:

    "Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, 'Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah.' Mereka berkata, 'Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu.'" (3:167)

    Kata-kata yang keluar dari mulut mereka itu adalah yang tidak ada di dalam hati mereka. Itu merupakan sifat utama orang-orang munafik. Firman Tuhan,

    "mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka" (3:167).

    Menyentuh sedikit mengenai apa yang dikata dengan mulut, seperti janji. Manusia boleh diletakkan kemunafikan ke dalam hati mereka setelah mereka berjanji untuk bersedekah kalau Tuhan murahkan rezekinya tetapi setelah Dia memberinya mereka menjadi kikir pula (9:75-76) - "Maka akibatnya, Dia meletakkan kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka menemui-Nya, kerana mereka memungkiri Allah pada apa yang mereka menjanjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta." (9:77)

    Orang-orang munafik membuat kerosakan di bumi, dengan tanpa disedarinya. Contoh, mereka sangka apa yang mereka buat dalam agama itu betul dan membetulkan orang lain. Walhal, ia merosakkan. Firman Tuhan,

    "Apabila dikatakan kepada mereka, 'Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi', mereka berkata, 'Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan.' Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari." (2:11-12)

    Begitu juga dengan solat mereka yang tidak mengikut ajaran al-Qur'an. Mereka terus melakukannya, tetapi dengan malas, seolah melakukannya kerana terpaksa, dan menunjuk-nunjukkannya pula kepada orang lain. Firman Tuhan,

    "Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia" (4:142).

    Mereka mengganggu orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah. Terhadap itu Allah menasihatkan:

    "dan janganlah mempedulikan gangguan mereka, dan kamu percayakanlah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil." (33:48)

    Dia juga mengingatkan orang-orang yang percaya supaya tidak mentaati mereka yang munafik. Firman-Nya,

    "Dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik," (33:48).

    Nabi turut diingatkan oleh Allah dengan peringatan yang sama (33:1). Selanjutnya Dia mengingatkan orang-orang yang percaya supaya tidak berpecah belah kerana orang-orang munafik, dengan ingin memberi petunjuk kepada mereka yang sudah disesatkan oleh-Nya. Firman Tuhan,

    "Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai orang-orang munafik, dan Allah menggulingkan mereka kerana apa yang mereka mengusahakan? Apa, adakah kamu menghendaki untuk memberi petunjuk kepada orang yang Allah menyesatkan? Sesiapa yang Allah menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya suatu jalan." (4:88)

    Mereka sesat, menjadi musuh kepada orang-orang yang percaya dan diperangi oleh Allah. Allah mengingatkan agar berhati-hati terhadap mereka, dan Dia akan membalas mereka dengan sebuah tempat yang paling bawah, atau paling panas, di Api neraka. Firman-Nya,

    "Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!" (63:4) dan,

    "Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api," (4:145).

    Nabi telah diperintah berjuang dan bersikap keras terhadap orang-orang munafik. Perintah disebut dua kali di dalam al-Qur'an dengan bunyi ayat yang sama. Pertama ayat 9:73, dan kedua, ayat terakhir mengandungi perkataan "munafik" yang berbunyi,

    "Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!" (66:9)

    Oleh yang demikian, orang-orang yang mengikuti Nabi bersikap keras serta berjuang terhadap orang-orang munafik, yang naik saksi atas kerasulan Muhammad untuk menghalangi umat daripada jalan Allah, yang menafi dan memperolok-olokkan ayat-ayat Allah, dan yang menghalangi apabila diajak kepada ayat-ayat Allah dengan penghalangan keras. Musuh ini pasti kalah kerana Allah turut memerangi mereka.

    Saturday, January 17, 2009

    Sedekah

    SEDEKAH

    BANJIR yang menimpa penduduk di beberapa buah negeri baru-baru ini benar-benar menginsafkan kita. Kita bersyukur apabila warganegara kita terus peka dan prihatin dalam menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan kepada semua mangsa terbabit, bukan saja kerajaan, malah pihak badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan orang perseorangan.

    Islam sendiri membawa kepada prinsip berbaik-baik sesama manusia. Al-Quran dan sunnah banyak menggariskan amalan mendorong manusia berbuat baik sesama manusia.

    Tujuannya adalah untuk melahirkan insan sejahtera, keluarga bahagia, masyarakat penyayang, negara aman dan bersatu.

    Rasulullah adalah sebagai qudwah hasanah melaksanakan konsep sedekah sebagai pelaksana pelbagai bentuk kebaikan. Baginda menganjurkan setiap pergerakan sendi manusia itu dikira sebagai sedekah dan sedekah itu dikira sebagai kebaikan, dan setiap kebaikan diberi nilai yang tinggi.

    Konsep setiap amar makruf adalah sedekah dinyatakan oleh Baginda terhadap segala kebaikan dilakukan manusia. Justeru, ramai di kalangan manusia yang berpeluang untuk memperoleh kelebihan pahala memandangkan ia terlalu mudah dilaksanakan tetapi perlu dengan kefahaman dan penghayatan ajaran Islam dengan sempurna di samping keikhlasan dan keinsafan dalam diri masing-masing.

    Rasulullah dalam hadis Baginda diriwayatkan oleh Bukhari bersabda bermaksud: “Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah.

    Setiap kebaikan yang dilakukan sama ada dalam bentuk spritual dan fizikal sebenarnya sedekah.

    Amalan sedekah juga lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud ‘benar’.

    Orang bersedekah adalah mereka yang benar dan mempercayai kebenaran ajaran Islam yang suci.

    Setiap orang yang benar dan berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat. Orang bersedekah adalah dermawan, manakala si bakhil seteru Allah.

    Keberkatan yang lahir daripada sedekah terlalu banyak, namun apa dinyatakan ini jelas terpapar daripada wajah orang bersifat murah hati ini apabila dia melalui beberapa peringkat hidupnya.

    Daripada konsep sedekah itu sendiri al-Sunnah menggariskan suatu keterangan iaitu berkaitan ganjaran pahala berganda bagi penganjur amalan baik dan makruf, di samping dosa berganda pula bagi mereka yang menganjur amalan keji dan maksiat.

    Rasulullah dalam sebuah hadis Baginda diriwayatkan oleh Muslim dan al-Nawawi, Baginda bersabda bermaksud:

    “Sesiapa yang memulakan satu amalan baik dalam Islam, maka baginya pahala dan pahala orang yang melakukan kebaikan itu selepas ia mati tidak dikurangkan walaupun sedikit. Dan sesiapa yang memulakan satu amalan buruk dan keji yang melakukan amalan itu selepas kematiannya, maka tidak sedikitpun dosa amalan itu dikurangkan.”

    Sebuah lagi hadis Rasulullah turut menyentuh konsep sedekah ini iaitu hadis diriwayatkan oleh Abu Dzar.

    Beliau menceritakan mengenai beberapa orang sahabat Nabi berkata kepada Baginda: “Wahai Rasulullah, orang kaya mendapat banyak pahala. Mereka solat seperti kami bersolat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa. Tetapi mereka bersedekah dengan harta mereka yang lebih. Rasulullah bersabda: “Tidakkah Allah menjadikan sesuatu untuk kamu bersedekah?

    Sesungguhnya setiap satu tasbih adalah sedekah, setiap satu takbir adalah sedekah, setiap satu tahmid adalah sedekah, setiap satu tahlil adalah sedekah, setiap suruhan makruf adalah sedekah. Sahabat berkata, ya Rasulullah, adakah jika salah seorang dari kami memenuhi syahwatnya, dia diberikan pahala? Rasulullah menjawab: “Hendaklah kamu ingat bahawa jika sekiranya dia melepaskannya pada yang haram, tidakkkah dia akan berdosa? Maka demikianlah, jika dia melepaskan syahwatnya pada yang halal nescaya dia akan mendapat pahala.”

    Kedua dari segi perolehan pahala berganda, Islam tidak pernah melihat kepada taraf kedudukan atau dari aspek kaya dan miskin seseorang itu, kerana setiap insan mukmin sentiasa mempunyai peluang memperolehnya.

    Sesungguhnya konsep bersedekah adalah suatu motivasi yang cukup kuat kepada seseorang untuk menjadikan diri mereka lebih sempurna dan menjadi Muslim sejati yang mempunyai keperibadian unggul serta menjadi contoh ikutan umat yang lainnya.

    Friday, January 16, 2009

    RT @ TR

    Rumah Tangga


    “ADALAH saya, Mohd Saiful bin Awang, suami kepada Aishah binti Musa yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50 tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” lafaz Saiful dengan suara yang perlahan dan tenang. Kemudian dia beralih kepada Aisyah yang telah sah menjadi isterinya. Tangan dihulur, dan Aisyah mencium lembut tangan suaminya.

    Aisyah membetulkan simpuhnya. Dengan tenang dia menerima mas kahwin daripada suaminya dan melafazkan ikrar sakinah yang tertera di atas kertas di hadapannya.

    “Adalah saya Aisyah binti Musa, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita,” lafaz Aisyah dengan suara yang penuh dengan getaran.

    Ini adalah lafaz penyerahan mas kahwin dan penerimaan mas kahwin oleh pasangan pengantin baru tersebut. Sebelum itu, bapa Aisyah juga melafazkan penyerahan tanggungjawab beliau sebagai bapa kepada menantunya, agar dapat menjaga anak perempuannya dengan baik. Begitu juga dengan ibu Aisyah sendiri yang mengucap lafaz pesanan ibu kepada Aisyah yang baru bergelar isteri. Lafaz itu pula dijawab oleh Aisyah melalui lafaz ucapan terima kasih anak, iaitu Aisyah sebagai anak mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang selama ini membimbing dan menjaganya dengan baik.

    Kesemua lafaz ikrar sakinah ini dapat diperhalusi dan diuntai melalui upacara akad nikah yang berlangsung di negeri Johor. Malah, dipercayai bahawa negeri Johor adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan lafaz ikrar sakinah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

    Kerajaan negeri Johor, melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim telah memperkenalkan Modul-modul Keluarga Sakinah pada Oktober 1997. Pengamalan dan pembudayaan Modul Keluarga Sakinah dianjurkan adalah sebagai satu panduan untuk menjana sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Sepuluh modul yang diolah sebegitu teliti merangkumi usia praperkahwinan hinggalah ke peringkat ‘khusnul khatimah’. Modul yang dimaksudkan ialah praperkahwinan, persediaan keibubapaan, pra keibubapaan, asuhan bimbingan dan pendidikan (bayi sehingga berumur 7 tahun), mumayyiz hingga baligh, alam remaja (15 hingga 21 tahun), alam dewasa (21 hingga 40 tahun), alam matang (41 hingga 50 tahun), usia emas (55 tahun ke atas), dan ‘khusnul khatimah’.

    Apakah yang dimaksudkan dengan lafaz ikrar sakinah? Apa pula yang digambarkan sebagai keluarga sakinah? Bagaimana pula caranya untuk menjadikan sesebuah keluarga itu sebagai keluarga ‘sakinah mawaddah wa-rahmah’?

    ‘Sakinah’ bermaksud tenang dan tenteram. ‘Mawaddah’ pula memberi erti bahagia. Manakala ‘wa-rahmah’ menyatakan maksud mendapat rahmat atau bahagia. Lantunan daripada takrifan dan gambaran yang dipaparkan melalui perkataan-perkataan itu menghubungkan kita dengan sebuah ayat al-Quran, surah Ar-Rum, ayat 21, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda-Nya bahawa Dia menciptakan jodoh untuknya daripada dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.”

    Jelas ayat di atas menyatakan tujuan perkahwinan dalam Islam adalah untuk membentuk keluarga yang sempurna. Ini bermakna, keluarga sakinah bukan sahaja beerti keluarga yang tenang dan bahagia tetapi lebih daripada itu, iaitu perlunya cinta yang diberikan oleh suami kepada isteri dan keluarga dan juga sebaliknya, iaitu cinta dan taat setia isteri yang tiada berbelah bahagi terhadap suami dan keluarganya.

    Lafaz ikrar sakinah yang dilaksanakan semasa upacara akad nikah memberi impak yang besar kepada permulaan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri. Malah penyerahan dan penerimaan tanggungjawab yang berlaku dalam lafaz tersebut akan menginsafkan dan menyedarkan pasangan yang baru dan sudah lama berkahwin untuk sentiasa patuh pada tanggungjawab yang telah digariskan oleh syariat.

    Bukan mudah untuk membentuk sebuah keluarga agar menjadi keluarga yang sakinah. Namun, kesukaran dalam usaha mencari sakinah dalam hidup tidak akan terasa jika setiap manusia tahu tanggungjawab masing-masing sesama manusia dan juga kepada Allah s.w.t.

    Faktor alam sekeliling boleh mengundang pelbagai penyelewengan dalam sistem kekeluargaan sehingga meruntuhkan sistem itu satu persatu. Sistem kekeluargaan dikatakan amat penting kerana pembentukan ummah bermula dari rumah. Keruntuhan sistem ini akan meruntuhkan ummah seterusnya memecahbelahkan masyarakat. Apabila masyarakat tidak sehaluan dan porak peranda, apakah akan berlaku pada negara, dan seterusnya dunia?

    Keruntuhan rumah tangga, kecurangan suami atau isteri, keruntuhan akhlak remaja, perlakuan sumbang, dan keruntuhan moral dalam masyarakat seolah-olah sudah menjadi santapan mata dan telinga setiap hari. Masyarakat seolah-olah menerima keadaan ini dengan reda sepertinya keadaan ini sudah tidak dapat diperbetulkan lagi. Fenomena ini menjadi budaya dan stail hidup masa kini sehingga meminggirkan faktor agama.

    Beberapa kajian telah dilakukan di Malaysia tentang penyelewengan tingkah laku seksual di kalangan suami atau isteri. Salah satu daripada kajian itu dilakukan oleh Fazidah Mohd. Yusof, dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, yang mendapati beberapa faktor berlakunya penyelewengan atau kecurangan di dalam sesebuah rumah tangga.

    Antara faktor tersebut ialah faktor kurangnya penghayatan terhadap agama Islam, ekonomi yang tidak stabil, komunikasi sehala, psikologi, seksual, pendidikan, pengalaman lampau, dan tekanan emosi. Penyelewengan dalam institusi kekeluargaan tersebut bukan sahaja berlaku kepada masyarakat Islam, malah semua agama menghadapi masalah yang sama. Hanya pendekatan untuk mengelak berlakunya penyelewengan itu berbeza dalam setiap agama.

    Islam telah menggariskan panduan yang lengkap di dalam al-Quran sebagai rujukan kepada manusia menjalani hidup dengan sempurna. Salah satu panduan hidup yang sempurna bermula daripada pengukuhan sistem kekeluargaan. Bagaimana caranya untuk mengukuhkan sistem kekeluargaan sehingga terbentuk sebuah keluarga sakinah mawaddah wa-rahmah yang disebut-sebut itu?

    Siri Kefahaman Keluaga Sakinah yang berlangsung di Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UITM) telah diadakan pada 22-23 September 2005, bagi menggariskan beberapa ciri pembinaan keluarga sakinah.

    Mufti Johor, Datuk Mohd. Nooh Gadot melalui ucapannya dalam bengkel tersebut berkata, sesebuah keluarga sakinah perlu mempunyai nilai kasih sayang, harmoni, keserasian, aman dan damai serta bertolak ansur. Kesemua nilai ini harus dibangunkan dan dijana atas dasar iman dan takwa mengikut perintah Allah s.w.t berpandukan al-Quran dan Sunnah, suami dan isteri juga harus menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam Islam.

    Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dalam pembentangan kertas kerjanya berkata, solat berjemaah yang seharusnya dilaksanakan dalam sesebuah keluarga semakin pupus. Manakala, amalan makan bersama keluarga masih diamalkan yang bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    Allah s.w.t menjadikan setiap ciptaanNya berpasang-pasangan. Malam dan siang, langit dan bumi, daratan dan lautan serta banyak lagi contoh-contoh lain. Manusia juga diciptakan untuk memiliki pasangan masing-masing. Firman Allah s.w.t dalam Surah Yasin, ayat 36 yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjadikan semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan daripada sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”

    Seseorang yang telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga harus sedar dan tahu kewajipan dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan kelak. Membina sebuah keluarga bukan semudah yang disangka. Pelbagai ilmu dan pengalaman harus dikutip sepanjang tempoh perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Yang paling penting, setiap pasangan sama ada suami atau isteri malah termasuk juga anak-anak tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing.

    Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja. Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

    Untuk menerapkan nilai-nilai mulia dalam keluarga, suami harus mempunyai pekerti yang baik, menjaga setiap perlakuan dan sentiasa muhasabah diri. Akhlak yang baik ini akan menjadi ikutan kepada isteri dan anak-anaknya kelak. Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu memberi nasihat yang baik terhadap perempuan (isteri) denan cara yang baik, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang rusuk paling atas. Sekiranya kamu cuba untuk meluruskannya, maka ia akan patah. Sekiranya kamu biarkan nescaya ia akan berterusan dalam keadaan bengkok.”

    Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

    Peranan isteri bukan sahaja memelihara apa yang telah disebutkan di atas. Selain daripada itu, seorang isteri yang baik akan sentiasa ikhlas menyayangi suaminya tidak kira semiskin mana atau serendah mana taraf antara suami berbanding isteri. Nilai hormat ini semakin pupus apatah lagi dengan tuntutan hidup masa kini yang menyebabkan isteri bersama-sama mengambil alih tugas suami dalam mencari nafkah. Seringkali, pengaruh luar rumah (persekitaran dan tempat kerja), akan mempengaruhi psikologi dan pandangan isteri terhadap peranannya yang sebenar sebagai penyeri rumah tangga.

    Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai. Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

    Rumah tangga lebih bermakna jika dijadikan tempat berdakwah bagi ahli keluarganya. Melaksanakan suruhan Allah dan taat pada setiap apa yang digariskan oleh Allah s.w.t dan seterusnya menguar-uarkan jaminan syurga kepada isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah.

    Selain itu, rumah tangga juga menjadi tempat pengumpulan ilmu dan agar dapat menghasilkan insan-insan yang bijak dalam menilai sesuatu. Ilmu yang dikumpul boleh menghasilkan pusat nasihat-menasihati dalam keluarga yang sering menghadapi risiko pengaruh negatif dari luar. Insan-insan yang bijak yang lahir daripada keluarga sebegini akan menjadi masyarakat yang mantap akhlaknya, seterusnya membina pembangunan negara yang cemerlang.

    Seterusnya, rumah tangga yang sakinah akan menjadi pusat kemuliaan bagi keluarga yang lain. Memastikan keluarga menjadi contoh kepada keluarga yang lain memerlukan kerjasama setiap ahli keluarga. Ini adalah dakwah yang paling besar yang boleh dilakukan oleh institusi kekeluargaan dalam membentuk masyarakat yang madani dan hadhari.

    Kemuliaan dan keindahan dalam keluarga sakinah wujud hasil daripada nilai cinta kepada Allah secara berterusan. Penghayatan terhadap agama Islam secara konsisten dan tulus bermula daripada pekerti seorang suami dan isteri kepada anak-anaknya. Ketaatan kepada Allah menjadikan setiap hati manusia akan tunduk dan takut kepada seksaan di akhirat kelak.

    Setiap individu harus mempertingkatkan kefahaman berkaitan dengan konsep penghayatan Islam secara menyeluruh merangkumi peranan mereka sebagai pendakwah dan khalifah Allah di muka bumi ini. Dengan penghayatan ini, bukan sahaja kita dapat membentuk keluarga sakinah dengan mudah, malah secara keseluruhannya dapat pula membina dan membentuk sebuah negara yang ‘sakinah mawaddah warahmah’.

    Ketika

    www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws



    KETIKA MENCARI CALON
    Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
    Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

    KETIKA MELAMAR
    Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
    tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

    KETIKA AKAD NIKAH
    Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

    KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
    Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
    menyia-nyiakan do'a mereka.

    KETIKA MALAM PERTAMA
    Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

    SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
    Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
    bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
    duri.

    KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
    Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
    semakin erat berpegang tangan

    KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
    Cintailah isteri atau suami anda 100%

    KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
    Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

    KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
    Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
    dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

    KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
    Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
    kita semasa menderita

    KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
    Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
    bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
    pertolongan Anda.



    KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
    Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

    KETIKA MENDIDIK ANAK
    Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
    tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

    KETIKA ANAK BERMASALAH
    Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

    KETIKA ADA PIL.
    Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

    KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
    Gunakanlah formula 7 K
    1 Ketaqwaan
    2 Kasih sayang
    3 Kesetiaan
    4 Komunikasi dialogis
    5 Keterbukaan
    6 Kejujuran
    7 Kesabaran

    Tuesday, January 13, 2009

    Korupsi


    SPRM PERLU TELITI BENTERAS RASUAH

    Pertemuan bersama Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK Malaysia) baru-baru ini di pejabat saya dekat Jalan Pahang lebih memahamkan saya tentang selok-belok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru diluluskan baru-baru ini.

    Dalam sesi pertemuan mesra beliau bersama Abang Najib berubah menjadi wawancara. Dengan hanya secawan teh tarik Saudara Mohd Nazree Mohd Yunus berupaya merungkai persoalan demi persoalan melibatkan rasuah dengan fasih dan mencerahkan. Lalu tidak hairanlah beliau berupaya mentadbir GERAK sebagai salah satu badan bebas dalam negara ditambah juga pengalaman beliau sebagai Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda INSKA .

    Berikut adalah idea asal Nazree yang saya petik dan ringkaskan. Sekiranya bersalahan dengan agenda SPRM berupa kritikan dan sebagainya, ia mungkin kesalahan saya sendiri dalam memahami, mendengar dan melapornya dengan lebih jelas.

    Terima kasih
    __________________________________________

    Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan di Dewan Rakyat selepas melalui beberapa pindaan terhadap fasal berkaitan diharap dapat mempertingkatkan integriti kerajaan dalam membanteras amalan rasuah di negara ini.

    SPRM yang akan dilaksanakan mulai tahun depan merupakan antara janji Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membawa pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan termasuk pembanterasan rasuah.

    Bagaimanapun kesangsian timbul ekoran di bawah Seksyen 58 yang menyebut “Mana-mana pendakwaan tidak boleh dimulakan kecuali dengan kuasa Pendakwaraya”. Maknanya, kes rasuah juga perlu dibawa kepada Peguam Negara. Tetapi beberapa pembaharuan yang disebut Abdullah Badawi sendiri yang diberikan kuasa itu kepada Timbalan Pendakwaraya yang mana kuasa tersebut diberikan juga daripada Pendakwaraya.

    Jika diikut dengan Seksyen 5 Kuasa Pesuruhjaya yang menyebut: “Ketua Pesuruhjaya hendaklah mempunyai segala kuasa. Pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai apa-apa kuasa Timbalan Pendakwaraya sebagaimana yang diberikan kuasa oleh Pendakwaraya”.

    Jika diperhatikan klausa ini ada kaitan dengan seksyen 58 dahulu yang menyebut: “Pendakwaan sesuatu kesalahan di bawah akta ini tidak boleh dimulakan kecuali atau dengan keizinan Pendakwaraya”. Jika diperhatikan klausa ini hanya akta sahaja tetapi tidak ada pembaharuan di dalamnya.

    Justeru, sistem itu harus dibentuk dengan begitu teliti supaya dapat mengecilkan semaksimum mungkin ruang berlakunya rasuah dan campurtangan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

    Bagaimanapun, kita bersetuju dengan langkah kerajaan mengenai penubuhan Mahkamah Khas. Ini kerana kes rasuah merupakan kes yang berat dan perlu berpisah dari Mahkamah yang sedia ada.

    Mengenai ‘Perlindungan Saksi’ dalam SPRM, dari sudut maklumat memang ada dinyatakan dalam Seksyen 65 ‘Perlindungan bagi Maklumat’, perkara ini sudah ada dalam BPR yang lama dan bukan benda yang baharu.Jika dirujuk juga BPR pada Seksyen 53 dan 65 ‘Perlindungan dan Pemberi Maklumat’ sama dengan yang baru ditubuhkan sekarang. Cuma berlaku perubahan dari sudut Seksyen walaupun ada beberapa tambahan yang lain.

    Tetapi yang kita inginkan ialah dari sudut keselamatan dan bukan semata-mata dari sudut informasi itu sahaja. Contohnya kalau saya membentangkan satu maklumat rasuah, maklumat akan dilindungi tanpa mendedahkan identiti tetapi bagaimana dengan soal keselamatan dan saksi luar? Adakah wujud rutin bulanan untuk menjaga seseorang individu malah berlaku pertukaran identiti sekiranya perlu apabila melibatkan satu maklumat yang besar.

    Mengenai dakwaan bahawa suruhanjaya akan meninggikan kos, perlu difikirkan soal rasuah telah membarah dan begitu membimbangkan kita, bahkan kita perlu fikirkan tentang satu pengorbanan dari sudut angka-angka peningkatan untuk perbelanjaan SPRM.

    Bagaimanapun angka itu harus relevan dan diterima oleh Ahli Parlimen yang mewakili rakyat. Kita tidak harus polemikkan soal ini. Kalau kita mengatakan kita begitu komited dan iltizam yang tinggi untuk menolak rasuah, apakah kita harus berkira-kira dalam soal untuk membelanjakan ke arah kebaikan ini.

    Tetapi sekiranya dengan perbelanjaan yang tinggi tidak berfungsi dengan berkesan, maka ketika itu mungkin pada 5-10 tahun akan datang kita akan persoal balik. Bahkan perlu kita positif terhadap perkara ini dan ini satu pengorbanan kepada rakyat selaku pembayar cukai.

    Mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa rasuah di zaman Perdana Menteri Abdullah Badawi meningkat, memang dari sudut indeks kita nampak penurunan dari 41 ke 47 yang berasaskan kepada indeks persepsi.

    Kita melihat bahawa dalam soal ini mungkin kes-kes rasuah banyak dapat tangkapan kerana kita melihat ada satu keterbukaan pada peringkat kerajaan.

    Ada dua sudut untuk kita lihat keputusan indeks tersebut menggambarkan satu keputusan yang positif ataupun tidak. Secara yang tersuratnya nampak negatif melalui penurunan indeks perpepsi rasuah. Tetapi dari sudut perspektif yang lain, kita melihat bahawa dengan banyak pendakwaan itu menunjukkan bahawa ada ruang yang tidak ada halangan untuk kerajaan lebih terbuka untuk menangkap. Sama ada tangkapan ini seharusnya dibuat pada zaman sebelumnya yang tidak mampu dilaksanakan, tetapi pada zaman Abdullah ia mampu ditangkap.

    Lantas orang menilai dengan pertambahan kes-kes rasuah yang meningkatkan statistik waktu itu. Dari tersuratnya negatif, dari sudut angka kita bersifat objektif tetapi dari sudut subjektifnya ialah mungkin kes-kes yang didakwa hari ini sehingga ia menjadi satu statistik (index corruption) itu sepatutnya diselesaikan pada zaman sebelumnya.

    Paling utama, para penguasa, pimpinan dan pentadbiran janganlah meletakkan diri dalam kandang mempunyai kuasa mutlak. Kuasa mutlak yang kita definisikan ialah tidak boleh ada orang pantau, tegur, check and balance, buat audit dan sebagainya.

    Pemimpin yang mempunyai kuasa dan kuasa itu pula melalui demokrasi yang baik. Akhirnya mereka ini yang menentukan polisi-polisi yang berkepimpinan. Sekiranya pemerintah di peringkat pusat atau negeri terjerumus dalam rasuah ini, mereka tidak mampu membentangkan polisi-polisi yang berkepentingan rakyat sebab mereka dah diikat. Bahayanya ialah kuasa ekonomi membeli kuasa politik.Jadi kita berharap kepimpinan yang akan naik perlu menghindarkan dari perkara-perkara ini dan menjadi individu yang mempunyai iltizam untuk memerangi rasuah.

    Monday, January 12, 2009

    Boikot le

    Ayuh Boikot



    Ya!! Wajib bagi kita seluruh umat Islam memboikot barangan-barangan AS-Israel. Hal ini yang demikian, setiap ringgit yang kita belanjakan akan bertukar menjadi peluru yang akan menembusi badan dan jantung saudara-saudara kita di Palestin. Sanggupkah kita membiarkan saudara-saudara kita di Palestin di bunuh secara beramai-ramai? sanggupkah?
    Apabila kita memboikot, sekurang-kurangnya kita mampu melemahkan Yahudi Laknatullah dari segi ekonomi yang mampu bertukar menjadi bom.


    Petikan kata-kata daripada Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai boikot.

    "Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya’, dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu.” Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.

    Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.

    Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.

    Allah berfirman: “Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu.” [Qur'an, 47:35].

    Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.

    Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

    “Katakan ‘bekerjalah,’ sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan.”

    “Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ umat Islam.” WaLlahu ‘alam.

    Saturday, January 10, 2009

    Rasuah

    Rasuah Menurut Islam

    Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
    Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
    Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

    وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

    Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

    Disebutkan dalam hadith :-

    لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

    Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

    Takrif Rasuah dan Sogokan

    1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
    2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
    3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
    4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
    5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
    6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
    7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;

    Jenis Kesalahan Rasuah

    Berikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-

    Meminta/Menerima Rasuah
    Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
    Menawar/Memberi Rasuah
    Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

    Membuat Tuntutan Palsu
    Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

    Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
    Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

    Bagi sesiapa yang bekerja di sektor perniagaan dan politik terutamanya, saya kira tidak sukar untuk menemui atau mendapati salah satu antara empat kategori tadi berlaku.

    Ingatlah sekali lagi beberapa penekanan Islam berikut :-

    1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

    2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

    "ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-Bukhari & Muslim )

    3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.
    Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:

    "Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].


    4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
    "Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].
    Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram.

    Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir.
    Ta'zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan. (http://www.mykhilafah.com/)


    Isu Melapor Bagi Yang Mengetahui

    Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan turut mendapat dosa hasil menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan gejala ini berterusan di sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam, syarikat, organisasi dan Negara. Akhirnay, semuanya akan terkesan dan merudum jatuh.
    Malangnya, saya pasti senarai sebab-sebab berikut merupakan antara halangan utama seseorang yang mengetahui atau punyai maklumat dari melaporkannya :-

    1) Tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
    Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam usaha membanteras rasuah.

    2) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan kenalan rapat.
    Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut berdosa kerana bersubahat.

    3) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang la, asalkan tidak libat aku, sudah'.
    Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.

    4) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di sini.
    Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan. Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati' dari iman.

    5) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin selamat.
    Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam diri.

    6) Kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil tindakan.
    Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada mereka. Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan pembuktian tahap kesungguhan mereka.

    7) Takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable', jawatan tinggi , hebat dan besar. Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai keadaan ini.

    Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
    "Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!"

    Kesan Buruk Dari Rasuah
    Rasuah adalah haram di dalam Islam disebabkan kesan yang dibawanya ke dalam sesebuah masyarakat dan Negara. Saya tidak berhasrat untuk menghurai panjang dalam bab ini, cukuplah dinyatakan isi utama yang sempat difikirkan. Sebagai huraian ringkas ia seperti berikut :-

    1) Jalan Mudah ke Neraka. Bagi Muslim khususnya, rasuah mencerahkan peluang seseorang untuk ke Neraka.

    2) Menghancurkan keadilan dalam masyarakat. Tiada lagi jaminan penjagaan harta, maruah, nyawa dan diri seseorang. Semuanya boleh dibeli.

    3) Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan skill. Jumlah masyarkat yang cekap , mahir dalam tugasan dan ilmu akan berkurangan kerana ‘skill' dan ilmu kemahiran semakin tiada erti lagi, yang lebih beerti adalah siapa lebih cekap menyogok.

    4) Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Masing-masing memikirkan diri mereka semata-semata tanpa memikirkan kesan buruk terhadap mangsa bagi jangka pendek dan Negara bagi jangka panjang.

    5) Menghasilkan hasil kerja yang buruk. merbahayakan keselamatan dan keharmonian. Kontrak kerja yang diberi secara rasuah kepada pengusaha yang bukan kerana merit tetapi kerana sogok, mendedahkan bahaya kepada orang ramai disebabakn kerjanya tidak berkualiti.

    6) Kos pengurusan akan meningkat. Semua syarikat pengusaha baru terutamanya semakin sukar berkembang akibat kos meningkat kerana peruntukan kos rasuah diperlukan.

    7) Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembap. Pengurusan sengaja melengahkan kerja kerana menunggu rasuah tertinggi. Pertambahan proses birokrasi juga boleh menambah kelembapan, kerana mungkin semua tahap pegawai inginkan rasuah terlebih dahulu sebelum memproses permohonan dan lain-lain.

    8) Muncul si jahat yang bertambah jahat. Kaki makan rasuah menikmati hasil rasuah dan memberikan kelaurga makan harta rasuah. Justeru, Seluruh keluarganya bakal menjadi kaki rasuah di setiap sector selepas ini. Maka bertambah si jahat dan yang telah jahat akan semakin bertamabh jahat. Firman Allah s.w.t :-


    فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً

    Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya " ( Al-Baqarah : 10 )
    Maka sesiapa yang membiarkan perutnya dan keluarganya diisi dengan hasil rasuah Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur.

    9) Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang. Kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin. Yang miskin sukar memperbaiki dirinya kerana tidak punayi ‘cable' yang baik, wang yang tidak mencukupi.
    Fakta Kajian
    Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).
    Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)].
    Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).
    Piawaian Rasuah di Malaysia
    Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004.
    Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu 180, berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada lingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.
    Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik di dunia.!

    Rosak

    PERKARA-PERKARA MEROSAKKAN AQIDAH

    Perkara asas yang membawa kepada kerosakan aqidah ialah melalui tiga cara:

    1. Iktiqad

    Iktiqad kepada yang selain dari Allah sebagai Tuhan. Akidah yang salah seperti akidah penganut agama kristian, akidah orang yahudi dan sebagainya. Konsep bertuhankan kepada dewa-dewa dan penunggu.

    2. Perbuatan

    Perbuatan yang merosakkan akidah seperti rukuk (dengan niat membesarkan makhluk) atau sujud kepada makhluk yang selain dari Allah. Melakukan upacara pemujaan seperti menyembelih kerbau balar kepada dewa atau penunggu dan sebagainya.

    3. Perkataan

    Mengatakan dengan tidak wujud Allah. Termasuk di dalam pengucapan yang merosakkan akidah seperti mengatakan tuhan kepada Fir'aun, atau melalui penghinaan terhadap agama Islam.
    Dari tiga perkara tersebut kerosakan akidah akan terhasil pada rukun iman:


    a)Akidah bertentangan terhadap Allah
    Seperti tidak percaya kepada kewujudan Allah, sepertimana pegangan ethiesisme dan komunisme. Percaya kepada sesuatu dari makhluk seperti busut, pohon besar dan lain-lain, seperti kepercayaan animesisme. Percaya kepada kekuasaan batu berhala, patung dan sebagainya, seperti kaum hindu, buddha dan sekutunya. Berpegang kepada konsep berbilangnya Allah, seperti kepercayaan penganut kristian dengan konsep trinity. Berpegang dengan konsep Qadimnya alam, atau tiada pencipta alam ini.

    b)Akidah bertentangan terhadap Malaikat
    Akidah bertentangan terhadap malaikat seperti menafikan kewujudan mereka. Menafikan sikap kepatuhan mereka di dalam menjalankan tugasan. Menafikan kebenaran tugasan para malaikat, seperti pegangan sesetangah puak syiah, bahawa malaikat Jibril tersalah menurunkan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad, yang sebenar kepada Syaidina Ali.

    c)Akidah bertentangan terhadap Rasul
    Berpegang kepada kepercayaan yang menyalahi dari sifat-sifat wajib bagi rasul. Seperti beriktikad nabi atau rasul dari kalangan pendusta, penipu, si hidung belang atau sebagainya. Adanya dibangkitkan nabi selepas dari nabi Muhammad, atau membenarkan dakwaan nabi palu tersebut.

    d)Akidah bertentangan terhadap Kitab
    Tidak percaya dengan kebenaran kitab-kitab Allah. Tidak percaya dengan al-Qur'an, Taurat, Injil dan Zabur (yang asli, sebenar dari Allah).
    Menolak al-Qur'an atau hukuman di dalamnya.

    e)Akidah bertentangan terhadap hari akhirat
    Tidak percaya kepada kebangkitan semula selepas kematian. Menafikan syurga dan neraka. Menafi dosa dan pahala. Menafi hari kiamat. Menafikan perhitungan segala amalan

    f)Akidah bertentangan terhadap qada' dan qadar
    Tidak percaya dengan ketetapan baik atau buruk semua dari Allah.
    Tidak tetap hati dengan Islam iaitu berpapah hati antara menjadi Islam dengan menjadi kafir (penganut agama lain) atau bercita-cita untuk menjadi penganut agama lain pada suatu masa akan datang, juga menjadi perkara yang merosakkan iman.

    Wednesday, January 7, 2009

    Adat @ Anak

    Anak @ Adat Menjadi Pilihan


    “Biar mati anak, jangan mati adat”

    Keras benar bunyi pepatah itu. Sehingga menyakitkan jiwa Melayu Baru bawa jelek benar pemikiran orang dulu, sanggup mati anak semata-mata mahu mempertahankan adat.

    Saya sudah menulis sedikit sebelum ini tentang maksud adat pada peribahasa itu. Kita tidak boleh memahami bahasa dahulu dengan pemikiran hari ini. Bahasa lama perlu difikir cara lama.

    Orang Melayu membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang dianggap sebagai jati dan harga diri. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasa.

    Maka jika kita bertemu dengan watikah bertulis sebagai ‘Hukum Adat’, janganlah terus dihumban ke tepi bahawa adat itu adalah budaya resam yang merosak agama. Adat itulah agama, pada bahasa Melayu Lama.


    BERBIN DAN BINTIKAN EMAK

    Saya masih ingat, perbualan dengan arwah Opah, sekitar 20 tahun lalu. Opah bukan hafizah, tetapi Opah mengajar saya mengaji sambil dia menggoreng ikan. Jika saya nakal melompat ayat, opah menegur sambil mengetuk sudip di kuali.

    “Opah, kenapa masa talqin, nama orang disebut dengan bin atau binti emak?”, saya bertanya kepada Opah selepas habis semuka mengaji Quran.

    “Bukan semua orang ada ayah. Takkan nak malukan si mati di depan kuburnya”, kata opah sambil membetulkan telekung putihnya.

    Saya terdiam.

    Hari ini saya memikirkannya kembali. Ketepikan seketika soal sunnah atau tidak bertalqin cara orang di Malaysia, tetapi saya amat tersentuh dengan jawapan opah. Apabila si mati dibahasakan di sisi pengebumiannya dengan berbin atau berbintikan ibu, terhindarlah aib si mati, jika ada. Tidak semua orang jelas bapanya, namun semua kita beribu dengan perempuan yang ada nama.

    Begitulah berhalusnya masyarakat kita. Menerima beralas, menolak berlapik.

    TEPUNG TAWAR

    Fikiran ini muncul apabila pagi tadi saya berbual dengan abang kepada Divesh Kumar Danial Kakulai, calon peserta di dalam rancangan ‘Cari Menantu’ di TV9. Kami berbual tentang satu aspek perkahwinan bangsa Melayu, iaitu soal menepung tawar.

    Mahu tidak mahu, pelbagai fatwa telah dikeluarkan tentang soal menepung tawar. Bukan hanya di Malaysia, malah Brunei Darussalam yang kuat berpegang dengan adat istiadat Melayu sendiri pun, berfatwa pada tahun 2003 menegahnya.

    Menepung tawar, merenjis bunga mawar dan menabur beras itu, ada signifikasi agama Hindu di sebaliknya. Ia bukan sekadar budaya, ia agama. Tentu sahaja bagi Danial dan abangnya, lebih faham tentang erti di sebalik ‘amalan’ itu.
    Fatwa tetap fatwa, hukum tetap hukum.

    Namun usaha untuk menjernihkan antara agama dan adat, jauh lebih sukar dari yang dijangka. Walaupun nyata bersalahan dengan agama, mencabut adat yang asing dari Islam, tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain. Akarnya dalam mendasar, batangnya tajam berduri.

    Mencabutnya dengan tergesa-gesa hanya mengundang luka. Khususnya adat yang bersangkut dengan maruah keluarga.

    Adat itu jadi lebih rumit, apabila ia bersangkut dengan perkahwinan.

    Ramai generasi celik Islam hari ini mahukan perkahwinan yang bertepatan dengan Sunnah. Jauh dari bid’ah dan ringkas perjalanan dan belanja. Namun apa pula kata orang tua-tua?

    Saya pernah bertanya kepada orang tua, “mengapa tidak diringkas-ringkaskan sahaja walimah sanak saudara?”

    Jawab pakcik saya, “ringkas-ringkas itu agama, tetapi jangan sampai menimbulkan tanda tanya”.

    “Tanda tanya yang bagaimana?”, saya kurang jelas.

    “Ringkas kadang-kadang dilihat seperti tergesa-gesa. Bagai ada yang tidak kena”, itu komen pakcik saya.

    Saya faham apa yang dimaksudkannya. Ketika dua keluarga baru mahu menyatu saudara, soal maruah dan harga diri amat penting. Jangan dicemar.

    Mahu tidak mahu, benci atau suka, begitulah orang Melayu. Orangnya bercakap halus, kekadang tidak didengar, sering pula jadi di belakang. Maka orang tua-tua kita amat enggan menanggung rumah yang telah siap, namun pahat masih berbunyi.

    Pengalaman saya dan isteri, ketika mahu berumahtangga, sedikit sebanyak ada pengalaman yang boleh dikongsi. Setelah cinta kami terbit di medan dakwah, perkahwinan itulah model kefahaman kami terhadapnya. Rumahtangga mahu dibina, bermula dengan langkah yang bersih dari perkara yang tidak diingini.

    BERSANDING

    Tentu sahaja, isu paling utama adalah soal bersanding.

    Majlis pernikahan saya berlangsung di rumah pengantin perempuan, dinikahkan sendiri oleh bapa mertua. Namun di sisi sebelah kanan, ada pelamin yang tersedia. Saya sudah memahaminya, namun rombongan yang mengikut saya sedikit teruja.

    Keesokan pagi, sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan, saya menerima panggilan telefon dari seorang penduduk kampung.

    “Assalamualaikum ustaz. Hai, ustaz berceramah sana sini, tapi semalam nampak macam ada pelamin aje! Apa hal?”, tanya beliau.

    Tentu sahaja fikiran saya amat terganggu dengan panggilan itu. Hanya tinggal sejengkal sebelum saya masuk ke alam baru. Saya perlukan sepenuh keyakinan diri untuk hari ini, tetapi ada pula ‘panggilan nakal’ seperti itu. Tak supporting sungguh!

    Saya kuatkan semangat dan fokus kembali kepada apa yang saya boleh kawal. Saya malah isteri, tidak berupaya untuk menentukan sesuatu yang dikongsi bersama dengan keluarga. Maka kami berjanji untuk mengawal dan mempertahankan diri, sebaik yang kami terdaya.

    Setibanya di rumah pengantin perempuan, dengan iringan kompang, saya melangkah antara debar dan tenang. Saya rasa berdebar kerana terlalu ramai mata yang memerhati dan mereka akan memerhatikan saya duduk di kerusi yang dinamakan pelamin. Namun saya tenang, kerana saya faham apa yang sedang berlaku pada masa itu

    Fikiran saya terkenang kembali kepada penjelasan ibu mertua saya beberapa hari sebelumnya.

    “Kalau sekadar buat meja makan beradat, takkanlah tetamu dan menantu terus ke meja makan sahaja. Tentulah masuk ke rumah dulu. Jika tidak masuk rumah, sedih pula si tuan rumah. Dan oleh kerana sudah masuk ke rumah, kita elokkanlah sedikit kerusi tempat anak menantu nak duduk. Itu sahaja. Bukan nak menunjuk atau apa-apa”, bersungguh-sungguh emak mertua saya memberikan penjelasan.

    Terharu…

    Kalau nak diikutkan, tidak perlu pun emak jelaskan kepada saya. Saya mahu mengahwini anaknya, dia berhak untuk menentukan apa sahaja. Tetapi dalam keluarga tidak begitu. Kasih sayang bukan soal siapa betul siapa salah. Kasih sayang ialah soal siapa menang siapa kalah. Dan tiada siapa mampu mengalahkan kasih sayang ibu kepada anak menantu.

    Anak hanya belajar menghargai kasih sayang ibu bapanya apabila akal sudah hidup di kepala, namun ibu bapa sudah menyayangi anak sebelum lahir ia ke dunia.

    Ibu mertua saya sudah membahasakan dirinya emak, pada hari pertama saya datang merisik. Tiada siapa yang boleh mengalahkan kasih saya emak mertua saya kepada anak-anak, sekalian menantu dan cucu-cucunya.

    Kerana itu, emak masih cuba memujuk saya, dan siapalah saya untuk berkeras kepala semasa menyusun tapak untuk bertandang menyertai keluarganya.

    Saya hargai penjelasan emak dan ia sudah cukup lapang buat hati saya.

    Saya melangkah, disatukan dengan isteri di depan rumah, dan kami melangkah masuk ke rumah.

    “Cepat, cepat! Jangan nak lama-lama. Duduk sekejap sahaja!”, kata ipar-ipar saya semasa kami berdua didudukkan di atas kerusi berhias.

    Saya sebenarnya tenang sahaja. Mungkin mereka yang bimbang saya ‘meletup’ kerana tahu saya tidak begitu menyukai upacara ini.

    Duduk seketika, ahli keluarga mengambil gambar dan kami bangun semula menuju meja santap untuk makan bersama.

    Seperti kata abang Danial di dalam rancangan ‘Cari Menantu’ semalam, seorang pengantin bukan hanya berkahwin dengan pasangannya. Pengantin turut berkahwin dengan keluarga pasangannya. Maka soal mengambil hati dan menyesuaikan diri dengan keluarga dan sensitiviti mereka, adalah sebahagian daripada tanggungjawab berumahtangga.

    Atas prinsip proaktif, fokuslah pada apa yang kita mampu mengawal dan mengubahnya. Maafkan percanggahan yang ada. Maafkanlah kebiasaan yang ada dan cubalah untuk minimumkan apa-apa yang agama tidak suka. Namun, kuatkan azam kukuhkan keyakinan agar generasi kita yang tersepit di antara adat dan agama ini, tidak mengulanginya ketika hari kita menyambut menantu.

    Jika anak-anak muda yang idealistik dengan kefahaman Islamnya, dan mahu bertegang leher menjelang hari perkahwinan, saya tiada upaya untuk berbuat apa-apa. Terpulanglah kepada mereka. Namun bagi yang sedar dengan realiti, bahawa cara kita dan bakal isteri memahami Islam mungkin berbeza daripada apa yang difahami oleh generasi ibu bapa, lantas mahu teliti dan berhalus dalam menentukan sikap dan tindakan, maka artikel saya ini adalah perkongsian pengalaman untuk dimanfaatkan bersama.

    Tentu sahaja contoh ini bukan contoh yang terbaik. Namun dengan keupayaan semasa itu, saya telah mencuba yang terbaik.

    Kita harus ingat bahawa rumahtangga bukanlah hal sehari dua. “Oh, aku sudah bernikah. Maka dia adalah isteriku dan aku berhak sepenuh ke atasnya!” Jangan sekali-kali berfikir begitu.

    Berumahtangga bukan hanya menggabungkan dua insan, malah ia mempersaudarakan dua keluarga. Di dalam sebuah keluarga, ada pelbagai peringkat dan tahap seseorang di dalam menilai dan melihat Islam.

    Jangan pula kerana mahu membuang adat, kita turut membuang adab.

    Janganlah pula pada hari kita “menyambut mertua”, kita hilang pertimbangan. Jangan kerana menegakkan agama, kita hilang budi bahasa. Jangan ketika masih di rumah ‘orang’ kita masuk berjalan tempang.

    Tunggulah hari kita “menyambut menantu”. Segala kesulitan yang kita hadapi dalam menekuni kesulitan belenggu antara adat dan agama, jadikan ia sebagai suatu teladan. Kita adalah generasi jambatan antara zaman adat dan zaman syariat. Tersepit dan keliru, adalah habuan untuk generasi ini. Namun belajarlah untuk menelitinya. Agar tiba hari kita mengatur perkahwinan suatu hari nanti, anak-anak kitalah generasi yang dapat menikmati Islam yang ringkas, namun kekal indah di dalam syariat Allah.

    Daun Sireh

    Daun Sireh ????







    Tak sangka ada lagi adat yang tak jelas tujuannya yang masih dipakai di zaman ini. Nak kata syarat sah kawin tak juga. Nak kata ada orang yang nak makan tak juga. Nak kata bau wangi tidak juga. Dan nak kata untuk nak buat hiasan, tak kan nak suruh pihak lain siapkan? Jadi…susah. Inilah salah satu adat perkahwinan melayu yang tak dapat jelas tujuannya yang masih dikekalkan dalam masyarakat melayu. Kalau zaman dahulu takpelah perkara ini. Asal usul adat menghantar sirih pada zaman dahulu adalah disebabkan sirih adalah makanan yang ada nilai di sisi masyarakat melayu pada masa itu. Dengan menghantar sirih pihak perempuan akan merasa ceria dan gembira. Tapi sekarang zaman sudah berubah. Tiada siapa lagi yang makan sirih. Malah orang yang sibuk suruh siapkan sirih tu pun dah tak makan sirih. Pandangan masyarakat melayu tentang sirih sudah berubah.

    Tak perlulah sesiapa nak berfalsafah tentang signifikan lambang sirih itu kepada orang melayu. Kalau zaman dulu ada tujuannya. Iaitu untuk dimakan. Tapi kalau zaman sekarang kalau dapat sirih entah-entah akan dibiarkan sampai layu.





    Bukan tak sayangkan melayu orang melayu tak pakai adat tu. Tapi biarlah sesuatu perkara itu bila dibuat boleh menyumbang kepada bangsa melayu yang bijak. Bukan mewajibkan membuat perkara kerana ikut-ikutan tanpa mengetahui maksudnya. Tak perlu berfalsafah untuk mengekalkannya.
    Memang dah jelas tujuannya untuk dimakan. Kalau benar falsafah-falsafah yang sering disebut-sebut tentang keberkatan yang ada disebaliknya… boleh membuatkan itu dan ini, mana bukti statistik tentangnya?

    Zaman sekarang ni kalau nak bagi hantaran, cubalah bagi buah durian D24 pulak ke. Pihak penerima pasti akan ceria dan tersenyum sampai ke telinga. Sebab orang sekarang ni dah tak ada dusun. Makanan favorite mereka masih buah durian. Jadi tentu mereka suka. Banyak falsafah perkahwinan yang boleh direka tentang buah durian untuk masyarakat melayu bagi sesiapa yang nak reka.



    Pada saya daun sireh yang dubuat pada zaman sekarang ini tidak logik sebab membazir sahaja tiada manfa'at. Adat dahulu pada zaman sekarang ini tidak reasonable untuk diguna pakai lagi sebab pada saya hanya agama sahaja yang reasonable untuk diguna pakai.

    Tuesday, January 6, 2009

    Generasi

    Myspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace Layouts

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

    Kali ini saya ingin berkongsi sedikit dengan anda tentang masalah disiplin yang melanda sebilangan besar pelajar-pelajar kita di sekolah khususnya. Sebenarnya masalah disiplin bukan sahaja wujud di sekolah bahkan di mana-mana sahaja. Masalah disiplin juga wujud di tempat-tempat kerja, di sesebuah organisasi sama ada kecil mahupun besar, malah di dalam rumah tangga sendiri pun wujud masalah disiplin.

    Cuma apa yang nak saya fokuskan ialah masalah disiplin di sekolah kerana saya lebih dekat dengan perkara itu. Saban hari dari bermula loceng berbunyi tanda masuk ke kelas sehinggalah loceng pulang tengahari ataupun bagi sekolah yang mempunyai dua sesi loceng di sebelah petang sekitar jam 6.45 petang akan berlaku seribu satu macam peristiwa yang melibatkan guru dengan pelajar. Secara umumnya di kebanyakan sekolah akan menghadapi senario yang sama setiap hari. Jangka masa lebih kurang 6 atau 7 jam di sekolah akan memperlihatkan pelbagai peristiwa berlaku. Tidak dinafikan tujuan pelajar datang ke sekolah adalah untuk belajar namun jika ditanya dan lebih mengkhusus mereka tidak jelas apa maksud sebenar 'belajar'. Bukan menuding jari menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Proses pembelajaran ini terlalu luas.

    Ramai pelajar yang telah berjaya dan tidak kurang juga yang gagal. Belajar seolah-olah seperti satu perjudian dan juga satu pelaburan jangka panjang. Jika tidak berhati-hati, leka, cuai dan lalai maka apa yang ditanam hari ini tidak akan 'menjadi'. Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan adalah masalah disiplin di kalangan pelajar yang sentiasa menjadi perbualan hangat dan menjadi topik utama di akhbar-akhbar arus perdana.

    Bila bercakap tentang masalah disiplin pelajar ini sebenarnya akan membabitkan banyak pihak. Masing-masing akan menuding jari kepada orang lain dan cuba mempertahankan diri masing-masing bahawa mereka tidak bersalah! Saya melihat masalah disiplin yang melanda pelajar setiap hari dengan tanda tanya. Tidak dinafikan bukan semua pelajar terlibat dengan masalah disiplin. Ramai pelajar yang berakhlak, bersopan-santun, menghormati guru dan sebagainya namun segelintir pelajar yang bersikap negatif ini seolah-olah menutup segala kebaikan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar lain. Umpama peribahasa Melayu 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Susu yang putih bersih ternyata rosak dek nila yang tumpah setitik sahaja dan susu tidak boleh digunakan lagi.

    Mengapa ye pelajar-pelajar sekarang begitu berani memaki guru, mengeluarkan perkataan-perkataan lucah dan mencarut, keluar kelas ikut suka walau guru sedang mengajar di depan kelas, tidur dalam kelas, tidak patuh arahan guru, tidak buat kerja sekolah, mengugut guru, menengking guru dan sebagainya. Itu di antara masalah disiplin di antara pelajar dengan guru belum lagi masalah di antara pelajar dengan pelajar, pelajar sekolah A dengan pelajar sekolah B, pelajar sekolah dengan remaja yang telah tidak bersekolah lagi, dan seribu satu macam bentuk masalah yang melanda generasi pelajar kita.

    Belum lagi kita teroka masalah pelajar yang terlibat dengan rokok, dadah, arak, seks, mencuri, pecah rumah, lumba motor haram, berjudi, bergaduh dan macam-macam lagi lah! Aduh! mengapa sampai begitu sekali generasi pelajar masa kini? Apa yang tak kena agaknya? Salah keluarga ke? Atau salah pihak sekolah ke? Atau salah pelajar itu sendiri? Kalau dulu orang kata hantar anak ke sekolah agama akan membentuk peribadi baik dan mulia tetapi ramai juga pelajar-pelajar yang dari aliran agama terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral. Kalau sekolah harian jangan cakaplah! Sekolah berasrama? Tidak kurang juga pelajar-pelajar sekolah berasrama yang terlibat dengan masalah disiplin. Maka jadi satu tandatanya di mana silapnya sehingga pening kepala dibuatnya untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar kini.

    Jika di sekolah personalia yang paling pening ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dikenali sebagai PK HEM, Guru disiplin dan juga Guru Kaunseling. Ada di antara ketiga-tiga personalia ini yang mengalami tekanan darah tinggi akibat dari menghadapi masalah-masalah disiplin pelajar.

    Pada saya masalah disiplin pelajar ini adalah berpunca dari banyak sebab walaupun tidak dinafikan ia juga berpunca dari sikap pelajar itu sendiri. Jika kita lihat masalah jenayah yang berlaku tentu ada sebab mengapa ia berlaku. Pada saya, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar masa kini mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan corak dan gaya hidup masa kini. Gaya hidup sekarang begitu kuat pengaruhnya dan jika seseorang pelajar tidak mempunyai kekuatan dalaman maka akan rosaklah peribadi pelajar. Saya pernah menjalankan sesi kaunseling dengan seorang pelajar perempuan yang baru berusia 14 tahun. Pelajar ini memang cukup bermasalah di sekolah. Guru disiplin juga seperti sudah putus asa dan tugas saya pula untuk membantu pelajar ini. Dari apa yang diceritakan oleh pelajar ini, dia berasa tertekan berada di rumah dengan keadaan keluarga yang porak peranda, abang yang selalu memukul, emak ayah yang sibuk mencari duit. Maka pelajar ini cari jalan mudah untuk meredakan tekanan dengan bercampur gaul dengan remaja yang tidak bermoral. Kalau kita lihat dan perhalusi senario ini, ia berlaku di mana-mana. Bukan jadi perkara pelik lagi. Namun apa yang saya ingin tekankan ialah, faktor-faktor penyebab. Anak bermasalah sebab keluarga, keluarga bermasalah sebab tekanan hidup. Tekanan hidup kerana keadaan sekarang yang sememangnya begitu memberikan tekanan sama ada dari segi ekonomi, dan sebagainya. Kita terpaksa mengorbankan banyak perkara semata-mata untuk memenuhi kehendak kehidupan masa kini.

    Mungkin ada yang akan mempersoalkan mengapa ada anak-anak orang berada juga terlibat dengan masalah disiplin sedangkan mereka tidak mempunyai masalah kewangan pun jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kesempitan hidup. Sebenarnya memang tidak dinafikan sama ada keluarga kaya ataupun miskin, kedua-duanya turut menyumbang dengan faktor tersendiri. Saya rasa faktor ekonomi sesebuah keluarga itu menjadi faktor utama dalam penyebab masalah disiplin ini di samping beberapa faktor yang lain. Sesebuah keluarga yang mempunyai ekonomi yang kukuh mampu untuk memenuhi keperluan ahli keluarganya begitu juga sebaliknya. Masa yang berkualiti di kalangan keluarga dapat dipenuhi manakala bagi sebuah keluarga lagi masa berkualiti perlu dikorbankan untuk menampung keperluan ekonomi keluarga seperti melakukan kerja sampingan di waktu malam dan sebagainya. Kita tidak boleh menyalahkan keluarga yang ingin menambah pendapatan keluarga kerana sememangnya kehidupan sekarang semakin mendesak dengan kenaikan harga barang keperluan yang semacam tidak terkawal.

    Seperti saya katakan tadi, sukar untuk menentukan silap siapa masalah disiplin di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi kerana ia akan berkait-kait sehingga kepada peringkat yang paling tinggi sekali. Pada saya pihak yang amat memainkan peranan penting bagi mengurangkan masalah disiplin pelajar ialah ibu bapa sendiri. Walaupun miskin atau kaya, jika anak-anak diberi pengisian rohani dan kasih sayang yang mencukupi serta tahu batas-batas yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam kehidupan, ada ketegasan dan ada kelembutan, tahu tujuan mengapa hidup di dunia ini insyaAllah pelbagai masalah akan dapat diselesaikan. Cuba kembali ke landasan yang betul yang selama ini kita mungkin tersasar.

    First Day

    Langkah Permulaan Meniti Dunia


    Myspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace Layouts



    Hari semalam (08/Muharram/1430H @ 05/01/2009M) adalah hari permulaan pembukaan lembaran baru untuk murid2 sekolah membuka lembaran pembelajarannya bagi murid yang baru memasuki darjah satu pelbagai karenahnya meminta emaknya menunggu sehingga habis sekolah pada hari pertama. Aku pun tergelak kecil sebab apa sampai ibu ayangnya terpaksa memohon cuti untuk hari pertama sekolah anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang prihatin menanyakan pada saya akan masuk sekolah balik sekolah jam berapa serta menanyakan akan apa yang akan dipelajari anaknya serta peraturan sekolah yang perlu anaknya ikuti. Pada saya eloklah begitu agar apa yang berlaku disekolah kelak dapat ia memhaminya. Saya memang suka akan ibu bapa yang prihatin tentang anaknya janganlah harap pada guru-guru sahaja sebab waktu kami disekolah terhad sahaja. Jadi kami sebagai guru memohon kerjasama dari pihak ibu bapa bagi melentur anak-anak menjadi anak nusa yang berakhlak mulia serta berjaya didalam kerjaya mereka.. Maka itu ibu ayah anak kalian bagilah kerjasama pada kami juga... InsyaAllah kami akan berkerjasama dengan kalian ibu bapa memastikan anak-anak kita berjaya didunia & diakhirat.


    Myspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace LayoutsMyspace Layouts

    Iklan

    Renungan

    Tanpa Kepedihan dan Kesengsaraan Kita Akan Membuang Perkara Yang Indah Dengan Sia-Sia Sahaja Tanpa Memberi Kesan Kepada Iman Kita Renungkanlah ... Ingatilah Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Muhammad s.a.w Berjaya Atas Kepedihan dan Kesengsaraan Yang Lebih Hebat Dari Kita ... Maka Itu Kesabaran Sahaja Yang Membentengkan Kita Untuk Kita Tidak Terkeluar Dari Landasan...

    I Hate Israel

    Zionists in Israel Doing With Severe and extreme violence
    Why do we Muslims and Muslimat just let them continue to suffer
    Which we love them though God has given this love as our weapon to subvert the Zionist Israel
    Not enough just to pray, shout anti Israel boycott their goods and making protest signs protest their atrocities.
    We need to unite regardless of status, race, mentality, national and political as well as Muslim and Muslimat Let us together to destroy and overthrow the Jews of Israel continued the beatings our brothers in Palestine
    Let not our guard again, it emerged as the Sultan Salahuddin Ayub in Jerusalem.
    Remember we have the golden age of Islam were we take the history of the Prophet in all previous wars are the strategy for eliminating the al-Kafirun the plight of Muslims before
    Do not just let it alone and wait for God to help us we need to pray, work, effort and puteri. Then we wait for God's blessings on our efforts.

    Ingatan Kalian dan JiwaIslam

    Nature Future

    Nature Future
    Menjana Pendapatan

    Job At Home

     

    Elken

    Elken
    Jana Pendapatan

    Bicara Secara Maya

    Halwa Jiwa Islam 1

    لامن جيوا دان نوراني إسلام Copyright © 2009 Community is Designed by Bie