S o m e F o r u m
Mengapa harus takut dengan kematian?
nurliza #1 Posted on 03-04-2009 03:31
Admin
Posts: 100
Joined: 24.02.09
Weluvislam's Status:
Assalamu'alaikum ya antum wa antunna..
Marilah ramai2 share pendapat and what do you all feel about death?
Ana terdetik nak mulakan forum ni selepas menonton rancangan Halaqah berkenaan 'ROH'. Kata prof. yg menjadi ahli panel jemputan untuk rancangan itu, dikisahkan bahawa pabila Malaikat Maut mencabut nyawa org, dia boleh menyerupai dua rupa, iaitu, jika dia akan mencabut nyawa orang yg beriman, wajahnya sangatlah cantik sehinggakan orang yang takut mati pun rasa indah je nak mati... dan bagi orang yang tidak beriman pula, wajahnya tersangat lah mengerikan. Nauzubilah minzhalik. Mudah2an kita tergolong dari orang2 yg soleh/solehah. ameen.
Hmm.. Kata prof. itu lagi, kita tidak sepatutnya berasa takut dgn kematian kerana sesungguhnya ia tanda kita semakin dekat dalam menemui Allah Yang Maha Esa.
Kita mempunyai dua amanah, iaitu jasad serta rohani kita. In order to take good care of jasad kita, kita perlu makan benda2 yg menyihatkan, bersenam dan sebagainya, dgn itu, kita akan kekal sihat bertenaga. Begitu juga dgn rohani kita yg memerlukan sesuatu to energise it up. And the perfect thing for our rohani is ibadah. Kata prof., yg penting, ibadah kita harus lah ikhlas. In order to beribadah, kita harus beriman, dan untuk beriman, kita harus berilmu, dan untuk berilmu, kita haruslah ikhlas.
Jika kita ingin bertemu dgn Allah dalam keadaan baik, maka jadilah orang yang baik.
Sakaratul Maut ternyata sgt menyakitkan, even untuk Nabi SAW kita. Namun, come to think, selepas kesakitan sakaratul maut itu, apakah ganjaran Nabi? Syurga kan? Just like giving birth for example, it is deeply painful, tetapi, after that, the baby surely brings us joy right? Jadi, tak usah la kita takut akan kematian dan sakaratul maut sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak pernah tidak adil. Pasti ada hikmah dalam segalanya yang diaturNya. Moga2, kita akan menjadi antara yang sentiasa bersedia untuk menghadapNya dalam keadaan baik. amin ya rabbal a'lamin.
--------------------------------------------------------------------------------
Allah tidak pernah melupakan kita, cuma kita sahaja yang sering terlupa akanNya.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”.
IP: 203.82.79.2
zafiqa #2 Posted on 03-04-2009 10:24
Admin
Posts: 113
Joined: 12.01.09
Weluvislam's Status:
salam...
saya lebih suka kepada frasa 'mangingati mati' daripada 'takutkan mati'
samada takut ke...tak suka ke...semua orang akan merasai mati...
itu memang pasti...tetapi bgmana kita mengambil iktibar dari peristiwa kematian itu sendiri penting...
sbb kita kena ingat...setiap insan itu sudah ditentukan bila waktu matinya...cuma kita tak tahu bila sahaja...muda bukan jaminan untuk tidak mati...sihat pula bukan bermaksud maut tidak datang menjemput...
persoalannya ialah adakah kita sudah bersedia....
saya sendiri belum rasa bersedia...masih byk yg perlu dilakukan utk mencukupkan amalan sebelum bertemu denganNya...
--------------------------------------------------------------------------------
Edited by zafiqa on 03-04-2009 10:26
--------------------------------------------------------------------------------
sentiasa berfikir membawa tuah, perbuatan berfikir peribadi bermaruah, tanpa berfikir menyesal tak sudah, bercakaplah sesudah berfikir
IP: 119.40.118.201
nurliza #3 Posted on 03-04-2009 16:17
Admin
Posts: 100
Joined: 24.02.09
Weluvislam's Status:
salam kak zafiqa..
betul kata akak..
sememangnya kita taktahu bila dan dimana Allah sudah takdirkan kita untuk meninggal..
but persoalannya kan, kenapa ramai yg takut akan mati? ini from what saya sendiri cuba survey dan sebagainya.. hmm...
kadang2, nak persiapkan diri untuk menghadapNya itu sering diabaikan sesetengah pihak dgn alasan, belum tua lagi, nanti2 barulah taubat dan kumpul pahala.. hmm... sdgkan kematian merupakan benda yang paling dekat dgn kita.. kan kak?
--------------------------------------------------------------------------------
Allah tidak pernah melupakan kita, cuma kita sahaja yang sering terlupa akanNya.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”.
IP: 203.82.91.34
zafiqa #4 Posted on 03-04-2009 17:56
Admin
Posts: 113
Joined: 12.01.09
Weluvislam's Status:
takut tu mmg la dirasai semua org...lg2 kt tau selepas meninggal dunia kita akan didatangi oleh dua org malaikat yang akan menyoal kita sebaik sahaj dikebumikan...tu belum masuk seksaan kubur lagi...
tapi sepatutnya takut tu mampu mengingatkan kita samada kita sudah bersediakah kita untuk mati atau belum...jika sedar yang amalan masih sedikit...rajin2 la tambah...sbb semua pon maklum kita tak tahu saat kematian kita...itulah hikmahnya disembunyikan hari kematian kita...untuk mengukur samada kita beramal ibadah secara konsisten atau sekadar bila ada perkara2 tertentu terjadi sahaja...
sesungguhnya Allah maha mengetahui...
--------------------------------------------------------------------------------
sentiasa berfikir membawa tuah, perbuatan berfikir peribadi bermaruah, tanpa berfikir menyesal tak sudah, bercakaplah sesudah berfikir
IP: 119.40.118.201
nurliza #5 Posted on 03-04-2009 19:06
Admin
Posts: 100
Joined: 24.02.09
Weluvislam's Status:
betul3 (syndrome upin dan ipin)
hehe.. moga2 kita semua akan tergolong ke dalam yang sentiasa istiqamah.. ameen..
--------------------------------------------------------------------------------
Allah tidak pernah melupakan kita, cuma kita sahaja yang sering terlupa akanNya.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”.
IP: 203.82.79.2
secret_white #6 Posted on 26-04-2009 17:46
Admin
Posts: 452
Joined: 02.01.09
Weluvislam's Status:
ustazah saya kate...
sakitnye sakaratul maut tu...
seolah-olah kene tikam dgn 70 bilah pedang yg tajam..malah lebih sakit dan perit....
tak boleh terbayang sakitnye sakaratul maut neh.....
--------------------------------------------------------------------------------
Menjadi Wanita Itu Sememangnya Indah,Namun Tidaklah Mudah
IP: 60.48.194.23
syIdA_007 #7 Posted on 27-05-2009 17:40
Admin
Posts: 484
Joined: 10.10.08
Weluvislam's Status:
salam~~
mm..cm lme je xpost kt wli ni..
ok,msk pd topik kite..
sbb tu la org yg paling bijak adalah org yg slalu mengingati mati..
n mngapa harus takut dengan kematian?
pkir2knlah..
--------------------------------------------------------------------------------
"ISYKARIMAN WA AUMUT SYAHIDAN = HIDUP MULIA ATAU MATI SEBAGAI SYUHADA'"
IP: 219.92.225.1
hamba_yg_lemah #8 Posted on 31-05-2009 08:00
Admin
Posts: 139
Joined: 12.01.09
Weluvislam's Status:
Alhamdulillah ade gak topik kematian ni.Moge2 dapat menyedarkan masyarakat.Takat mati.sume org takut mati.Tapi x ramai yg mengingati mati.
Sy nak berkogsi satu cerita baru je semalam berlaku.Sy pergi ke rumah org yg cukup kaya,cukup beharta,segala2 nye cukup.kalau die terbace ni mau kene saman sy.hehe.tp xpe just nak berkongsi.Mase sy buat keje umah die tu.Di tanye sy."ape yg kamu nak dalam hidup kamu?"sy terdiam,sy senyum"ntah la dato,dato pulak ape yg dato nak dalam hidup ni?"pelik pulak rase hari tu,nape la tibe2 mcm nak menjawab balik.hehehe..Agak terkejut jugak la jwpn yg dato tu bg kat sy..emm..nak tau ape jwapan die???hehehe
kite smbg cite ni nanti...nantikan sambungan nye...
--------------------------------------------------------------------------------
Semoga Allah S.W.T Mengurniakan Kepada Kita Rasa Cinta KepadaNya,Melimpahkan Keredhaan Serta Rasa CintaNya Pada Hari Kiamat Kelak.
Amin,Ya Rabbal'Alamin
www.keindahanisla...ogspot.com
IP: 121.121.135.110
neykey #9 Posted on 31-05-2009 09:44
Admin
Posts: 159
Joined: 24.01.09
Weluvislam's Status:
assalamualaikum.....
naper sangkut hamba_yg_lemah....bagi full ba...hahahahah....
tapi kalu kes2 mati ni....kuarga ana penah crita....ni kira kisah ana masa kecil lah ni..mak ana yang crita kat ana...
time tu ana baru 1 tahun lebih....ana kena pnyakit....tpi tak tau pnyakit apa....
so suatu hari nenek ana menjenguk cucu nya ni....dan selepas melihat cucu nya ni terkena pnyakit pelik....nenek ana ni pn semakin kerap lah datang ke rumah.....tpi dia datang mesti dekat dengan ana....
mak cakap....nenek dekat dengan ana bab dia baca doa tuk ana....n mak cakap lagi...doa nya gini....
"ya allah...yang maha esa....lagi berkuasa menentukan jodoh, rezki, dan ajal...ku memohon pada mu....panjang kan lah umur cucuku....."
tiap2 kali dia datang....nenek ana tu akan baca ayat yang lbih kurang sama....dan ada gak dimasuk kan sikit bahasa2 arab bab nenek ana tu ada kawan dengan orang arab....so blaja skt2 lah....dan jadi lah doa bahasa melayu+bahasa arab.....
tpi alhamdulilah....pada umur ana 4 tahun sembuh lah ana dari pnyakit pelik tu....dan kini selepas melalui kehidupan di dunia ini selama 19 tahun.....ana masih sihat wallafiat lagi.....kalu para sahabat dapat melihat ana masa kecil ana....dengan rupa bayi yang kurus....nazak....sahabat tak percaya ana masih hidup sampai sekarang...
itu lah kuasa allah...menentukan hidup dan mati.....so...wat sahabat.....selagi kita masih mempunyai kuderat untuk bergerak...jangan lupa lah untuk bersyukur....
crita ni bukan bagi ana untuk menunjukkan bahawa ana masih bleh hidup walaupn ana dah hampir dekat mati....tapi untuk sebagai renungan kita semua....saya menyeru kepda para sahabat dan untuk saya sendiri.....mari lah kita bersyukur.....dengan laku kan lah ibadat2 yang wajib mahupn sunat....
--------------------------------------------------------------------------------
kukey_the magician berkata :-sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada tubuh dan rupa paras kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu, (H.Muslim)
IP: 60.53.68.146
Aoi #10 Posted on 16-07-2009 10:10
Super Admin
Posts: 69
Joined: 24.09.08
Weluvislam's Status:
Mengenai kematian, saya berpendapat kita seharusnya takut akan kematian. Maksud saya bukan kematian itu tetapi apa yang kita hendak tinggalkan didunia ini seperti suami, isteri, anak, pekerjaan, nafkah, dan sebagainya. Ini kerana sekiranya kita adalah orang pertama bagi keluarga atau sahabat bergantung, bagaimana jika kita sudah pergi keramatullah? Mereka yang ditinggalkan ini sudah pasti berasa sedih dan pasrah, tambahan pula hilang tempat bergantung dan mengadu.
Mengenai kematian, saat menghadapinya adalah sakit seperti yang dikatakan oleh Cik secret_white, akan tetapi tidak boleh dibandingkan dengan seksaan Neraka bagi mereka yang ingkar. Selain daripada itu, bayangkanlah nikmat Syurga selepas menghadapi saat kesakitan sakaratul maut, nikmat Syurga tidak terbatas dan abadi, apa salahnya jika bersusah dahulu bersenang kemudian?
IP: 115.132.49.121
zafiqa #11 Posted on 16-07-2009 13:18
Admin
Posts: 113
Joined: 12.01.09
Weluvislam's Status:
salam...
setuju kata aoi...x perlu takut pd mati itu sendiri tetapi risaukanlah sesiapa sahaja yg bakal ditinggalkan selepas kita mati...
itulah sebabnya kita kena melatih diri dan ahli keluarga utk redha dgn qada' dan qadar yg telah ditentukan...
dan kita kena melatih diri dan ahli keluarga utk berdikari...supaya jika terjadi kematian pada orang yg selama ni tempat kita bergantung harap, kita mampu meneruskan hidup...
byk motivation dan peringatan yg boleh kita dpt hanya dgn mengingati mati ni...
sbb itulah org yg paling bijak adalah org yg mengingati mati...
--------------------------------------------------------------------------------
sentiasa berfikir membawa tuah, perbuatan berfikir peribadi bermaruah, tanpa berfikir menyesal tak sudah, bercakaplah sesudah berfikir
IP: 119.40.118.196
Aoi #12 Posted on 16-07-2009 19:05
Super Admin
Posts: 69
Joined: 24.09.08
Weluvislam's Status:
Saat Kematian - Tanda-tanda "Husnul Khatimah"
Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian. Ini dijelaskan dalam al-Quran, maksudnya: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)
Dalam menanti saat-saat kematian, kadang-kala Allah Ta'ala telah menunjukkan kepada hamba-Nya tanda-tanda yang baik dalam mengakhiri ajal- "Husnul Khatimah" bagi orang-orang yang beriman. Fuqoha' telah menggariskan beberapa tanda-tanda "Husnul Khatimah" yang ditunjukkan oleh Allah Ta'ala berdasarkan dalil-dalil syar'ie, antaranya:
1) Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah' nescaya masuk syurga."
2) Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Satu hadis menceritakan bahawa sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib .a pernah mendengar Rasulullah bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan percikan pelu di dahi."
3) Mati di malam Jumat atau harinya, kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur."
4) Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama Allah.
5) Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Orang yang mati syahid itu lima, orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah."
6) Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit. Hal ini berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah s.a.w yang bermakud: "Orang yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut mati syahid."
7) Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas, kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesipa yang dicerobohi hartanya dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia mati syahid."
8) Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa, di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darahnya ia mati syahid."
9) Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam. Diantara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Setiap yang mati ditamatkan amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat dan ia akan diamankan dari fitnah kubur."
10) Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah' kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga."
--------------------------------------------------------------------------------
Edited by Aoi on 16-07-2009 20:48
--------------------------------------------------------------------------------
If it my past that I can't change, I'll bring it to my grave.
IP: 115.132.56.48
Aoi #13 Posted on 16-07-2009 19:14
Super Admin
Posts: 69
Joined: 24.09.08
Weluvislam's Status:
Beberapa tanda-tanda sama ada seseorang itu akan mendapat "Husnul Khatimah"(kebajikan) atau "Suu'l Khatimah"(Sebaliknya ataupun Kecelakaan/Seksaan), terdapat hadis Rasulullah S.A.W dari Salman Al Farisi yang bermaksud ;
"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu:
1) Berpeluh pada pelipis pipinya,
2) Berlenang air matanya(Keluar air mata),
3) Lubang hidungnya kembang kempis.
Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia."
Mati di malam Jumat atau harinya, kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur."
Kematian berlaku pada jasad manusia secara beransur, dari hujung kaki ke peha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam khusnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu gembira dan kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh pada pelipisnya.
Air mata yang keluar dan hidung yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya. Orang-orang yang kuat imannya akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya, Allah melimpahkan rahmat-Nya dengan mengampunkan dosa-dosanya.
Bagi orang-orang yang kafir pula, dia tidak merasa malu pada Allah S.W.T.. Oleh itu apabila nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya.
--------------------------------------------------------------------------------
Edited by Aoi on 16-07-2009 20:47
--------------------------------------------------------------------------------
If it my past that I can't change, I'll bring it to my grave.
IP: 115.132.56.48
Aoi #14 Posted on 16-07-2009 19:21
Super Admin
Posts: 69
Joined: 24.09.08
Weluvislam's Status:
Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."
Pejelasan nama malaikat maut -
Penamaannya dengan malaikat maut tidak disebutkan dengan jelas di dalam Al-Quran mahupun hadis-hadis yang shahih. Adapun penamaan dirinya dengan ‘Izrail terdapat di sebagian atsar. WallaHu a’lam.
(Al-Bidaayah wan Nihaayah , ayat 1 dari 42)
Sumber bagi nama malaikat -
Memasuki Dunia Malaikat, Shalahuddin Maqbul Ahmad, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Syawwal 1427 H/November 2006 M
Setakat ini saja saya mampu update, sila betulkan sekiranya saya melakukan kesalahan didalamnya.
Feel free to correcting.
Comments