Skip to main content

Berhati-Hatilah dengan Dunia

Berhati-Hatilah dengan Dunia



Al-Hasan Al Basri telah menulis kepada khalifah Umar ibn Abdul Aziz, katanya:

Maka sesungguhnya dunia itu adalah kampung persinggahan, bukan kampung yang kekal. Sesungguhnya Nabi Adam a.s diturunkan dari syurga ke dunia sebagai satu hukuman kepadanya. Maka awasilah dirimu wahai Amirul-mu'minin, kerana sesungguhnya bekalan yang kamu raih di dunia itu akan kamu tinggalkannya juga, segala kekayaan akhirnya akan memiskinkanmu, setiap masa ada sahaja mangsa yang terbunuh kerananya, akan terhina siapa yang membesarkannya, akan fakir siapa yang mengumpulkannya, ia seperti racun yang dimakan oleh orang yang tidak mengetahi, lalu ia mati.

Oleh itu hiduplah engkau di dalamnya seperti seorang pesakit yang cuba menyembuhkan lukanya, terpaksa berpantang sebentar kerana bimbang akan merderita panjang, ia terpaksa menanggung pahitnya ubat kerana takut lama menderita penyakit. Lantaran itu hendaklah awas dari dunia yang terkenal sebagai penipu pengeliru yang menghiaskan dirinya dengan penuh tipudayanya, yang selalu memfitnahkan ramai dengan perdayaannya dengan beraneka macam cita-cita serta memujuk rayu dengan kata bicaranya, dia adalah umpama pengantin yang menarik mata untuk memandangnya, melalaikan hati untuk mengingatkannya, semua jiwa terpesona kepadanya, dan dia pula amat benci kepada semua berkawan dengannya. Orang yang hidup sekarang tidak pernah mengambil tauladan dari orang yang terdahulu, yang terkemudian tidak mahu serik dari orang yang berlalu, dan orang ramai tidak mahu mendengar apa diberi tunjuk oleh si Arif yang mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan. Orang yang mendapat dunia terus asyik dengan dunianya untuk memenuhi segala keperluannya, lalu dia terpedaya dan melewati batas, lupa dari hal mati kerana fikirannya terlena dengannya, sehingga tergelincir kakinya, maka amat besarlah kerugiannya dan banyak penyesalannya. Nanti apabila menghadapi sakaratul maut barulah terasa berat sakitnya, terasa luput banyak amalannya, dia kira dapat menebus dirinya dengan apa yang ditinggalkannya dari dunia, tetapi semua itu adalah sesia belaka, lalu tentulah dia akan menghadapi hal-hal yang sangat menyesalkan.

Sebab itu hendaklah, engkau menjaga dirimu dari dunia itu, duhai Amirul-mu'minin, ambillah dari dunia dengan berhati-hati, kerana orang yang punya dunia setiap dia merasa tenteram kepadanya dan bergembira dengannya, akan menariknya kepada apa yang dibencinya, yang bahaya bagi ahli dunia pedih dan yang manfaat bagi mereka semuanya tipu dan membahayakan, keseronokan yang dikecapkan membawa bala, yang kekal baginya akan membawa binasa, seegala kegembiraannya bercampur dengan dukacita, yang hilang daripadanya tidak akan kembali, lalu tiada siapa yang tahu apa yang datang selepas itu, semua cita-citanya hanya dusta belaka, segala harapan mengenainya bathil, yang bersih daripadanya sama dengan keruh, dan yang hidup dengannya tidak pernah lepas daripada susah dan derita.

Setengah para salaf mengatakan:

Wahai sekalian manusia! Beramallah sedikit-sedikit, takutlah Allah, janganlah terpedaya dengan memanjangkan cita-cita lalu melupakan ajal yang menanti. Janganlah berusaha semat untuk dunia, sesungguhnya dunia itu penipu, ia menghias dirinya untuk memperdayakan kamu, ia bercita-cita untuk memfitnah kamu, ia berhias indah untuk tunangnya maka jadilah ia seperti seorang pengatin yang cantik rupawan, semua mata tetumpu kepadanya, hati-hati tertarik kepadanya, ramai jiwa menjadi terpegun kepadanya. Berapa ramai orang yang asyik kepadanya, akhirnya binasa, jiwa yang tenteram dengannya kesudahannya tertipu.

Maka pandanglah kepada dunia dengan pandangannya yang berhati-hati kerana dunia itu banyak karenahnya, Penciptanya sendiri mencelanya, yang baru padanya terbala, kerajaannya akan binasa, pembesarnya akan hina, terdapat padanya segala macam yang kurang, orang yang dikasihi akan mati, kebaikannya akan pupus.

Maka bangun dan sedarilah! Moga-moga Allah merahmati kamu dari kelalaian kamu, berjagalah dari tidur kamu sebelum dikatakan si fulan itu sakit berat kronik, lalu ditanyakan adakah obat yang dapat menyembuhkannya, atau dimanakah doktor yang dapat menawarkannya. Maka dipanggilkan semua doktor tetapi tiada harapan baginya untuk sembuh lagi. Kemudian dikatakan, hendaklah si fulan ini berwasiat, segala hartanya harus dikira, kemudian dikatakan, sudah terasa berat lidahnya, ia tidak dapat berbicara lagi dengan saudara-maranya, dan ia tidak dapat mengenal jiran tetangganya.

Di waktu itu dahimu mula berpeluh, semua anggotamu bergoncang, keyakinanmu tetap menghadapi maut, kelopak matamu mula tertutup, sangkaanmu tidak salah lagi, lidahmu pun kelu. Saudara-maramu menangis lalu dikatakan kepadamu: Lihatlah ini anakmu, ini saudaramu tetapi engkau pada waktu itu tertahan dari bicara, tidak dapat berkata-kata lagi. Qadha' Allah yang ditetapkan pun sudah sampai masanya, maka tercabutlah nyawamu dari badanmu lalu diangkat ke langit.

Pada waktu itu, kaum keluargamu berkumpul menghadiri jenazahmu, mereka memandikanmu lalu mengkafankanmu. Orang yang sering menziarahmu, sudah tiada lagi, orang yang selalu hasad kepadamu akan beristirehat dengan pemergianmu, ahli keluarga pula berpaling kepada harta peninggalanmu. Dan tinggalkanmu bersendirian di dalam kubur bergadai dengan amalan kamu.


Setengah ahli Sufi mengatakan kepada para penguasa:

Sesungguhnya manusia yang paling berhak untuk mencela dunia dan membencinya ialah siapa yang dibentangkan dunia baginya dan diberikan semua keperluannya dari dunia itu, kerana dia menjangka kemungkinan bahaya akan datang menimpa hartanya itu lalu memusnahkannya, ataupun siapa yang mengumpulkan harta dunia itu, lalu ia membahagi-bahagikannya kepada orang yang memerlukannya, ataupun siapa yang terpengaruh dengan habuannya lalu ia mencabutnya dari akar umbinya, ataupun ingatan kepada dunia itu menyerap ke dalam jasmaninya sehingga menjadikannya sakit kerana terlalu memikirkannya, ataupun ia datang secara mengejut sedangkan tabiat lokek tetap ada bersama teman taulannya. Sebab itulah dunia ini memang patut dicela kerana ia akan merampas kembali apa yang diberikannya, dan akan menuntut semula apa yang telah diserahkannya, kadang-kadang tatkala ia sedang menyenangkan tuan punya tiba-tiba ia berhenti lalu menyenangkan orang lain. Adakalanya ia menangisi kesusahanmu sebentar lagi kamu menangisinya. Adakalanya ia membukakan tangannya untuk memberi, sebentar lagi ia menadah tangan meminta-mintamu semula, umpama mahkota yang diletakkan di atas kepala seseorang hari ini lalu esoknya ia menyembamkan mukanya ke perut tanah. Sama sahaja baginya, apa yang kamu belanjakan dan apa yang kamu simpan. Sama sahaja kamu menambah apa yang sisa di tanganmu dan apa yang engkau belanjakan, ataupun engkau rela menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Pendek kata dunia itu kesemuanya tetap tercela juga

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 )

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 ) Ramai yang tidak tahu akan kesan beriman kepada RukunIman ini,rata-rata umat islam hanya mengetahui akan Rukun Iman serta isinya sahaja. Maka tiada meberi impak pada hati dan rohani kita sebagai umat Islam dan hamba Allah disi akan mengakibat terjejasnya Amal Ma'aruf Nahi Mungkar . Kesan Beriman Kepada Allahswt . 1) Akan melahirkan manusia yang sanggup berkorban,ikhlas,jujur,merendah diri,benar & mengenepikan masalah peribadi. 2) Menghalang daripada melakukan maksiat dan sebarang keburukkan,sebab segala kegiatan atas aktiviti yang dijalankan akan tunduk dibawah kekekuasaan dan pengaruh iman kepada Allahswt. 3) Menyuluh kita segala liku hidup yang gelap kepada cahaya mendapatkan kekuatan dan perlindungan kepada Allah apabila ditimpa kesusahan.Kerana telah menjadi adat manusia ada masa ia susah ada masa ia senang, oleh itu kepada mereka yang beriman kepada Allah ia akan meminta perlindungan kepada Allah tetapi kepada mereka tang tidak be...

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun?

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun? Assalamualikum.. Hari ini merupakan 10 zulhijjah 1430, selepas selesai solat & mendengar khutbah raya. Saya dan rakan terus pulang ke rumah. Seterusnya semua mereka bersiap untuk menghadiri jemputan ke rumah En. Sulaiman. Lain pula bagi saya & rakan sebilik (usama) bersiap untuk berjumpa tetamu warga Malaysia yang berkunjung di bumi syam Jordan ini. Ditugaskan untuk membawa mereka melancong. Excited sangat, maklumlah kali pertama membawa orang melawat kawasan Jordan. Memang sebelum ini saya bercita-cita mahu mencari pengalaman selain ingin mengenali Jordan ini dengan lebih lagi. Antara tempat yang kami lawati pada hari pertama raya haji ini adalah makam Nabi Syuaib a.s., laut mati, gua ashabul kahfi & Jabal Qala`ah. Ke mana-mana sahaja tempat kami lawati ada sahaja cerita yang kami (saya & sahabat tadi)ketengahkan. Terutama sekali sewaktu di Makam Nabi Allah Syuaib a.s. saya berlagak sebagai seorang penterjemah, bila seorang penjaga menceri...