Skip to main content

Perak

Entahlah apa nak jadi pada dunia pemerintahan Malaysia pun tidak tahu . Walhal lihat sahaja di Amerika Syarikat (negara Yahudi) mudah barisan pro kerajaan memberikan serahan kuasa kepada pembakang memerintah negara mereka walhal jika lihat dari aspek agamanya adalah Kristian mereka dapat memikirkan tolak ansur dalam memimpim dan mentadbirkan negara mereka. Lihata sahaja Obama Barrack kulit hitam dapat memerintah juga di Amerika Syarikat sedangkan beliau adalah dari Kenya berkulit hitam dan George Bush pula berkulit putih.Merka tidak pula menimbulkan satu permasalahan besar dalam penyerahan kuasa.

Saya pelik diMalaysia ini sudahlah majoriti adalah Umat Islam apa salahnya sesekali bagi ruang pada Pakatan Rakyat memerintah negara jika Pakatan rakyat ada melakukan kesilapan atau memberi khidmat tidak memuaskan hati sepatutnya Barisan nasional menegur akan kesilapan itu.Bukannya dengan mudah mengambil alih kuasa terus tanpa sebarang percaturan undang-undang negara sedangkan negara ada undang-undang telah di tetapkan serta ia mendapat kelulusan Agung. Sepatutnya di 4Kerusi ADUN dinegeri itu perlu melaksanakan pilihan raya kecil sepertimana di Terengganu tempoh hari. Sebab 4 Ahli ADUN itu telah mengosongkan kerusi.

Sudah nama manusia erm manusia juga sedangkan Undang-undang serta hukum Allahswt tidak dapat kita akur melakukannya apatah lagi Undang-undang serta hukum Manusia yang telah putuskan . Saya amat berharap selepas ini tiada lagi mana-mana ahli politik melakukan perkara ini kerana ia amat memalukan diri kamu serta seluruh rakyat di malaysia dimana mempunyai pemimpin yang tidak berhemah tinggi dalam mentadbirkan negara Malaysia . Satu sahaja nasihat saya pada pemimpim Islam jika anda TAKUTKAN ALLAHswt PASTI KALIAN AKAN MENJADI PEMIMPIN yang ada memikirkan TANGGUNGJAWAB KALIAN sebagai PEMIMPIN diDUNIA & AKHIRAT .

Jangan main hendak tanggung sahaja didunia sebab diakhirat kelak ingat mudah ke nak jawab,dengan manusia bolehlah kalian memperbodohkan kami sebagai rakyat kalian jika dengan Allah yang maha melihat serta maha mengetahui pasti kamu yang akan pedih dan perit diAkhirat untuk menjawab semua persolan dari Allahswt serta menerima Azab yang perit di dalam Neraka kelak ...


Saya masih ingat salah satu pendapat dari seorang pelayar internet yang memberikan pendangan selepan Piliharaya Umum(PRU) tahun lepas; "antara negeri-negeri Pakatan Rakyat(PR), jika ada yang akan tumbang semula ke Barisan Nasional(BN); Perak adalah yang pertama."

Dengan izin Allah, apa yang dibayangkan oleh individu tersebut hampir menjadi realiti apabila Perdana Menteri(PM) Malaysia telah pun mengumumkan Menteri Besar(MB) Perak yang baru malam tadi.

Jika selepas 8 Mac 2008, rakyat Perak khususnya bangsa Melayu sangat risau kerana banyak kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi oleh DAP, kini sekali lagi rakyat Perak dikejutkan dengan peralihan kuasa yang saya pun kurang pasti samada ia berlandaskan undang-undang negeri atau tidak (peralihan kuasa tanpa undi tidak percaya dan parlimen negeri tidak dibubarkan).

InsyaAllah, walaupun saya agak pasti bahawa pemimpin-pemimpin parti politik tidak berkesempatan membaca iluvislam.com, saya, dengan sedikit kelebihan yang ada di sini ingin menulis bukan banyak berkenaan isu terbaru ini. Lagipun saya orang Perak (sebut : Peghok) dan saya sangat lah 'terasa' dengan peristiwa ini.

Saya lebih tertarik untuk mengambil keratan-keratan akhbar Utusan Malaysia Online supaya sahabat boleh fikirkan sendiri dan insyaAllah, saya akan membuat sedikit konklusi.


--------------------------------------------------------------------------------

Wakil Rakyat Melompat Parti Adalah Pengkhianat

"PEKAN 22 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan segelintir wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang 'melompat' ke parti lawan sebagai pengkhianat."

''Mana-mana wakil rakyat yang bertanding dengan menggunakan tiket BN dan kemudian melompat ke parti lain, itu perbuatan yang mengkhianati BN," katanya.

''Kita memilih mereka untuk bertanding menggunakan tiket BN kerana yakin dengan ketaatan mereka terhadap parti selama ini," jelasnya.


Wakil Rakyat Melompat Parti Adalah Pembohong Besar

SHAH ALAM 23 Mac - Mana-mana wakil rakyat yang bertindak melompat parti merupakan pembohong besar yang tidak boleh dimaafkan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata tindakan seumpama itu tidak bertepatan dengan kehendak majoriti rakyat yang memilih individu tertentu untuk menyuarakan keperluan serta permasalahan mereka.

Ini kerana, seseorang wakil rakyat dipilih bukan hanya berdasarkan karakter semata-mata tetapi ia turut didorong oleh parti politik yang diwakilinya.

"Secara peribadi saya katakan sekiranya ada wakil-wakil rakyat bertindak melompat parti, ia bermakna mereka telah berbohong kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan dan mandat kepadanya.

"Malah, wakil rakyat seperti ini juga dilihat tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya lebih mementingkan diri serta kedudukan mereka semata-mata.

"Oleh itu, orang seperti ini tidak mungkin dapat memberikan sebarang manfaat kepada rakyat dan parti sebaliknya akan merosakkan sistem demokrasi itu sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.





Ahli Politik Sepatutnya Jujur dengan Perjuangan mereka


Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr. James Masing berkata, ahli politik seharusnya jujur dan menghormati janji yang mereka buat sebelum menjadi wakil rakyat.

''Isu lompat parti ini seharusnya tidak timbul jika ahli politik jujur dengan perjuangan mereka.

''Selain itu, ahli politik juga harus sedar mengenai mandat yang diberikan rakyat supaya mereka berkhidmat," katanya kepada para pemberita di sini hari ini.



Rampasan Politik Mewujudkan Kerajaan 'Tidak Bermoral'


KUALA LUMPUR 18 April - Pakatan pembangkang hanya akan mewujudkan 'kerajaan tidak bermoral' jika ia meneruskan niat melakukan rampasan politik di negara ini dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai mereka.

Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, perbuatan itu jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

''Selain itu, perbuatan yang dirancang ini akan hanya melambangkan pakatan pembangkang tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu. Ini adalah satu bentuk pengkhianatan," kata Mohamad Mustafa ketika dihubungi hari ini.




Melompat Parti Menggalakkan Rasuah

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim berkata, tindakan melompat parti bercanggah dengan sistem demokrasi dan menggalakkan amalan rasuah.

"Jika amalan itu diteruskan, ia hanya akan menjemput malapetaka di negara ini.

"Negara yang aman akan bertukar menjadi kacau-bilau seperti yang berlaku di Haiti, Nigeria dan Timor Leste," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.



Patuhi Lunas-Lunas Perlembagaan


KUALA LUMPUR 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan Perdana Menteri ditentukan oleh Perlembagaan dan beliau tidak boleh disingkirkan sewenang-wenangnya.

Oleh itu, kata Timbalan Perdana Menteri, apa juga tindakan berhubung kedudukan Perdana Menteri mesti mengikut lunas-lunas Perlembagaan negara.

"Perdana Menteri tidak boleh disingkirkan, ia tertakluk kepada Perlembagaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di bangunan Parlimen di sini hari ini.




"Pintu Belakang" Tidak Beretika dan Tidak Demokratik


KUALA LUMPUR 8 Ogos - Saintis politik Dr. Chandra Muzaffar berkata, cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui "pintu belakang" adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik.

''Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan Eksekutif dan Penggubal Undang-undang - dua cabang penting dalam tabir urus - akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti.

''Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik,'' katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi. Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri negara ini secepat mungkin.


--------------------------------------------------------------------------------


Konklusi saya:

1. Kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan & Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, mengapa Dato' Seri perlu tergesa-gesa mengambil alih Perak sedangkan negara kita kini menghadapai kegawatan ekonomi? Saya harap Dato' Seri dapat utamakan mana yang lebih utama - demi kepentingan rakyat Malaysia. Dan saya juga berharap Dato' Seri dapat 'cakap serupa bikin' kerana Dato' Seri pernah mengatakan bahawa wakil rakyat yang melompat parti adalah pengkhianat tetapi dalam isu Perak ini, seolah-olah Dato' Seri yang menggalakkan wakil rakyat lain melompat parti.

2. Kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen,lain kali pilih-lah calon yang benar-benar layak dan 'bersih' untuk mewakil PKR dalam pilihanraya akan datang. Saya fikir Dato' Seri perlu mencontohi pimpinan PAS dalam keputusan pemilihan calon. Selain itu, secara peribadi saya merasakan bahawa Dato' Seri telah 'tewas' dalam isu lompat parti ini kerana BN telah pun menjadikan ia suatu realiti.

3. Kepada sahabat-sahabat yang 'cakna' dengan perkembangan politik negara, jangan lupa doakan negara sendiri selain mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin dan lain-lain. Teruskan kewajipan kita semua sebagai seorang pendakwah dan jangan mudah 'down' dengan apa yang berlaku. Jom fahamkan ummah tentang Islam!

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 )

Kesan Beriman Kepada Rukun Iman ( Part 1 ) Ramai yang tidak tahu akan kesan beriman kepada RukunIman ini,rata-rata umat islam hanya mengetahui akan Rukun Iman serta isinya sahaja. Maka tiada meberi impak pada hati dan rohani kita sebagai umat Islam dan hamba Allah disi akan mengakibat terjejasnya Amal Ma'aruf Nahi Mungkar . Kesan Beriman Kepada Allahswt . 1) Akan melahirkan manusia yang sanggup berkorban,ikhlas,jujur,merendah diri,benar & mengenepikan masalah peribadi. 2) Menghalang daripada melakukan maksiat dan sebarang keburukkan,sebab segala kegiatan atas aktiviti yang dijalankan akan tunduk dibawah kekekuasaan dan pengaruh iman kepada Allahswt. 3) Menyuluh kita segala liku hidup yang gelap kepada cahaya mendapatkan kekuatan dan perlindungan kepada Allah apabila ditimpa kesusahan.Kerana telah menjadi adat manusia ada masa ia susah ada masa ia senang, oleh itu kepada mereka yang beriman kepada Allah ia akan meminta perlindungan kepada Allah tetapi kepada mereka tang tidak be...

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun?

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun? Assalamualikum.. Hari ini merupakan 10 zulhijjah 1430, selepas selesai solat & mendengar khutbah raya. Saya dan rakan terus pulang ke rumah. Seterusnya semua mereka bersiap untuk menghadiri jemputan ke rumah En. Sulaiman. Lain pula bagi saya & rakan sebilik (usama) bersiap untuk berjumpa tetamu warga Malaysia yang berkunjung di bumi syam Jordan ini. Ditugaskan untuk membawa mereka melancong. Excited sangat, maklumlah kali pertama membawa orang melawat kawasan Jordan. Memang sebelum ini saya bercita-cita mahu mencari pengalaman selain ingin mengenali Jordan ini dengan lebih lagi. Antara tempat yang kami lawati pada hari pertama raya haji ini adalah makam Nabi Syuaib a.s., laut mati, gua ashabul kahfi & Jabal Qala`ah. Ke mana-mana sahaja tempat kami lawati ada sahaja cerita yang kami (saya & sahabat tadi)ketengahkan. Terutama sekali sewaktu di Makam Nabi Allah Syuaib a.s. saya berlagak sebagai seorang penterjemah, bila seorang penjaga menceri...