Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Rasulullah Lihat Rahsia Di Syurga

Rasulullah Lihat Rahsia Di Syurga JIKA Allah mencipta neraka sebagai tempat hukuman bagi segala dosa insan, syurga pula dijanjikan bagi mereka yang diredai-Nya. Bagi menyampaikannya kepada umat manusia, Allah memperlihatkan Rasulullah SAW keadaan di syurga ketika baginda dalam perjalanan Israk Mikraj. Ketika memasuki syurga, baginda yang diiringi Jibril, melihat sesuatu yang menjadi suatu rahsia buat setiap insan. Rasulullah melihat beberapa kubah lu’lu’ yang ternganga dengan tulisan di pintu syurga “Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda.”Rasulullah SAW yang hairan dengan kenyataan bahawa memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, bertanyakan Jibril. Jawab Jibril: “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya, atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat." Kemudian Rasulullah SAW berjumpa se...

Serban

Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Iklan Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban. Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari. Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara. Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan. Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai. Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad R...

Menang

'Jangan putus hubungan dengan Allah' - Abdul Wahid Endut KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Hrkh) - Mohd Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan agar para petugas parti supaya terus menjaga hubungan dengan Allah dalam memastikan keberkatan dalam setiap usaha dijalankan. Demikian ucapan sulung beliau dalam satu majlis bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai selepas majlis pengumuman calon selesai di Stadium negeri, Kuala Terengganu semalam. "Terdapat banyak syarat yang membolehkan kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini, dan selepas menang kita perlu terus konsisten menjalankan gerak kerja. "Jangan putus hubungan dengan Allah," tegasnya. Beliau berkata, usaha dan inisiatif yang dibuat oleh PAS Kelantan seperti mengadakan Majlis solat hajat, munajat dan sebagainya merupakan contoh terbaik yang diambil bagi memastikan kemenangan yang dicapai terus diberkati Allah. "Kita belaja...

Munafik

MUNAFIK Orang-orang munafik mempersaksikan bahawa Muhammad benar-benar rasul Allah. Allah pula mempersaksikan bahawa mereka benar-benar pendusta. Kesaksian mereka, atau sumpah, selanjutnya diguna sebagai selimut untuk menghalangi orang lain daripada jalan Allah, iaitu jalan yang ditunjuk di dalam al-Qur'an, yang disampaikan oleh baginda Nabi. Kesaksian dan selimut tersebut adalah keterangan yang pertama dan kedua daripada Allah mengenai kejahatan orang-orang munafik di dalam sebuah surah yang dinamakan khas bagi golongan mereka, al-Munafiqun, berbunyi, "Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu (Muhammad), mereka berkata, 'Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.' ..... dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta." (63:1) "Mereka mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, kemudian mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa yang mereka buat" (63:2) M...

Sedekah

SEDEKAH BANJIR yang menimpa penduduk di beberapa buah negeri baru-baru ini benar-benar menginsafkan kita. Kita bersyukur apabila warganegara kita terus peka dan prihatin dalam menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan kepada semua mangsa terbabit, bukan saja kerajaan, malah pihak badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan orang perseorangan. Islam sendiri membawa kepada prinsip berbaik-baik sesama manusia. Al-Quran dan sunnah banyak menggariskan amalan mendorong manusia berbuat baik sesama manusia. Tujuannya adalah untuk melahirkan insan sejahtera, keluarga bahagia, masyarakat penyayang, negara aman dan bersatu. Rasulullah adalah sebagai qudwah hasanah melaksanakan konsep sedekah sebagai pelaksana pelbagai bentuk kebaikan. Baginda menganjurkan setiap pergerakan sendi manusia itu dikira sebagai sedekah dan sedekah itu dikira sebagai kebaikan, dan setiap kebaikan diberi nilai yang tinggi. Konsep setiap amar makruf adalah sedekah dinyatakan oleh Baginda terhadap segala kebaikan dilak...

RT @ TR

Rumah Tangga “ADALAH saya, Mohd Saiful bin Awang, suami kepada Aishah binti Musa yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50 tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” lafaz Saiful dengan suara yang perlahan dan tenang. Kemudian dia beralih kepada Aisyah yang telah sah menjadi isterinya. Tangan dihulur, dan Aisyah mencium lembut tangan suaminya. Aisyah membetulkan simpuhnya. Dengan tenang dia menerima mas kahwin daripada suaminya dan melafazkan ikrar sakinah yang tertera di atas kertas di hadapannya. “Adalah saya Aisyah binti Musa, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda...

Ketika

KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpega...

Korupsi

SPRM PERLU TELITI BENTERAS RASUAH Pertemuan bersama Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK Malaysia) baru-baru ini di pejabat saya dekat Jalan Pahang lebih memahamkan saya tentang selok-belok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru diluluskan baru-baru ini. Dalam sesi pertemuan mesra beliau bersama Abang Najib berubah menjadi wawancara. Dengan hanya secawan teh tarik Saudara Mohd Nazree Mohd Yunus berupaya merungkai persoalan demi persoalan melibatkan rasuah dengan fasih dan mencerahkan. Lalu tidak hairanlah beliau berupaya mentadbir GERAK sebagai salah satu badan bebas dalam negara ditambah juga pengalaman beliau sebagai Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda INSKA . Berikut adalah idea asal Nazree yang saya petik dan ringkaskan. Sekiranya bersalahan dengan agenda SPRM berupa kritikan dan sebagainya, ia mungkin kesalahan saya sendiri dalam memahami, mendengar dan melapornya dengan lebih jelas. Terima kasih __________________________________________ Rang Undang-Unda...

Boikot le

Ayuh Boikot Ya!! Wajib bagi kita seluruh umat Islam memboikot barangan-barangan AS-Israel. Hal ini yang demikian, setiap ringgit yang kita belanjakan akan bertukar menjadi peluru yang akan menembusi badan dan jantung saudara-saudara kita di Palestin. Sanggupkah kita membiarkan saudara-saudara kita di Palestin di bunuh secara beramai-ramai? sanggupkah? Apabila kita memboikot, sekurang-kurangnya kita mampu melemahkan Yahudi Laknatullah dari segi ekonomi yang mampu bertukar menjadi bom. Petikan kata-kata daripada Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai boikot. "Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw....

Rasuah

Rasuah Menurut Islam Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 ) Disebu...

Rosak

PERKARA-PERKARA MEROSAKKAN AQIDAH Perkara asas yang membawa kepada kerosakan aqidah ialah melalui tiga cara: 1. Iktiqad Iktiqad kepada yang selain dari Allah sebagai Tuhan. Akidah yang salah seperti akidah penganut agama kristian, akidah orang yahudi dan sebagainya. Konsep bertuhankan kepada dewa-dewa dan penunggu. 2. Perbuatan Perbuatan yang merosakkan akidah seperti rukuk (dengan niat membesarkan makhluk) atau sujud kepada makhluk yang selain dari Allah. Melakukan upacara pemujaan seperti menyembelih kerbau balar kepada dewa atau penunggu dan sebagainya. 3. Perkataan Mengatakan dengan tidak wujud Allah. Termasuk di dalam pengucapan yang merosakkan akidah seperti mengatakan tuhan kepada Fir'aun, atau melalui penghinaan terhadap agama Islam. Dari tiga perkara tersebut kerosakan akidah akan terhasil pada rukun iman: a)Akidah bertentangan terhadap Allah Seperti tidak percaya kepada kewujudan Allah, sepertimana pegangan ethiesisme dan komunisme. Percaya kepada sesuatu dari makhluk se...

Adat @ Anak

Anak @ Adat Menjadi Pilihan “Biar mati anak, jangan mati adat” Keras benar bunyi pepatah itu. Sehingga menyakitkan jiwa Melayu Baru bawa jelek benar pemikiran orang dulu, sanggup mati anak semata-mata mahu mempertahankan adat. Saya sudah menulis sedikit sebelum ini tentang maksud adat pada peribahasa itu. Kita tidak boleh memahami bahasa dahulu dengan pemikiran hari ini. Bahasa lama perlu difikir cara lama. Orang Melayu membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang dianggap sebagai jati dan harga diri. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasa. Maka jika kita bertemu dengan watikah bertulis sebagai ‘Hukum Adat’, janganlah terus dihumban ke tepi bahawa adat itu adalah budaya resam yang merosak agama. Adat itulah agama, pada bahasa Melayu Lama. BERBIN DAN BINTIKAN EMAK Saya masih ingat, perbualan dengan arwah Opah, sekitar 20 tahun lalu. Opah bukan haf...

Daun Sireh

Daun Sireh ???? Tak sangka ada lagi adat yang tak jelas tujuannya yang masih dipakai di zaman ini. Nak kata syarat sah kawin tak juga. Nak kata ada orang yang nak makan tak juga. Nak kata bau wangi tidak juga. Dan nak kata untuk nak buat hiasan, tak kan nak suruh pihak lain siapkan? Jadi…susah. Inilah salah satu adat perkahwinan melayu yang tak dapat jelas tujuannya yang masih dikekalkan dalam masyarakat melayu. Kalau zaman dahulu takpelah perkara ini. Asal usul adat menghantar sirih pada zaman dahulu adalah disebabkan sirih adalah makanan yang ada nilai di sisi masyarakat melayu pada masa itu. Dengan menghantar sirih pihak perempuan akan merasa ceria dan gembira. Tapi sekarang zaman sudah berubah. Tiada siapa lagi yang makan sirih. Malah orang yang sibuk suruh siapkan sirih tu pun dah tak makan sirih. Pandangan masyarakat melayu tentang sirih sudah berubah. Tak perlulah sesiapa nak berfalsafah tentang signifikan lambang sirih itu kepada orang melayu. Kalau zaman dulu ada tujuannya. Ia...

Generasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit dengan anda tentang masalah disiplin yang melanda sebilangan besar pelajar-pelajar kita di sekolah khususnya. Sebenarnya masalah disiplin bukan sahaja wujud di sekolah bahkan di mana-mana sahaja. Masalah disiplin juga wujud di tempat-tempat kerja, di sesebuah organisasi sama ada kecil mahupun besar, malah di dalam rumah tangga sendiri pun wujud masalah disiplin. Cuma apa yang nak saya fokuskan ialah masalah disiplin di sekolah kerana saya lebih dekat dengan perkara itu. Saban hari dari bermula loceng berbunyi tanda masuk ke kelas sehinggalah loceng pulang tengahari ataupun bagi sekolah yang mempunyai dua sesi loceng di sebelah petang sekitar jam 6.45 petang akan berlaku seribu satu macam peristiwa yang melibatkan guru dengan pelajar. Secara umumnya di kebanyakan sekolah akan menghadapi senario yang sama setiap hari. Jangka masa lebih kurang 6 atau 7 jam di sekolah akan memperlihatkan pelbagai peristiwa berlak...

First Day

Langkah Permulaan Meniti Dunia Hari semalam (08/Muharram/1430H @ 05/01/2009M) adalah hari permulaan pembukaan lembaran baru untuk murid2 sekolah membuka lembaran pembelajarannya bagi murid yang baru memasuki darjah satu pelbagai karenahnya meminta emaknya menunggu sehingga habis sekolah pada hari pertama. Aku pun tergelak kecil sebab apa sampai ibu ayangnya terpaksa memohon cuti untuk hari pertama sekolah anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang prihatin menanyakan pada saya akan masuk sekolah balik sekolah jam berapa serta menanyakan akan apa yang akan dipelajari anaknya serta peraturan sekolah yang perlu anaknya ikuti. Pada saya eloklah begitu agar apa yang berlaku disekolah kelak dapat ia memhaminya. Saya memang suka akan ibu bapa yang prihatin tentang anaknya janganlah harap pada guru-guru sahaja sebab waktu kami disekolah terhad sahaja. Jadi kami sebagai guru memohon kerjasama dari pihak ibu bapa bagi melentur anak-anak menjadi anak nusa yang berakhlak mulia serta berjaya didalam ...