Skip to main content

Mus’ab bin Umayr Pahlawan Islam yang Syahid



alt

Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus'ab bin Umayr ditugaskan memegang bendera Islam. Pada awalnya kaum muslimin berjaya menguasai pertempuran, sehingga tentera musyrikin bertempiaran lari. Peringkat kedua peperangan, berlaku kelekaan dari kalangan pasukan yang mengawal bukit Uhud, yang telah membuka ruang kepada musyrikin untuk melakukan serangan balas kepada muslimin.
Kaum musyrikin melakukan serangan hebat dengan matlamat untuk membunuh Rasulullah SAW. Dalam saat getir itu, Mus'ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan teguh mempertahankan Rasulullah SAW.
Menyedari ancaman ke atas Baginda, beliau cuba untuk memberikan semangat serta mengalih perhatian musuh dengan mengangkat panji setinggi-tingginya sambil bertakbir dengan nyaring.
Sebelah tangan memegang bendera, sementara sebelah lagi menghunuskan pedang menangkis serangan musuh, sambil melaungkan: "Muhammad itu adalah Rasul, dan sebelumnya telah diutuskan rasul-rasul lain"
Menyedari kehadiran Mus'ab, sebahagian tentera-tentera musyrikin yang asalnya menghala serangan ke arah Rasulullah beralih arah dengan meluru ke arahnya. Antaranya, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah yang menyerbu ke arah Mus'ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam.
Mus'ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus'ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan lehernya dan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus'ab sebagai syuhada' Uhud.
Ibn Qamiah bersungguh-sungguh berusaha membunuh Mus'ab kerana menyangka bahawa Mus'ab itu adalah Rasulullah SAW, disebabkan wajah Mus'ab seiras dengan wajah Rasulullah SAW. Lantaran itu, sebaik sahaja dia membunuh Mus'ab, dia terus pergi kepada kawan-kawan musyrikin yang lain lalu menjerit-jerit mengatakan bahawa Muhammad telah dibunuh.
Ketika gugurnya Mus'ab, sahabat-sahabat Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telahberusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al-Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus'ab. Al-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya.
Apabila selesai pertempuran, Rasulullah meminta para sahabat meninjau tentera Islam yang cedera dan syahid. Para sahabat kemudiannya mengumpulkan jenazah-jenazah para syuhada' untuk dikebumikan.
Pengkebumian jenazah Mus'ab antara yang paling menyayat hati. Ketika jenazahnya yang syahid itu hendak dikafankan, didapati tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Apa yang ada hanyalah pakaiannya yang singkat dan tidak mencukupi untuk menutup jasadnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah SAW tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda.
Para sahabat yang menguruskan jenazah tidak dapat menutup jasad Mus'ab yang syahid itu keseluruhannya. Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, Baginda Rasulullah SAW meminta agar kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun idhkhir.
Rasulullah SAW amat tersentuh dengan pemergian para syuhada Uhud termasuk Mus'ab dan bapa saudara Baginda Hamzah bin Abdul Muttalib, yang jasadnya dipotong dengan kejam. Sambil menghadap jenazah para syuhada Uhud, Rasulullah SAW membaca ayat yang bermaksud: "Daripada orang-orang yang beriman itu ada yang telah membenarkan janji mereka kepada Allah".
Kemudiannya, sambil bercucuran air mata, Rasulullah SAW bersabda kepada jenazah syuhada termasuk Mus'ab: Sesungguhnya Rasulullah menjadi saksi bahawa kalian semua adalah syuhada di sisi Allah di akhirat nanti"
Demikian kisah kekuatan peribadi Mus'ab Umayr, seorang hamba Allah dalammempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha danpengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.
Mus'ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus'ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah.
Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Seterusnya, dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat. Akhirnya beliau menemu Allah dengan penuh kemuliaan sebagai seorang syahid.

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK. Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sumber Sohih 

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001 Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001. Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India. Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran. Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan. Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong. PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu. Insiden itu tel...