Riba Yang Biasa Berlaku Hari Ini 1- Bila kita menyimpan di Bank yang mengamalkan sistem riba. Contoh muamalah mereka ialah, setiap pencarum akan diberikan dividen tahunan sebanyak 5% daripada modal. Tetapi jika ditentukan 5% daripada keuntungan, dan pembahagian pula berdasarkan modal, maka ia adalah halal, dan bukannya riba. Dan perlu diingatkan bahawa mencarum dalam bank yang mengamalkan sistem riba adalah haram hukumnya (kecuali terpaksa), sekalipun kita tidaklah mengambil dividen wang caruman kita,. Ini adalah sebagaimana yang difatwakan oleh kebanyakan ulamak, termasuk Lajnah Fatwa Arab Saudi (No. 2755, 9/01/1400H). 2- Jika satu syarikat menyatakan, jika melabur RM5000 sebagai contoh, dan selepas enam bulan akan diberikan keuntungan bulanan sebanyak RM500 sebulan, maka ia adalah riba. Begitu juga, contohnya selepas setahun, duit RM5000 tadi akan dibayar balik sebanyak RM10,000. 3- Pinjaman yang disyaratkan pembayaran yang lebih. Sebagai contoh, meminjam RM5000, perlu dibayar...
لامن بوال كات حال دعوه إسلام الله اكبر