Skip to main content

Ulum Hadis Part 2

2 PERBEZAAN ANTARA AL-SUNNAH DAN AL-HADIS.

Didalam As-Sunnah mempunyai satu lagi pengistilahan yang lain ini merujuk kepada istilah atau pun satu kata Al-Hadith ( Ulum Al-Hadith ) . Antara As-Sunnah dan Al-Hadith mempunyai perbezaannya . Pengertian perbezaan menurut kamus DBP adalah keadaan atau sifat berbeza. (4) Dalam konteks ini akan di berikan secara grafik akan perbezaan antara As-Sunnah dan juga Al-Hadith . Perbezaan ini dapat dilihat melalui dalam konsep makna , menerusi pendapat atau ijtimak para ulama’-ulama’ Hadis , Ussul,Fiqh.

** DBP : Dewan Bahasa & Pustaka

2.1 PERBEZAAN AS-SUNNAH DAN AL-HADITH BERDASARKAN MAKNA.

AS-SUNNAH

AL-HADITH

Menurut Lughah ( bahasa ) adalah ath -thariqah yang bererti perkaedahan , kebiasaan , perjalanan hidup atau perilaku baik yang terpuji atau yang tercela dan juga perjalanan hidup dan perilaku(1) . Kesimpulannya gaya hidup dan perangai seseorang manusia .

Mengikut Syara’ adalah sesuatu yang terbit daripada Baginda Nabi Muhammad.saw selain dari Al-Quran , sama ada perkataan , perbuatannya mahupun dari aspek pengakuannya(9) selain itu ini boleh dilihat melalui sesuatu yang diriwayatkan oleh beliau yang merupakan perkataan,perbuatan,ketetapan , peribadi akhlak, perilaku baik sebelum dan selepas beliau dilantik secara rasmi sebagai Rasulullah oleh Allah.swt. (1)

Menurut Lughah ( bahasa) sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg di riwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dalam agama Islam(4) dan menurut sumber lain ia mengatakan seperti berikut :

1) baharu ,

2) perkhabaran,

3) yang dekat atau belum lama.(10)

Menurut Istilah bedasarkan 3 golongan ulama’- ( Hadith,Ussul,Feqah) yang telah dirumuskan sendiri oleh saya adalah sesuatu yang menjadi ikutan bagi umatnya dari sudut aspek peribadinya , riwayat perjalanan , akhlak , keutamaannya,tutur katanya,perbuatannya yang sama ada dapat mengujudkan perkara itu berhukum atau tidak , pengatur undang-undang yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad bagi para mujtahid sesudahnya , penerangan sistem perlembagaan hidup, serta unsur *QFTnya sebagai yang bersangkutan dengan perkara penetapan hukum , dan yang terakhirnya peribadi Rasulullah.saw yang *QFTnya menunjukkan kepada suatu hukum syara’ hukum yang mengenai para mukalaff dan perbuatannya dari segi wajib,haram,harus,makruh dan sunat.(10) Hadis diiktiraf setelah Nabi Muhammad.saw dilantik oleh Allah.swt sebagai RasulullahNya .Hadis dicatatkan sebagai rujukkan sendiri pada Zaman Rasulullah.saw.

*QFT ( Qawli, Fi’ili,Taqrir)

2.2 PERBEZAAN AS-SUNNAH DAN AL-HADITH BERDASARKAN SIFAT.

AS-SUNNAH

AL-HADITH

v ‘Amaliyah Mutawwatir ini dapat di lihat melalui Amalan solat fardhu yang dipindahkan atau dengan mengajar kita mengenai rukun solat dari segi :

1) Fi’ili ( perbuatannya )

2) Qawli ( lafaz )

3) Qalbi ( hati ) (12)

v Sifat berlawanan bid’ah - (satu perkara yang tiada diperintahkan oleh Allah serta Rasulullah seperti adat yang menyongsang dari hukum-hukum Islam yang boleh mengakibatkan terbatal iman dan aqidah umat Islam contonhya : didalam solat bertakbiratul Ihram dengan suara yang nyaring hingga menganganggu orang lain bersolat.(11))

v Perilaku, perjalanan hidup yang berakhlak , dan pengucapan Nabi yang kita ikuti akan dapat pahala .

v Segala pristiwa yang disandarkan kepada Rasulullah walaupun ia hanya berlaku hanya sekali sahaja dalam sepanjang hayat beliau dan walaupun ia hanya diriwayatkan oleh seseorang sahaja (12)

Contohnya :

Rasulullah menegur akan sahabatnya jika mereka ada melakukan sesuatu kesilapan maka para sahabat akan meriwayatkan peristiwa tersebut .

v Sifatnya berlawanan adalah qadim (lebih dahulu drpd segala yg ada)

v Hasil periwayatan yang didapati dari sifat nabi Muhammad yang telah dibukukan di catatkan di panggil Hadith jika kita mengikutu akan Hadith ini diberi ganjaran pahala.

2.3 PERBEZAAN AS-SUNNAH DAN AL-HADITH BERDASARKAN AHLI HADIS.

AS-SUNNAH

AL-HADITH

  1. As-sunnah ini lebih khusus kerana as- Sunnah ini hanya melibatkan akan perkara perbuatan dan juga tingkah laku Rasulullah.saw sahaja dan ini tidak termasuk akan pengucapan beliau .
  2. As-Sunnah tidak terhad kepada pengucapan Rasulullah sahaja malahan ia meliputi perbuatan , pengakuan , akhlak dan sifat-sifat peribadi Rasulullah.saw . Sunnah ini meliputi akan amalan yang dilakukan oleh para Sahabat dan Tabi’in , sama ada asalnya terdapat dalam al-Quran atau diambil daripada Rasulullah.saw atau tidak terdapat asalnya .
  3. Contohnya :

· Melalui Qawliyyah( mengandungi nasihat) ini dapat dilihat dalam sabdanya :

إنما الاعمال بالنيات

Terjemahannya : Sesungguhnya segala amalan itu dikira berdasarkan niat.

· Melalui Fi’li (Nabi melaksanakan Solat dan Sahabat memperhatikan solat Nabi) ini dapat dilihat melalui sabdanya :

  1. Al Hadith pula ianya lebih kepada bersifat umum sahaja bagi sesuatu perkara .Ini kerana ianya merangkumi semua perkara yang diriwayatkan oleh para Sahabat
  2. Segala apa jua yang diriwayatkan daripada Rasulullah terlebih dahulu sama ada ia berbentuk perbuatan , percakapan,kelakuan ikrar atau penerangan tentang sifat fizikal Rasulullah dan merangkumi apa yang disandarkan kepada sahabat dan Tabi’in .
  3. Ia di ta’rifkan sebagai apa apa sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah sahaja sama ada yang berbentuk ucapan , perbuatan , sifat dan pengakuan sama ada sebelum Rasulullah di lantik secara rasmi oleh Allahswt sebagai Rasulullah.
  4. Justeru itu hadis itu islah segala yang ada kaitannya dengan Rasulullahsaw dari semua aspek dan konteks. (14)
  5. Contohnya :

Hadith yang berikut :

Dari Jabir bin ‘Abd Allah meriwayatkan Rasulullah bersabda :

Sambungan…

…sambungan

AS-SUNNAH

AL-HADITH

صلوا كما رأيتمونى أصلى

Terjemahannya :

Solat (sembahyanglah) kamu sebagaimana kamu melihat aku solat .

Isi 1-3 (13)

اذه حدث الرجل الحديث ثم التفت فهي أمانة

Terjemahannya :

Apabila seseorang menceritakan sesuatu percakapan (rahsia) kemudian dia pergi , maka percakapan itu adalah satu amanah.

Melalui Firman Allah.swt

وهل أتك حديث موسى (9)

سورة طه اية 9

Terjemahannya :

Dan sudahkah sampai kepada ( Wahai Muhammad ) perihal Nabi Musa? (15)

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001 Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001. Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India. Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran. Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan. Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong. PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu. Insiden itu tel...