Bak kata pepatah sesetengah orang As-Sunnah,Ulum Hadis serta Ulum Al-Quran memang tidak dapat dipisahkan dari Umat Islam dari sejak zaman Nabi Muhammad.saw dan masuk ke zaman Sahabat masuk pula zaman Tabi’in dan hingga kehari ini . Ia seumpamanya satu rangkaian yang erat dan konsep yang besar dalam kehidupan harian atau rutin yang dilalui oleh Umat Islam . Adakah kita memahami pengertian setiap satu yang berada didalam rangkaian itu.Misalannya As-Sunnah yang selalu kita dengari setiap masa,hari dan tahun didalam mana-mana ceramah mengajak kita mengikuti As-Sunnah Rasulullah . Disini akan di terangkan pengertian As-Sunnah serta bahagiannya .
1) PENGERTIAN :
As-Sunnah berdasarkan laman sesawang Wikipedia adalah cara atau kebiasaan dan dengan itu sunnah nabi bererti cara nabi atau apa yang biasa dikenali dengan kebiasaan rasul-rasul (1). Pada bahasa (لغة) iaitu dalam Bahasa Arabnya al-Tariqah al-Mu’Tadah ertinya cara / peraturan sesuatu amalan yang dilakukan berulang kali,adakalanya ia dipuji dan ada juga yang dikeji(2) . As-Sunnah menurut dua istilah adalah :
1) Ahli Hadith : Segala yang dipindahkan dari Nabi Muhammad.saw baik yang
merupakan perkataan , perbuatan, mahupun yang merupkan taqrir pengajaran, sifat kelakuan , sejarah hidupnya sama ada yang demikian itu berlaku sebelum nabi dilantik secara rasmi menjadi Rasul mahupun sesudahnya. Kebanyakkan ahli hadith menetapkanbahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.
2) Ahli Usul : Segala yang dipindahkan dari Nabi Muhammad.saw sama ada
perkataan dan perbuatannya , mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum . Inilah pengertian dimaksudkan oleh sabdanya ini :
لقد تركت فيكم أمرين لن تضلوا ماإن تمسكتم بها , كتاب الله وسنة رسوله
( ريوة المالك )
Terjemahannya :
Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara , tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya : iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulnya . (3)
1.1 PEMBAHAGIAN :
Seperti juga di dalam Ulum Al-Quran ada pelbagai bahgian-bahagiannya contoh kandungan adalah seperti aqidah,fiqh,sirah,muamalat,munakahat,hukum dan lain-lain lagi.Tidak ketinggalan didalam Ulum As-Sunnah mempunyai pembahgain yang khusus ia meliputi tiga (03) perkara sahaja . Ini dapat kita lihat akan bahangiannya dengan melalui pengertiannya tadi (muka satu) secara kasarnya. Pembahagiannya adalah 1) Qawli , 2) Fi’li dan 3) Taqrir . Setiap rangkaian mempunyai maknanya tersendiri maknanya adalah seperti di bawah ini .
MAKNA PERTAMA :
قولي ( Lafaz / Sebutan / Perkataan )
F Pengertiannya mengikut Kamus **DBP
Lafaz :
Bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan; sebutan atau ucapan sesuatu perkataan.
Sebutan :
cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll;apa-apa yg disebut
Perkataan :
kata atau kumpulan kata yg mempunyai makna tertentu. (4)
@ Berdasarkan Istilahnya:
Lafaz ataupun penyebutan atau perkataan Rasulullah yang dilisankan olehnya dalam berbagai-berbagai soalan , aspek kehidupannya (pendidikan,aqidah) , masalah yang selesaikan(permasalahan yang timbul contohnya kisah anak yang melebihi isterinya dari ibunya) , lisan ketika bersosial ini dapat dilihat dalam hadithnya : (5)
إنما الاعمال بالنيات وإنما لكل امرئ مانوى ( روية البخرى )
Terjemahannya :
Setiap amalan itu adalah dengan niat dan bagi setiap orang itu apa yang diniatkan.
** DBP : Dewan Bahasa & Pustaka
MAKNA KEDUA :
فعلى ( Perbuatan )
F Pengertiannya mengikut Kamus **DBP
segala yg dibuat atau dilakukan , tingkah laku; kelakuan (4)
@ Berdasarkan Istilahnya
Penjelasan dan perbuatan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.saw kepada peraturan syari’ah yang belum jelas cara perlaksanaannya ini ada berkaitan dengan hukum-hukum dan suruhan Allah.swt yang ada didalam Al-Quran solat,haji,zakat,mengucap dua kalimah syahadah,puasa yang merujuk kepada hal Feqah , selain itu perintah muamalat harian iaitu - akhlak,jinayat,munakahat,tasawuf dan faraid. Ini dapat dirujuk melalui dua (02) pristiwa yang penting ketika melaksanakan amalan solat fardhu. (6)
Melalui perbuatan Nabi Muhammad.saw , dengan cara beliau melaksanakan solat fardhu dengan menghadap ke arah Qiblatullah serta melaksanakan solat fardhu diatas kenderaan
Selain itu melalui lisan beliau dengan sabdanya :
صلوا كما رأيتمونى أصلى ( ريوة البخري )
Terjemahannya :
Solat (sembahyanglah) kamu sebagaimana kamu melihat aku solat .
Jika melihat dari sudut Ilmu Akhlak ada contohnya :
Ini merujuk kepada aktiviti sosial baginda selalu duduk berbual dengan ahli fakir miskin , beliau tidak pernah menyakiti hati mereka (fakir miskin) , tdak pun menindas mereka malah beliau membantu mereka walaupun beliau sendiri menempuhi kerumitan hidup. Selain itu beliau mengunjungi orang sedang sakit , menziarahi jenazah mereka .
تقرير ( Pengakuan / Persetujuan )
F Pengertiannya mengikut Kamus **DBP
Pengakuan :
hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan
Persetujuan
pernyataan bersetuju; pengesahan , (4)
@ Berdasarkan Istilahnya
Sesuatu yang diperakui atau pun persetujuan oleh Nabi Muhammad.saw dengan mendiamkan diri tanpa membantah atau bersetuju dan melahirkan rasa senang baginda terhadap sebahagian perbuatan dan perkataan para sahabat. Maka, dengan perakuan dan persetujuan itu di anggap sebagai lahir daripada baginda sendiri dan diamnya menandakan perbuatan itu harus dilakukan.Ini kerana Nabi Muhammad.saw tidak boleh mendiamkan diri sama sekali terhadap perkara yang batil,haram dan dosa. Selain itu ada juga akan perkara beliau tidak melarang ataupun tidak menyetujui akan perbuatan dan perkataan yang telah dilakukan oleh para Sahabat di hadapan beliau. (8)
Ini dapat dilihatkan melalui satu (01) kisah ketika zaman beliau masih hidup :
Perbuatan Sayidina Khalid bin Al-Walid menghidangkan daging dhob dan mempersilakan beliau menikmati daging itu .
_____________________________________
Sumber Rujukkan :
1) Laman sesawang Wikipedia ( http://ms.wikipedia.org/wiki/sunnah)
2) Pengantar Syariat Islam ( Mohd.Saleh Haji Ahmad ) terbitan Pustaka Haji Abdul Majid cetakkan pertama Ogos 1999 . ( Sumber Kedua : Al-Sunnah ; Takrif al-Sunnah) muka surat 104
3) Hadis Empat Puluh ( Ustaz Mustaffa Abdul Rahman ) terbitan Dewan Pustaka Fajar cetakkan 2000 Mei ( Pengertian Sunnah ) muka surat 12
4) Laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/ )
5) Pengantar Syariat Islam ( Mohd.Saleh Haji Ahmad ) terbitan Pustaka Haji Abdul Majid cetakkan pertama Ogos 1999 ( Bahagian-Bahagian Al-Sunnah : Sunnah Qawliyah) muka surat 108 dan buku Pendidikkan Al-Quran dan As-Sunnah Fokus Jingga SPM ( Kamal Muyihiddin Harun dan Faizal Haji Yahya) terbitan Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd cetakkan pertama 1999 ( 24.1. As-Sunnah :3.) muka surat 252
6) Pengantar Syariat Islam ( Mohd.Saleh Haji Ahmad ) terbitan Pustaka Haji Abdul Majid cetakkan pertama Ogos 1999 ( Bahagian-Bahagian Al-Sunnah : Sunnah Fi’liyyah) muka surat 109 dan buku Pendidikkan Al-Quran dan As-Sunnah Fokus Jingga SPM ( Kamal Muyihiddin Harun dan Faizal Haji Yahya) terbitan Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd cetakkan pertama 1999 ( 28.1 :Pegertian Hadith dan Penjelasannya :3.) muka surat 94
7) Meneladani Kemuliaan Akhlak Rasulullah (Ibnu Sahli dan Abu Muhammad Saifudin) terbitanPustaka Azhar cetakkan .....2007 ( Berbuat Baik Kepada Fakir Miskin ) muka surat 25
8) Pengantar Syariat Islam ( Mohd.Saleh Haji Ahmad ) terbitan Pustaka Haji Abdul Majid cetakkan pertama Ogos 1999 ( Bahagian-Bahagian Al-Sunnah : Sunnah Taqririyah) muka surat 109 dan buku Pendidikkan Al-Quran dan As-Sunnah Fokus Jingga SPM ( Kamal Muyihiddin Harun dan Faizal Haji Yahya) terbitan Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd cetakkan pertama 1999 ( 28.1 :Pegertian Hadith dan Penjelasannya :4.) muka surat 94
Comments