Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

Lelaki

LELAKI dulu, bila disebut lelaki, wanitanya mendongak megah, lelaki kami Asadullah,Saifullah. tokoh ramai tak terkira. kini bila disebut lelaki, wanitanya menunduk lemah, tokoh kami sedikit sekali, ramainya,boneka Yahudi. dulu, bila disebut lelaki, wanitanya tenang di hati lelaki kami menjaga,melindungi, kini, bila disebut lelaki, wanitanya mahu cabut lari, lelaki khianat,perogol bersiri. dulu, bila seorang wanita teraniaya, sepasukan kuda putih membela, Al-Mu'tasim kebanggaan wanita, kini, ribuan wanita suci dipenjara, Fatimah diperkosa minta dibela, lelaki tunduk tak bertenaga. dulu, bila wanita di bawah jagaannya, lelaki memagari sehabis daya, tiada siapa berani menggoda, kini, bila wanita di bawah jagaannya, lelaki tak kisah auratnya terbuka, wanitanya dibiar bebas,binasa. dulu, lelaki menggadai harta dan nyawa, untuk mengangkat kemuliaan agama, kini, lelaki menggadai ketinggian agama, demi nafsu, dunia seisinya dulu, lelaki bermatian mencipta sejarah, kental ber

Welcome Back Ramdahan

Ramadhan kembali lagi aduhai terasa indah sangat ketika ini ya lah harapan aku ialah dapatlah aku melakukan solat sunat terawih dengan penuh bagi tahun 1429hijiriah kali ini . Aku berharapkan tahap keimanan aku akan turut di naiktarafkan serta ketaatan aku kepada Allahswt di pulihkan sepenuhnya yang mana selama ini aku tidak taat kepada suruhannya jika ada pun hanyalah 23% agaknya entah-entah pada nilaian Allahswt adalah 0.00% sahaja . Mudahan aku menjadi hamba Allahswt yang amat taat serta solehah yang amat tinggi . Aku manusia biasa akan sentiasa di hasut oleh musuh aku iaitu Syaitan yang direjam sampai bila aku akan dapat menangkis hasutan syaitan yang dilaknat Allahswt ini .Aku harap kali ini aku berjaya menangkis segala hasutan nafsu aku yang membuak nafsu ini jika bermaharajalela ia mengalahkan syaitan yang jahat itu .. Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir.. tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu.. merayu.. kepadaNYA Tuhan

Nasihat kepada Bakal Pengantin Islam

1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka. 5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepa

Luahan 24.08.2008 hari Ahad

22 Sya'aban 1429 / 24.Ogos.2008 hari Ahad jam 11:17pm الحمدالله aku sembuh setelah berusaha keras melawan sakit demam aku yang telah mengambil tempoh masa seminggu kot dan juga sokongan dari parent dan adik beradik aku . Aku rasa senang sangat pada khamis sebelum cuti sekolah aku telah pergi ke Klinik Kerajaan Di Kawasan Aku hari Isnin setelah cuti sekolah bermula aku pergi Ke Hospital Muar siap ambil darah aku ya lah musim Chinkingunya melanda Malaysia kini . Last semalam hari Sabtu aku pergi ke Klinik Swasta dapat one Injection aku beransur sembuh seperti sedia kala may be Allah mengizinkan sembuh aku dengan mengeluarkan wang .Pelbagai ujian aku tempuhi ini menginggatkan aku kepada kebesaran serta kekuasaan Allahswt.Jika Dia hendakkan kita sihat maka sihatlah kita jika Dia hendakkan kita sakit maka sakitlah kita . وسلام

Movie Children of Heaven

Movie Children of Heaven : Part 01 : Part 02 : Part 03 : Part 04 : Part 05 : Part 06 : Part 07 : Part 08 : Part 09 : Part 10 : _____________________________________________________________ "Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton 'Children of Heaven' daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata," demikian luahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu menyampaikan ceramah umum bertempat di Putik, Pengkalan Chepa, malam tadi sebagai reaksinya setelah menonton filem karya pengarah terkenal dari Iran, Majid Majidi, 'Children of Heaven'. < SUMBER >

Al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi & Kegemilangan Sarjana Keilmuannya www.iLuvislam.com oleh: Ustaz Muhammad b Ab Razak* Qaradhawi,seorang ilmuan Islam kelahiran Mesir yang kini berhijrah dan menetap di Qatar lantaran meneruskan agenda perjuangan memartabatkan Islam. Beliau merupakan lepasan Universiti Al-Azhar sehingga mencapai tahap dukturah (doktor) dalam bidang pengajian Islam. Beliau adalah seorang insan yang lahir dari "intitusi" tarbiah Ikhwanul Muslimin di Mesir dan kini muncul sebagai tokoh yang disegani kawan dan lawan. Di dalam Ikhwanul Muslimin sendiri beliau telah diiktiraf sebagai mufti bagi jemaah tersebut di mana pandangan serta fatwa beliau diambil kira oleh para ikhwani. Pada hakikatnya,bukan sahaja aktivis Ikhwanul muslimin sahaja yang mengambil faedah dari limpahan ilmu beliau bahkan seluruh dunia, timur dan barat mengkagumi pandangan-pandangan ilmiah beliau. Kehebatan yang ada pada diri beliau ini tidak lain dan tidak bukan datang melalui manhaj yang beliau am

Sumpahan Saiful Bukhari

Apa juga negara kita kini ada pelbagai kerenah dari pelbagai pihak adakah ini akan berakhir dengan baik dan sempurna. Pengakuan sumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari adakah ini benar dan ikhlas aku pun pening lihat ini. Adakah pengakuan sumpah menggunakan Al-Quran kitab suci dan sebagai panduan hidup kita , ini ada digariskan oleh Islam . Setahu aku perkara ini tiada pada zaman 4sahabat RasulAllahsaw.Erm apa juga pada zaman kini. Pada pandangan aku Al-Quran ini adalah Mukjizat Nabi Muhammadsaw serta Panduan Hidup kita sahaja. berdasarkan petikan akhbar online : http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080816093612/Article Saiful cabar Anwar Oleh Iskandar Shah Mohamed KUALA LUMPUR: “Kini sudah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil,” kata Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dia yang mengakui bersembunyi selama ini untuk mencari kekuatan, me

Demam

13.Sya'aban.1429/16.August.2008 hari Sabtu jam 2:46pm الله اكبر itu sahaja yang mampu aku lafazkan ketika ini kerana hari ini telah masuk hari keempat aku demam ... Ujian begini membuatkan aku lemah dan mudah kena hasutan syaitan ... Selain itu membuatkan aku kurang pahala sedangkan Allah ingin memberikan saham akhirat tetapi jika aku lemah maka aku akan kehilangan saham akhirat ....

12 Golongan

12 Golongan Umat Bangkit Dari Kubur. Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:- 1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu. 3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipen

Musim Iman

Musim Panas Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa. Alpa. Musim Luruh Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus. Musim Salju Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin. Musim Bunga Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna – warni menghiasi laman hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bu

4 Golongan

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang m

اوبن

اوبن Selagi usia belum sampai ke penamat, turun naik kehidupan akan tetap berlaku. Beberapa tahun dulu sudah berada di puncak, sekarang jatuh balik; sekejap dulu rasa macam sudah berjaya, sekarang rasa macam terjelepuk pula. Usah hairan, hidup memang macam tu. Selagi nafas masih ditarik dan dikeluarkan, turun naik kehidupan tetap mengambil tempat. Tidak ada orang yang sudah berada di puncak akan terus di situ selama-lamanya, ada ketikanya dia akan berada di bawah. Sama ada dia mahu mengakuinya ataupun tidak, pada ketika-ketika tertentu memang kehidupan akan memutarkan rodanya. Kalau ada orang berkata, “Tidak, saya tak pernah jatuh. Saya sudah memiliki segalanya sekarang. Harta saya banyak, pangkat saya besar. Saya tak mungkin ke bawah.” Tanyalah orang itu, apakah dia tidak pernah berasa seperti tidak dipedulikan? Ketika pergi ke pusat-pusat pentadbiran masih terpaksa beratur panjang meskipun dulunya boleh pintas sesiapa saja. Tatkala sedang memandu tiba-tiba sebuah kereta buruk memoton

Seloka

SELOKA AURAT Baju ketat seluar sendat Pakai tudung just ikat-ikat Dari mula memang bukan adat Disudut agama pun gaya tak berkat Tudung jarang baju nipis Pakai sikit boleh nampak 'garis' Mata orang terbeliak, kita membengis Bila kena kutuk, kenapa menangis Lengan pendek blaus gantung Jeans ketat melekat dipunggung Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung Agama tak suruh berbungkus macam pocong Kebaya ketat, kain terbelah Ikat tudung macam tak sudah Nak ikut suruhan agama memang tak mudah Tapi Islam sebenarnya indah Tutup aurat bukan suruh berselubung Sampai tak nampak muka dan hidung Yang faham tuntutan amat beruntung Taklah bersungut mulut pun muncung Dah kalau mula minat nak bertudung Cubalah sesuaikan apa yang disarung Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung' Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung Bertudung itu bukan satu paksaan Ianya lebih kepada keinsafan Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan Asal menutup aurat itu tuntutan Kal

Luahan 10.08.2008 hari Ahad

لواهن هاتي Negara Sejak menjak pergolakkan politik berlaku pada negara kita pelbagai pihak telah merungut sana sini. Ini termasuk diri aku sampai bila semua dalam negara kita ini tiada masalah dalam politik sudahlah negara kita ada pelbagai masalah sosial , ekonomi,budaya dan hal lain-lain. Aja pening juga aku. Diri sendiri Kerja banyak sakan letih sangat adalah membuat hari aku mendung sangat. Kekadang aku terfikir sampai bila life kita akan berakhir tanpa kerja. Tetapi kita sabagai hamba Allahswt ini kerja memang tidak habis sampai kita diakhirat kelak tapi bila dah dapat masuk ke syurga kita akan rehat selama-lamanya. Kerja. Kekadang aku terfikir tugasan aku sebagai Ustazah ini membuat aku terfikir dan menghisab adakah aku punya tugasan ini di berkati oleh Allahswt. Biarlah apa juga manusia nak nilaikan tetapi nilaian Allahswt adalah tepat . Keluarga Adakah aku dapat bersama keluarga diakhirat kelak. Mudahan aku dapat berjumpa dan mengenali mereka disana. Kawan Dimanakah aku akan

Ka'abah

كعبة Saiz dan Sejarahnya Saiz Kaabah: *Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi. *Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. *Dinding Kaabah adalah seluas satu meter. *Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. *Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu. *Dindingnya diperbuat daripada batu. *Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat. *Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan -Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini. Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia? Nama-nama Kaabah: Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub. Nama-nama lain adalah: *Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima. *Bayt ul

Muharram

محرم MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Peristiwa-peristiwa penting 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Rejab

KELEBIHAN BULAN REJAB Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) * Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). * Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. * Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). * Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. * Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. * Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup da

Ramadhan

رمضان Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Selamat sejahtera ke atas kamu dirahmati Allah dan diberkati). Hari ini aku nak cerita bab islamic skit. Maklumlah, Ramadhan Al-Mubarak dah datang. So, kita cuba selongkar skit sejarah bulan ramadhan, kenapa dipanggil ramadhan dan hikmah yang ada disebaliknya. Bulan ramadan adalah bulan ke-sembilan dalam kalendar hijrah merupakan bulan paling suci dalam islam. Ramadhan berasal dari kata akar ر م ض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadhan digunakan untuk menunjukkan bahang kepanasan ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadhan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadhan untuk bersungguh-sungguh mencairkan, memuhasabah dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas