Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Al-Quran telah berulang-ulang kali memberikan peringatan dan perangsang; “Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35) “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Luqman: 17) Seorang da’ie itu harus mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan bermacam dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai. Cabaran Luaran Renungilah firman Allah S.W.T. tentang ancaman cubaan dari luar; “Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secar...
لامن بوال كات حال دعوه إسلام الله اكبر