Skip to main content

Renungan Sebelum Ramadhan

Bazaar Ramadhan atau Bazir Ramadhan?

Setiap tahun umat Islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh berkah dan hikmah dan sangat-sangat dinantikan oleh orang-orang yang beriman. Dan secara tradisinya juga banyaklah Bazaar-Bazaar Ramadhan yang dianjurkan oleh pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan untuk kemudahan orang-

orang Islam membeli makanan mereka untuk juadah berbuka Puasa. Selain orang Islam turut sama menikmati kemudahan ini adalah orang-orang bukan Islam yang mana turut mengambil peluang membeli juadah makan malam mereka.

Pelbagai Gerai dan beraneka pilihan makanan boleh didapati di Bazaar Ramadhan sehinggakan makanan yang tidak pernah ditawarkan atau dijual pada hari biasa boleh didapati di bazaar Ramadhan. Inilah uniknya budaya dan tradisi di Malaysia. Hal ini juga menarik minat para pelancong untuk melihat dan menikmati makanan-makanan istimewa dan tradisi di Malaysia.

Namun begitu apa yang menyedihkan adalah pembaziran berleluasa berlaku setiap kali tibanya Bulan Ramadhan.

Sekiranya disingkap kembali erti sebenar Berpuasa dalam konteks Islam adalah ‘Menahan Diri daripada Lapar dan Dahaga serta Perbuatan Dosa’. Ini adalah bermakna Umat Islam di sarankan untuk berjimat-cermat pada bulan ini disamping merasa sendiri kesengsaraan mereka-mereka yang tidak berkeupayaan/berkemampuan/mangsa kebuluran dan sebagainya.Malangnya kita lupa semua ini, setiap kali tibanya bulan puasa, juadahnya dibeli mengalahkan tak makan setahun. Tetapi tidakkah Islam mengajar kita mengawal hawa nafsu kita?

Pada tinjauan Persatuan Pengguna Kedah, mendapati Pembaziran makanan pada Bulan Ramadhan melebihi pada bulan-bulan yang lain. Makanan yang masih lagi boleh dimakan, dibuang begitu sahaja akibat kekenyangan. Mengapakah perkara ini berlaku? Tidakkah umat Islam memahami Agama Islam yang sebenar. Firman Allah dalam

Surah Al-A’raff ayat 3 :

‘….dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampui batas’
Ayat ini terang menunjukkan maksudnya bahawa Allah melarang kita membazir. Dan Firman Allah…..
Surah Al-Israa’ Ayat 26 dan 27

Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Seharusnya kita sebagai umat Islam memperbanyakkan sedekah jariah pada bulan Ramadhan ini daripada membuat pembaziran yang mana pembazir itu adalah saudara kepada Syaitan. Apabila kita mengambil ikhtibar daripada konteks berpuasa itu sendiri dapatlah disingkapkan bahawa berlaku penjimatan dalam berpuasa. Berpuasa adalah satu garis sempadan yang diletakkan supaya kita tidak melampaui batas.

Apa yang terbaik adalah sebagai umat Islam kita perbanyakkan Ibadah di Bulan Ramadhan dan memperbanyakkan sedekah dan berzakat supaya hidup lebih diberkati Allah.

Cukuplah sekadar berbuka dengan secara ala kadar yang mana berpuasa juga dapat menyihatkan tubuh badan, menguatkan imunisasi kita.

Semoga Bermanfaat

Sekadar renungan.
Mohamad Yusrizal bin Yusoff
Persatuan pengguna Kedah.

LIKE Persatuan Pengguna Kedah

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...