Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Bila Prof Bersuara

*PRK bukti PR bergantung kepada PAS: Ridhuan Tee* BANGI, Ahad – Keputusan pilihan raya Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) yang pernah ditubuhkan sebelum ini separuhnya adalah bergantung kepada PAS. Ini dibuktikan apabila PAS mampu menarik undi dan sokongan rakyat meskipun berjuang secara bersendirian. Mengulas perkara itu, Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya PAS masih berada dalam PR, tidak mustahil keputusan PRK ini akan berubah. “Melalui PRK ini, PAS telah berjaya membuktikan separuh dari kekuatan PR adalah bergantung dengan parti Islam itu, selebihnya gabungan PKR dan DAP. Tanpa PAS, misi menawan Putrajaya putih mata. “Tahniah kepada PAS kerana mengamalkan politik matang demi kepentingan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net. Mengulas mengenai kejayaan UMNO semalam, Ridhuan Tee mengingatkan supaya parti Melayu itu tidak mendabik dada d...

26 Sifat Ultra Kiasu

(Sinar Harian 11.4.16) Parti ultra kiasu membuat laporan polis melarang saya menggunakan istilah yang sering digunakan iaitu ultra kiasu. Kiasu dalam bahasa Cina Hokkien adalah takut (kia) kalah (su). Ultra kiasu bermakna sangat takut kalah dan mahu sentiasa menang dengan apa cara sekalipun. Sifat ini selalu dirujuk kepada Singapura, selepas berpisah dengan Malaysia. Berbekalkan semangat inilah mereka berjaya membangunkan pulau Melayu itu dan tidak mahu berkongsi sedikitpun. Malah, mereka sudah bersedia dengan segala kelengkapan perang. Bilangan ultra kiasu terlalu ramai. Selain berada di Pulau, mereka turut berada di merata tempat, dalam parti politik, media, akhbar, NGO, sekolah, universiti dan sebagainya. Dalam Barisan Nasional (BN) tidak kurang ultra kiasu. Mereka berbaik dengan pembesar untuk mendapat perlindungan. Kebobrokan ultra kiasu adalah; 1. Mahu menang dan tidak mahu mengalah. Apa jua agenda yang bertentangan dengan kepentingan bangsa mereka akan ditentang. Agenda ban...

Sultan Muhammad Al Fateh

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Bukti Islam tidak mengguna kekerasan Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?  Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan baga...

Ramadhan 1437

Buat Semua Sahabat Blogger

Anak Sulong

Anak Pertama Adalah Anak Yang Terindah & Teristimewa Kerana... Anak pertama yang indah, yang istimewa. Apabila kita hamil anak kedua dan seterusnya, maka anak pertama akan menjadi sasaran kemarahan kita. Letih melayan macam-macam karenah yang menyakitkan hati. Maka kita akan tengking, marah, cubit dan pukul. Kemudian di malam hari, kita mula sebak melihat wajah si kecil. Mula menyesal dan taubat, lalu berharap dan berjanji kita tidak akan buat lagi. Namun di hari lain kita terlupa pada janji dan mengulanginya lagi.  Ingatlah bahawa yang pertama itu yang paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah. Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yang pertama menghuni rahim mulia ini.  Sudah-sudahlah kita marahkan dia kerana kita yang tersilap mendidik. Kita yang salah, kita yang belum pandai.  Ingatlah sentiasa, si kecil ini adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka. Dia permata hati, pengikat kasih sayang...

Renungan Sebelum Ramadhan

Bazaar Ramadhan atau Bazir Ramadhan? Setiap tahun umat Islam di Malaysia akan menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh berkah dan hikmah dan sangat-sangat dinantikan oleh orang-orang yang beriman. Dan secara tradisinya juga banyaklah Bazaar-Bazaar Ramadhan yang dianjurkan oleh pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan untuk kemudahan orang- orang Islam membeli makanan mereka untuk juadah berbuka Puasa. Selain orang Islam turut sama menikmati kemudahan ini adalah orang-orang bukan Islam yang mana turut mengambil peluang membeli juadah makan malam mereka. Pelbagai Gerai dan beraneka pilihan makanan boleh didapati di Bazaar Ramadhan sehinggakan makanan yang tidak pernah ditawarkan atau dijual pada hari biasa boleh didapati di bazaar Ramadhan. Inilah uniknya budaya dan tradisi di Malaysia. Hal ini juga menarik minat para pelancong untuk melihat dan menikmati makanan-makanan istimewa dan tradisi di Malaysia. Namun begitu apa yang menyedihkan adalah pembaziran berleluasa berlaku setiap kali tiban...

Luahan Cendiakawan Yang Asalnya Bukan Islam Kini Dia Telah Islam

BANGI, Isnin – Penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, hari ini mengumumkan keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, apabila menentang usaha memperkemas undang-undang syariah menerusi pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat, minggu lalu. Beliau yang juga ahli seumur hidup parti itu selepas keahliannya diterima pada tahun 2000 setelah empat tahun menunggu, juga menyifatkan MCA sebagai sebuah parti yang terlalu perkauman. “Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi musuh Islam. Dengan ini saya mengisytiharkan keluar daripada MCA. “Dulu saya berhempas pulas mahu menyertai parti ini walaupun mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan masuk Melayu. “Tetapi, sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia adalah musuh saya juga,” katanya dalam satu kenyataan kep...

Info Zionis

Protocol Of Zions Lahir di Rumah Rotschilds Tahun 1773 Rizki Ridyasmara – Kamis, 5 Safar 1436 H / 27 November 2014 09:26 WIB Protocol of Zions atau Protokolat Zionis merupakan salah satu dokumen paling kontroversial di dunia. Banyak yang menganggap Protokol merupakan sebuah dokumen palsu yang sengaja di buat-buat demi menguntungkan kelompok anti Semit, pandangan ini diwakili oleh kaum Zionis-Yahudi dan para pendukungnya. Namun sebaliknya, banyak pula yang menganggap Protokolat Zionis ini sungguh-sungguh asli dan bisa dipercaya. Pandangan yang terakhir ini dianut oleh kebanyakan Dunia Islam dan sejumlah tokoh kemanusiaan di Barat. Bahkan tokoh sekaliber Henry Ford pun masuk ke dalam kelompok ini. Dalam bukunya  The International Jew  (1976), Henry Ford menyatakan, “Jika saya ditanya tentang asli tidaknya Protokolat Zionis, maka saya tidak akan mau masuk ke dalam perdebatan panjang itu. Satu-satunya hal yang ingin saya katakan berkenaan dengannya adalah, bahwa semua kejadian...

Kiamat

Buat Renungan

Pandangan

Email| Print | Dr Zakir Naik: Apa pandangan TG Abdul Hadi? ALANG IBN SHUKRIMUN | 13 April 2016. MUNGKIN ramai yang ternanti komentar TG Abdul Hadi dalam isu Dr Zakir Naik. Saya juga antaranya. Tetapi oleh sebab sudah ramai yang bersuara, saya kira memadai walaupun biasanya pandangan beliau memiliki keistimewaan tersendiri. Sebagai orang yang menuntut ilmu dari beliau, kita sepatutnya sudah mengetahui bagaimana pandangan beliau dalam hal ini. Tidak perlu beliau respon setiap isu yang berlaku, tetapi cukup dengan ilmu yang telah beliau curahkan terutama dalam kuliah dhuha setiap jumaat di Rusila, kita mendapat jawapan mengenai pendiriannya. Kebetulan pada minggu lepas, pengajian tafsir olehnya sampai kepada huraian surah al-Kafiron. Surah ini secara langsung menunjukkan bagaimana sikap Islam terhadap agama lain. Kita boleh amati melalui nas dan terjemahan dari tafsir ar-Rahman seperti berikut: قُلْ يَا أَيُّ...

Tanda-Tanda

Sufera.com  - Percaya akan datangnya hari akhir atau kiamat merupakan rukun iman ke lima dalam ajaran Islam. Namun tidak satu pun makhluk mengetahui kapan peristiwa akhir kehidupan alam dunia tersebut akan berlangsung. Akan tetapi Allah SWT melalui Rasulullah SAW sudah mengabarkan tanda-tandanya. Mekah menjadi salah satu kota di muka bumi yang disebut Nabi akan menunjukan tanda bahwa kiamat sudah dekat. Pertanda yang disebutkan nabi ini dahulu dianggap mustahil terjadi. Namun apa yang ada di Kota Mekah saat ini benar-benar menunjukan kondisi seperti apa yang diucapkan oleh Nabi Muhammad dahulu. Tanda-tanda kiamat tersebut benar-benar sudah muncul di Mekkah. Apa saja? Berikut ulasannya! 1. Bangunan Tinggi Melebihi Gunung Nabi Muhammad SAW mengabarkan bahwa salah satu tanda bahwa kiamat sudah dekat adalah ketika di banyak bangunan yang tingginya melebihi gunung. Dalam sebuah riwayat dijelaskan bahwa bangunan-bangunan tingginya begitu menjulang. Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan ...