Skip to main content

Luahan Bimbang

Di dalam kita melaksanakan tugasan sebagai Khalifah Allah kadang kala tahap istiqomah kita amatlah merundum . Allahu robbi itu yang terjadi pada aku kini sejak 4 tahun kebelakangan ini aku seperti hilang punca untuk dekatkan diri pada Allah . Kalau diikutkan waktu dahulu aku amalkan segala Rukun Islam dengan agak baik juga , namun kini aku kurang dalam konteks rukun Islam amatlah aku longgar kenapa ini berlaku secara tetiba . Mana salah yang aku yang perlu aku perbaiki. Walhal aku ada laman blog berda'wah ke jalan Allah dan aku juga berjihad kearah Allah namun rukun Islam aku amat lemah untuk perkara yang kedua . Hanya ini terjadi jika aku pulang ke kampong sahaja . Adakah sikap kepimpinan seorang Suami dalam Islamk amat longgar kepada aku kini hanya aku mampu cair jika ada suruhan perihal agama dari emak aku terus sahaja aku laksanakan. Namun jika dari Suami aku aku hanya abaikan . Ya Allah jadikan hati Suami aku ini sentiasa mencari redhamu . Jangan kau lalikan dia dalam taatNya kepadaMu . Aku sejak ini amat risau tentang kematian aku adakah aku akan mati dalam tugasan SOLAT LIMA WAKTU yang penuh sebelum aku menutup mata. Allahu Robbi Suami aku hanya pandai menyuruh sahaja namun dia sendiri tidak laksanakan dan ajak aku berjemaah . Ya Allah kau kurniakan hati yang suci dalam hati dan naluri suami aku . Sedih sungguh bila perihal ini aku renungkan . Aku risaukan azab yang bakal aku terima dan kena tempuhi di akhirat serta padang mahsyar.

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001 Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001. Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India. Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran. Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan. Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong. PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu. Insiden itu tel...