Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

takut

30 Perkara Melembutkan Hati Takut akan datangnya maut secara tiba-tiba sebelum kita sempat bertaubat. Takut tidak menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah itu pasti diminta pertanggungjawabannya. Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan syaitan. Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah pada diri kita. Takut akan balasan siksa yang segera di dunia, kerana maksiat yang kita lakukan. Takut mengakhiri hidup dengan su’ul khatimah. Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut. Takut menghadapi pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur. Takut akan adzab dan prahara di alam kubur. Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil yang kita lakukan. Takut melalui titian yang tajam. Sesungguhnya titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam dari pedang. Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah. Perlu mengetahui tentang dosa dan aib kita. Ma’rifah kita ter...

Biografi Al-Imam Al-Bukhari

Biografi Al-Imam Al-Bukhari Buta di masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadits. Karyanya menjadi rujukan utama setelah Al Qur’an. Lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 H. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari Al Ju’fi . Beliau digelari Al Imam Al Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al Imam Al Bukhari. Buyut beliau, Al Mughirah, semula beragama Majusi (Zoroaster), kemudian masuk Islam lewat perantaraan gabenor Bukhara yang bernama Al Yaman Al Ju’fi. Sedang ayah beliau, Ismail bin Al Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan ulet dalam menuntut ilmu, sempat mendengar ketenaran Al Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah berjabatan tangan dengan Abdullah bin Al Mubarak. Sewaktu kecil Al Imam Al Bukhari buta kedua matanya. Pada suatu malam ibu beliau bermimpi melihat Nabi Ibrahim Al Khalil ‘Alaihissalaam yang mengatakan, ...

Nabi Muhammad

Rasulullah Jujungan Kita PENGENALAN Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya: Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59). Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 ...

Ulum Hadis Part 2

2 PERBEZAAN ANTARA AL-SUNNAH DAN AL-HADIS. Didalam As-Sunnah mempunyai satu lagi pengistilahan yang lain ini merujuk kepada istilah atau pun satu kata Al-Hadith ( Ulum Al-Hadith ) . Antara As-Sunnah dan Al-Hadith mempunyai perbezaannya . Pengertian perbezaan menurut kamus DBP adalah keadaan atau sifat berbeza. (4) Dalam konteks ini akan di berikan secara grafik akan perbezaan antara As-Sunnah dan juga Al-Hadith . Perbezaan ini dapat dilihat melalui dalam konsep makna , menerusi pendapat atau ijtimak para ulama’-ulama’ Hadis , Ussul,Fiqh. ** DBP : Dewan Bahasa & Pustaka 2.1 PERBEZAAN AS-SUNNAH DAN AL-HADITH BERDASARKAN MAKNA. AS-SUNNAH AL-HADITH Menurut Lughah ( bahasa ) adalah ath -thariqah yang bererti perkaedahan , kebiasaan , perjalanan hidup atau perilaku baik yang terpuji atau yang tercela dan juga perjalanan hidup dan perilaku (1) . Kesimpulannya gaya hidup dan perangai seseorang manusia . Mengikut Syara’ ...

Ulum Hadis Part 1

Bak kata pepatah sesetengah orang As-Sunnah ,Ulum Hadis serta Ulum Al-Quran memang tidak dapat dipisahkan dari Umat Islam dari sejak zaman Nabi Muhammad.saw dan masuk ke zaman Sahabat masuk pula zaman Tabi’in dan hingga kehari ini . Ia seumpamanya satu rangkaian yang erat dan konsep yang besar dalam kehidupan harian atau rutin yang dilalui oleh Umat Islam . Adakah kita memahami pengertian setiap satu yang berada didalam rangkaian itu.Misalannya As-Sunnah yang selalu kita dengari setiap masa,hari dan tahun didalam mana-mana ceramah mengajak kita mengikuti As-Sunnah Rasulullah . Disini akan di terangkan pengertian As-Sunnah serta bahagiannya . 1) PENGERTIAN : As-Sunnah berdasarkan laman sesawang Wikipedia adalah cara atau kebiasaan dan dengan itu sunnah nabi bererti cara nabi atau apa yang biasa dikenali dengan kebiasaan rasul-rasul (1) . Pada bahasa ( لغة) iaitu dalam Bahasa Arabnya al-Tariqah al-Mu’Tadah ertinya cara / peraturan sesuatu amalan yang dilakukan berulang kali,...