Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Solat

Rahsia Solat Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat Berdiri Betul Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur Takbiratul Ihram Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur Membaca Al-Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur Ruku' Sebagai tikar kita didalam kubur I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim Duduk Antara Dua Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur Duduk Antara Dua Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar Tahiyat Akhir Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka didalam kubur Memberi Salam Memelihara kita didalam kubur Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah

7 SUNNAH

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke ...

Ingat

Ingatilah Sesungguhnya Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ...... Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja ....... AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk ......... Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas menit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggeerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan kabar terbaru. AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU. Sebelum makan siang AKU melihat...

Membisu

Golongan yang membisu terhadap kemungkaran Firman Allah SWT menerusi ayat 54 Surah al-Baqarah yang bermaksud : "Bunuhlah diri kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani." Ia berlaku dalam satu peperangan yang dijadikan Allah SWT dan mengikut riwayatnya, mereka tidak sanggup melihat muka masing-masing. Akhirnya Allah SWT jadikan gelap, dengan it mereka mengamuk antara satu sama lain tanpa ada sebarang perasaan belas kasihat lagi. Riwayat pula menyebut, yang tidak menyembah patung anak lembu memegang senjata lalu membunuh mereka yang menyembah patung tersebut. Riwayat yang terdahulu daripada itu menyebut, bahawa orang yang meyembah dan tidak menyembah patng tersebut kedua-dua belah pihak terkena hukuman belaka. Sebab apa mereka semua dikenakan hukuman? Sebab yang jelas ialah kerana mereka tidak menyebah patung dan keana mereka berdiam diri dengan terlibat menyek...

Surah al-Maidah Ayat 102

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 102 : Nabi tegah bertanya agama tidak serius Ayat ini diturunkan bersempena dengan Abdullah bin Huzafah r.a. Beliau termasuk di kalangan ahli Badar yang diutuskan oleh Nabi s.a.w. membawa surat yang mengajak Raja Parsi (Kisra) memeluk Islam. "Masuk Islam, kamu selamat," demikian antara isi kandungan surat itu. Kisra diberi peringatan bahawa jika raja Parsi itu tidak memeluk Islam nescaya dia memikul dosa pengikutnya dari kalangan penganut agama Majusi. Abdullah bin Huzafah tidak sujud kepada Kisra kerana Nabi s.a.w. mengharamkan sujud kepada makhluk, selain dari Allah. Abdullah menyerah surat Nabi s.a.w. kepada Kisra tanpa memperdulikan protokol raja Kisra walaupun dia dimarah oleh raja itu. Kisra telah mengoyak surat Nabi s.a.w. di dalam majlis penghadapan di istana Kisra. Apabila peristiwa tersebut diberitahu kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: "Akan dikoyak setiap yang dikoyak. Apabila binasanya Kisra, tidak ada lagi raja y...

Wudhu' Fadhilat

Fadhilat Wuduk 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" . 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ...

Perak

Entahlah apa nak jadi pada dunia pemerintahan Malaysia pun tidak tahu . Walhal lihat sahaja di Amerika Syarikat (negara Yahudi) mudah barisan pro kerajaan memberikan serahan kuasa kepada pembakang memerintah negara mereka walhal jika lihat dari aspek agamanya adalah Kristian mereka dapat memikirkan tolak ansur dalam memimpim dan mentadbirkan negara mereka. Lihata sahaja Obama Barrack kulit hitam dapat memerintah juga di Amerika Syarikat sedangkan beliau adalah dari Kenya berkulit hitam dan George Bush pula berkulit putih.Merka tidak pula menimbulkan satu permasalahan besar dalam penyerahan kuasa. Saya pelik diMalaysia ini sudahlah majoriti adalah Umat Islam apa salahnya sesekali bagi ruang pada Pakatan Rakyat memerintah negara jika Pakatan rakyat ada melakukan kesilapan atau memberi khidmat tidak memuaskan hati sepatutnya Barisan nasional menegur akan kesilapan itu.Bukannya dengan mudah mengambil alih kuasa terus tanpa sebarang percaturan undang-undang negara sedangkan negara ada undan...

T 02 1430 Safar

Tazkirah Dua Menjawab 6 Soalan 1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ? 2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ? 3. Apa yang paling besar di dunia ? 4. Apa yang paling berat di dunia ? 5. Apa yang paling ringan di dunia ? 6. Apa yang paling tajam di dunia ? JAWAPAN Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya.... Soalan yang pertama ,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua .... "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua j...

T 01 1430 Safar

TAZKIRAH SATU Enam Golongan Yang Dilaknat Oleh Allah SWT 1. Orang yang menokok tambah kitab Allah. 2. Orang yang mendustakan ketetapan Allah. 3. Orang yang menghina orang yang dimuliakan Allah dan memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah. 4. Orang yang mengharamkan apa yang dihalalkan Allah. 5. Orang yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah. 6. Orang yang menghina keluarga Rasulullah S.A.W, padahal Allah mengharamkannya serta orang yang meninggalkan sunnah Kisah Rahsia Di Sebalik Sembahyang Lima Waktu Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: ...

Cerita Ilmu

ILMU “Assalamualaikum, good morning. How are you today?” En Azhar, guru English for Science and Technology (EST) kami memulakan kelas dengan gaya cerianya seperti biasa. Saya masa itu masih di tingkatan 5. “Well...well...look at you all...tired and sleepy?” pandangannya sedikit hampa melihat kami, yang nyata tampak tidak bermaya. Entah kenapa, tetapi kami sekelas pada hari itu langsung tiada mood untuk belajar, dari awal pagi hinggalah ke puncak tengahari. Rata-rata kami diam membatu, seperti mayat hidup. “Urgh...do we really look like that? I mean, sleepy?” Syauqi cuba menafikan. “Hah! You can’t even smile a bit!” jawab En Azhar. “Let me guess...studying too hard for the upcoming exam last night, maybe?” Satu kelas diam. Tidak perlu jawapan lisan, mata-mata yang kemerahan dan muka pucat pada setiap pelajar sudah nyata mengiyakan pertanyaan En Azhar tadi. Peperiksaan pada minggu hadapan seperti hukuman gantung yang pasti dikenakan kepada semua, menanti salah, melarikan diri pun salah. ...

ADAT HARAM

ADAT WALIMATUL URUS YANG HARAM Pengamalan adat nikah gantung adalah orang yang bertanggungjawab mengharamkan yang halal. Mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam bila mana ijabkabul dilafaskan dan disahkan, maka jadilah lelaki dan perempuan itu sebagai suami isteri yang sah, maka halallah bagi mereka apa yang diharamkan sebelum ini seperti persetubuhan dan sebagainya dan masing-masing mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan seperti nafkah dan sebagainya termasuk nafkah batin. Ketahuilah bahawa mengharamkan yang halal sama dengan syirik. Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan sebab atau mengapa bersanding itu haram. Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah ...

Palestine

Palestine SANGGUPKAH KITA...????!!!! Wahai muslimin muslimat... Di mana kita..? Di mana kita tika mereka dalam kepahitan..? Di mana kita tika mereka tak mengenal erti keperitan..? Di mana kita tika mereka meraung-raung meminta pertolongan..? Di mana kita tika mereka berjuang tak kira siang mahupun malam..? Adakah kita memberi bantuan dan sokongan..? Atau masih bergelak tawa tak tentu haluan..?!! Menangis xtahu tujuan...?!! Dan sekadar bertindak lepas tangan...??? Adakah kita sanggup membiarkan saudara seIslam kita diseksa sebegitu rupa..? Bangunlah.. Sedarlah... Bangkitlah dari lalai &danleka... Dari alpa dan lupa... Marilah sama-sama kita berdoa memohon agar penderitaan mereka berakhir... Sanggupkah kita kiranya satu hari nanti terpaksa berada di tempat mereka..? Sanggupkah kita melihat ibu & ayah terkorban..? Sanggupkah kita mendengar adik-adik kita bertangisan...? Sanggupkah kita menghidu bau mayat yang bergelimpangan..? Sanggupkah kita membiarkan kakak dan abang kita diseks...