Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Peminangan (Khitbah) Sebelum Pelaksanaan Pernikahan

Definisi Peminangan.Beberapa ahli Fiqih berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan. Di antaranya adalah sebagai berikut: Sayyid Sabiq dengan ringkas mendefinisikan pinangan (khitbah) sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang dengan perantaraan yang jelas. Pinangan ini merupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum mengadakan pernikahan agar kedua calon pengantin saling mengetahui. Wahbah Zuhaili pula mengatakan bahawa pinangan (khitbah­) adalah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawasanya ia ingin menikahinya, baik langsung kepada perempuan tersebut maupun kepada walinya. Penyampaian maksud ini boleh secara langsung ataupun dengan perwakilan wali. Adapun Amir Syarifuddin mendefinisikan pinangan sebagai penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan perkahwinan. Peminangan disyariatkan dalam suatu perkahwinan yang waktu pelaksanaannya diadakan dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah. Al-Hamdani berpendapat bahwa pinan...

Damai

Dua hari lepas saya berkejar ke universiti. Kuliah saya bermula 1.00 tengahari dan berakhir 1.50 petang. Kemudian ia bersambung lagi pada jam 2.00 sehinggalah jam 2.50 petang. Bangunan kelihatan sunyi sepi. “Dr, semua kelas dibatalkan untuk hari ini dan besok,” rakan sejawat memaklumkan. “Kenapa?” “Cuaca terlampau panas dan penyaman udara tidak berfungsi”. Saya senyum. Lalu semalam saya mencari tempat yang lebih dingin dan mendamaikan. Di mana? Tentu sekali di Haram. Sudah lama saya tidak solat sunat Dhuha di Raudhah. Saya memasuki pintu belakang. Mata saya memerhati keadaan. Beginilah keadaan Masjid Nabawi pada jam 9.00 pagi. 90 peratus kawasan solat tidak berpenghuni. Hampir keseluruhan bahagian depan dihadangi oleh kanvas putih-biru bagi memberi ruang jemaah wanita bersolat dan berdoa di Raudhah. Namun 4-5 saf depan masih lagi diuntukkan kepada kaum lelaki. Ia ruang tengah berhampiran dengan Raudhah dan masjid asal Pada waktu inilah kelihatan begitu ramai krew Ma...

Bercouple Atau Jual Mahal

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal? Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak. Cinta Monyet Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar. Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima. Saya bingung. Memang terlalu...

Cahaya Dalam Diri

Dari Nu'aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya umatku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah" (Riwayat Muslim) 1. Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Dengan wudhuk yang sempurna seseorang akan dapat mengerjakan solat/sembahyang dengan penuh khusyuk. 2. Ketika berwudhuk kita diharuskan membaca doa-doa yang tertentu seperti berikut: i. Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". ii. Ketika membasuh muka, berniatlah:"Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". iii. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah:...

Mus’ab bin Umayr Pahlawan Islam yang Syahid

Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus'ab bin Umayr ditugaskan memegang bendera Islam. Pada awalnya kaum muslimin berjaya menguasai pertempuran, sehingga tentera musyrikin bertempiaran lari. Peringkat kedua peperangan, berlaku kelekaan dari kalangan pasukan yang mengawal bukit Uhud, yang telah membuka ruang kepada musyrikin untuk melakukan serangan balas kepada muslimin. Kaum musyrikin melakukan serangan hebat dengan matlamat untuk membunuh Rasulullah SAW. Dalam saat getir itu, Mus'ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan teguh mempertahankan Rasulullah SAW. Menyedari ancaman ke atas Baginda, beliau cuba untuk  memberikan semangat  serta mengalih perhatian musuh dengan mengangkat panji setinggi-tingginya sambil bertakbir dengan nyaring. Sebelah tangan memegang bendera, sementara sebelah lagi menghunuskan pedang menangkis serangan musuh, sambil melaungkan:  "Muhammad itu adalah Rasul, dan sebelumnya telah diutuskan rasul-rasul lain" Menyedari kehadir...