Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Ya Allah, Manisnya Hidayah-Mu

Ya Allah, Manisnya Hidayah-Mu Alhamdulillah, beberapa bulan lalu saya mempunyai impian untuk lancarkan slot 'Sinar Hidayah' dan hari ini ia menjadi realiti; dengan izin Allah SWT. Slot ini adalah slot perkongsian pengalaman yang mampu memberikan kita kesedaran dan inspirasi bahawa hidayah Allah itu dekat dengan kita. Apa yang cuba disampaikan melalui slot ini adalah walau sejahat atau senakal mana pun kita, Allah masih sayang kepada kita. Maka, kita perlu berusaha untuk terus mencari dan mendapatkan hidayah-Nya.  Perkongsian pertama  di bawah ditulis oleh rakan saya, Adam (bukan nama sebenar). Semoga bermanfaat, dan sebar-sebarkanlah untuk membantu rakan-rakan kita yang lain. Im Koyube, Presiden iluvislam.com   Luv Everybody, Hate Nobody Kisah Adam Coretan saya ini, sekadar ingin berkongsi kisah benar kehidupan seorang lelaki (yang ingin dikenali sebagai Adam) yang dipilih Allah untuk berhijrah daripada kehidupannya yang gelap kepada cahaya. Allah berfirman yang be...

Mengapa Muslim Perlu Sihat Dan Cergas?

Mengapa Muslim Perlu Sihat Dan Cergas? Assalamualaikum pembaca  iluvislam.com . Sebenarnya sudah agak lama saya bercadang untuk menulis artikel tentang hubungan agama Islam dan kecergasan atau  fitness . Insyallah dalam masa akan datang saya dan iluvIslam akan dapat mengeluarkan ebook khusus untuk topik ini. Kenapa Seorang Muslim Seharusnya Fit? Islam merupakan agama yang merangkumi seluruh kehidupan termasuk jasmani. Seorang muslim itu bertanggungjawab terhadap setiap aspek dalam kehidupannya. contohnya saya; saya adalah seorang anak, seorang abang dan seorang suami yang bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Dengan kesemua tanggungjawab ini, sudah semestinya ia menjadi kewajipan untuk diri saya memastikan kesihatan dan kecergasan sentiasa dijaga. Tanpanya, bagaimana untuk saya tunaikan tangggungjawab tersebut?! Contoh: Bagi mereka yang ingin menunaikan umrah dan haji, sudah tentu mereka perlukan tenaga dan kecergasan yang baik. Alhamdulillah saya sudah beberapa kali da...

Taat Ibu Bapa

NABI Sulaiman dikurniakan Allah dengan pelbagai keistimewaan bagi meyakinkan umatnya pada masa itu kepada kekuasaan dan kebesaran-Nya. Baginda bukan saja mampu berinteraksi sesama manusia, malah dengan haiwan dan jin. Inilah keistimewaan yang diberikan Allah kepada Nabi Sulaiman dalam melaksanakan misinya menyebarkan ajaran Islam kepada umatnya. Dikisahkan, Nabi Sulaiman berkelana antara langit dengan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, Baginda memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin menyelam dalam lautan itu hingga ke dasarnya. Di situ, jin melihat sebuah kubah daripada permata putih tanpa lubang, kubah itu diangkat ke atas lautan itu dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan. “Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Nabi Sulaiman kemudian meminta pert...