Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010
Kenapa manusia perlu kepada agama ? Jasad – makan minum pakaian tempat tinggal salah isi akan merosakkan organ dalaman Roh perlu tenang bahgia jika salah beri isi akan rosak Keperluan roh adalah agama jika tiada akan tercari-cari Keperluan manuasia kepada agama untuk memenuhi tuntutan fitrahnya contohnya roh dating dari Allah maka perlu kepada Allah dengan cara pengisian agama ( di arahkan dan ditegah) Hasad dengki itu adalah seperti api yang memakan kayu api. Apabila roh dan jiwa akan tenang maka jasad akan sihat Agama umpama candu kepada manusia … ( Calmac : Pengasas Kepada Yahudi:Zaman Komunis) Sejarah Islam Pada Zaman Dahulu adalah ¾ Islam kajian dialam semula jadi adalah untuk menyakinkan adanya Allah maka bertambah iman Jelaskan Mengapa Manusia Perlu Kepada Agama ? Siapa Manusia , Kesan Sejarah,Bukti Perlu Kepada Kuasa,Kaitkan Kepada Roh dan Jasad Syariat Islam Nabi Muhammad(saw) pembawa syariat Islam Sudan menjalankan undang 2 Syariah Bahagian : Aqidah Syariah Akhlaq تصر ...

Nakhoda

Ibu Bapa Nahkhoda Kehidupan Anak-Anak http://www.iluvislam.com Dihantar oleh : Hidayani* Editor : Isyrak "Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil". Al Baqarah : 67 Al-Quran sering kali di anak tirikan oleh umat islam. Mereka hanya memandang enteng akan kepentingan al-Quran. Al-Quran hanya sekadar hiasan di setiap penjuru rumah. Kamus bergambar bertukar tangan, tanda penghargaan daripada si bapa sempena lulusnya anak di medan peperiksaan. Kalaulah kamus comel itu digantikan dengan al-Quran yang terjamin akan kesuciannya, sudah tentu mendapat keberkatan daripada Ilahi. Tapi masa sekarang sudah berubah!. Tika dahulu anak kecil diasuh mengenal huruf-huruf hijaiyah, Muqaddam dihafal setiap kali menjelang maghrib, bagaikan menutup tirai senja. Teringat cerita semalam, di tangan Tok Guru tersedia rotan yang panjang, gerun kami melihatnya. Kiranya tersalah, maka dirotannya kami. Begitulah peritnya menuntut ilmu yang tiada tandingannya...

Facebook dan Dosa

Dosa-Dosa & Facebook Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net    Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :- 1)     Mendedah keaiban suami, isteri di facebook . Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh,  ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian d...

Mujadah

MENINGKAT DIRI MELALUI MUJAHADAH www.Halaqahnet Editor :   PenaHalaqah PADA adatnya tidak mungkin kita sampai pada lapangan makrifat terhadap Allah SWT apabila kita tidak mahu bermujahadah, tidak mahu melihat kelemahan-kelemahan yang terkandung dalam diri kita, lebih-lebih lagi kelemahan itu berupa penyakit hati.  Oleh itu Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang berjuang di jalan Kami, sesungguhnya Kami akan memberi petunjuk mereka itu pada jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang membuat kebaikan.”  “Mujahadah”  yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah  memerangi hawa nafsu yang mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai dengan sempurna keredaan Allah SWT .  Tegasnya, orang-orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak baik bererti ia mendatangkan kekurangan pada peribadinya sendiri. Umumnya tabiat manusia tidak menghiraukan keaiban-keaiban tetapi mengutamakan pada hal-hal yang dianggap baik. Meskipun sifatnya ...

Hamba

Ham ba Uk huw wah At au Ham ba A llah? www.iluvislam.com Oleh: imtiazsofea Editor: deynarashid "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." - Surah Ali Imran: 104 Meniti hari dengan penuh kesan dakwah dihati memang sungguh menceriakan. Lebih-lebih lagi apabila yang berjuang seiring itu adalah sahabat sejati. Kadang-kala saya terfikir, apakah kerana persahabatan itu dakwah berjalan dengan lancar tanpa secalit noda . Bahkan berkali-kali saya terfikir… Andai itu benar, berkali-kali   saya merasakan kemalasan untuk menghadiri sesetengah  meeting  dek kerana segolongan manusia yang saya tidak gemar pembawakannya. Berkali-kali juga saya meneropong diri. Kadang-kala saya menemui titik awal masalah, tetapi kebanyakannya saya buntu. Bila...

.: Peduli Pelestin :.

Artikel 1 Dunia perlu kenakan sekatan terhadap Israel KUALA LUMPUR, 5 Jun: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), NAM, G8 , NATO, GCC dan negara-negara dunia mengenakan sekatan ekonomi dan politik terhadap Israel dalam kadar segera. “Kita mahu dunia khususnya bukan sekadar mengeluarkan kecaman dan kutukan tetapi yang lebih penting ialah tindakan keras terhadap negara haram Israel,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut. Pihaknya juga menggesa agar pintu sempadan Rafah yang memisahkan Gaza dan Mesir dibuka terus menerus bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia dapat dihantar. Tambahnya, negara-negara Arab perlu menggerakkan usaha lebih giat dan proaktif bagi memastikan rakyat Palestin yang pada ketika ini berhadapan situasi getir mendapat bantuan dalam kadar segera. AMK Selangor juga, ujarnya menggesa Perdana Menteri agar dapat memainkan pe...

Warkah

Surat Cinta Untuk Jiwaku www.iluvislam.com Dihantar oleh: Mufidah Editor: n13@m Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses. Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahaba...

Kongsi 31.05.2010

..::PERKONGSIAN: 31 MEI 2010, APA YANG ALLAH NAK AJAR KITA?::.. Semalam masih menghantui saya hari ini. Malam tidur kurang lena. Termimpi-mimpi mereka yang ditawan di Israel sana. Seakan keluarga saya sendiri yang ditawan. Berdebar-debar menanti keadaan nasib mereka. Hingga hari ini, update yang didapati adalah sangat kurang dan kebanyakannya masih tidak mampu dijelaskan kesahihannya. Sungguh saya melihat gelombang besar di dalam Facebook apabila kebanyakan news feed galak menceritakan peristiwa 31 Mei 2010. Forward memforward mesej, bertukar-tukar berita, laungan-laungan semangat, celaan dan selaan kepada Israel, kata-kata pembakar kepada kepimpinan dan 1001 macam lagi ekspressi. Saya memandang jauh. Berhadapan realiti, saya tahu kemenangan tak akan sampai esok. Justeru saya suka agar yang mengikuti Langit Ilahi belajar dari peristiwa. 31 Mei 2010, apa yang Allah nak ajar kita? Di sini kita muhasabah diri dan melihat kunci kemenangan yang sebenarnya. Hakikat sebu...