Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Bangkitlah

Bangkitlah Wahai Umat Islam, Berjuang Untuk Agama Allah [ISLAM] Yang Suci Isu Penggunaan Nama Allah Antara Aqidah & Taklid Buta Monday, March 02, 2009 Oleh: Ustaz Emran Ahmad Sumber: http://ustaz.blogspot.com Pelbagai isu ditimbulkan di Malaysia, apabila ianya berkait politik maka ianya pasti memeningkan dan berlaku perselisihan yang tidak berkesudahan kerana kekuasaan itu sungguh-sungguh membuatkan manusia sanggup berbunuhan. Diriwayatkan daripada Tsauban ra. yang berkata telah bersabda rasulullah sallallahualaihiwasalam dengan sabdanya yang bermaksud : " Sesungguhnya apa yang aku risaukan ke atas umatku ialah pemimpin yang menyesatkan..." (hadis riwayat Tirmidzi dalam bab Fitan no.2229) disebut darjatnya Hasan Sahih. Orang bercakap soal agama di mana-mana termasuk Menteri-Menteri yang merujuk agama hanya daripada Kamus dan Ensiklopedia (TV3 - Buletin Utama,2 March 2009) Kita apabila melihat isu ini dengan ilmiah, mengetahui bahawa kalimah "Allah" itu umum me...

Iman

Iman 1) PENGERTIAN IMAN & BAHAGIANNYA. Pengertian Iman adalah didefinisikan berdasarkan dua perkara dari segi لغة ( bahasa ) dan juga dari segi شرع ( syara’) : Iman adalah diambil dari kata kerja اَمَنَّ dan يُوءْمِنُ yang membawa pengertian kepada percaya ataupun membenarkan . Ini dari sudut لغة ( bahasa ) dari sudut شرع ( syara’) pula ia membawa pengertian yang khusus kepada I’tiqad atau kepada bahasa Tauhidnya adalah seperti dibawah ini : “Iman adalah satu perkara yang membenarkan serta menyakini dengan hati,menyatakan dengan lisan (lidah), dan melakukan amalan dengan anggota badan.” Maka syarat sah bagi iman adalah memenuhi tiga perkara yang tersebut. Terbatal iman jika kita hanya : 1) Beramal tetapi kita tidak menyakini dengan hati . 2) Menyakini dengan hati tetapi tidak beramal. 3) Menyakini dengan hati , beramal dengan anggota badan tetapi tidak melafazkan dengan lidah. Maka itu iman terbentuk dari tiga aspek yang utama . Iman bak mutiara yang amat bernilai dan kenikmatan i...

Konsep Akhlak

Konsep Akhlak OBJEKTIF 1. Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam. 2. Ahli usrah mengetahui cirri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian. KANDUNGAN 1. Pengertian akhlak bahasa dan istilah 2. Pengertian akhlak menurut Islam 3. Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam 4. Perbezaan di antara akhlak dan moral 5. Akhlak yang agung akhlak Al-Quran 6. Kesyumulan akhlak Islam lahiriah dan rohaniah meliputi aqidah dan syariat 7. Ciri-ciri akhlak Islamiyyah PENGERTIAN AKHLAK Menurut bahasa: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4) Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, cipt...

Insafi

Ku Insafi Diri Ini www.iluvislam.com Oleh : Abu Hariz Editor : naadherah Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu.... Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu... entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu, yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku. Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu. Arrgggh...! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini?? Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi j...

Umat Islam Hari Ini

MAS A LAH UMAT ISLA M HAR I INI www.iluvislam.com Oleh : Ust. M Ihsan Arliansyah Tanjung editor: azzahra_solehah Tema ini adalah suatu upaya untuk menggambarkan akan keadaan dunia Islam kontemporer (saat ini) dengan segala kelebihan dan kekurangannya. Kondisi umat Islam saat ini penuh dengan kelemahan. Kelemahan-kelemahan itu terkait dengan kapasitas intelektual dan masalah moral. Kelemahan dalam kapasitas intelektual (Al Jahlu). Kelemahan umat Islam yang terkait dengan kapasitas intelektual - Dho'fut Tarbiyah (lemah dalam pendidikan) Kelemahan dalam aspek pendidikan formal dan informal (pengkaderan) sangat dirasakan oleh umat Islam masa kini. Jika pendidikan juga pembinaan dan pengkaderan lemah maka akan mustahil melahirkan anasir-anasir dalam nadhatul umat (kebangkitan umat). - Dho'fut Tsaqofah (lemah dalam ilmu pengetahuan) Dewasa ini sedang sangat pesat perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi tetapi umat Islam terasa tertinggal bila dibandingkan um...

3.Mac.1924

3 MAC 1924 : SEJARAH HITAM UMAT ISLAM 3 Mac 1924, tahukah anda apakah peristiwa penting yg berlaku pada tarikh keramat ini? Ianya merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam” . Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku se...