Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Jenayah

Pengertian Jenayah Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya. Falsafah Jenayah Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah. Hukum-Hukum Jenayah Islam Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada HukumHudud HukumQisas Hukum Ta’zir Hukum Hudud Pengertian Hudud Dan segi bahasa  hudud  bererti menahan atau mencegàh Dan segi segi istilah  hudud  ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya; “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”     Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya   Zina; Persetubuhan ha...

Ya Allah, Manisnya Hidayah-Mu

Ya Allah, Manisnya Hidayah-Mu Alhamdulillah, beberapa bulan lalu saya mempunyai impian untuk lancarkan slot 'Sinar Hidayah' dan hari ini ia menjadi realiti; dengan izin Allah SWT. Slot ini adalah slot perkongsian pengalaman yang mampu memberikan kita kesedaran dan inspirasi bahawa hidayah Allah itu dekat dengan kita. Apa yang cuba disampaikan melalui slot ini adalah walau sejahat atau senakal mana pun kita, Allah masih sayang kepada kita. Maka, kita perlu berusaha untuk terus mencari dan mendapatkan hidayah-Nya.  Perkongsian pertama  di bawah ditulis oleh rakan saya, Adam (bukan nama sebenar). Semoga bermanfaat, dan sebar-sebarkanlah untuk membantu rakan-rakan kita yang lain. Im Koyube, Presiden iluvislam.com   Luv Everybody, Hate Nobody Kisah Adam Coretan saya ini, sekadar ingin berkongsi kisah benar kehidupan seorang lelaki (yang ingin dikenali sebagai Adam) yang dipilih Allah untuk berhijrah daripada kehidupannya yang gelap kepada cahaya. Allah berfirman yang be...

Mengapa Muslim Perlu Sihat Dan Cergas?

Mengapa Muslim Perlu Sihat Dan Cergas? Assalamualaikum pembaca  iluvislam.com . Sebenarnya sudah agak lama saya bercadang untuk menulis artikel tentang hubungan agama Islam dan kecergasan atau  fitness . Insyallah dalam masa akan datang saya dan iluvIslam akan dapat mengeluarkan ebook khusus untuk topik ini. Kenapa Seorang Muslim Seharusnya Fit? Islam merupakan agama yang merangkumi seluruh kehidupan termasuk jasmani. Seorang muslim itu bertanggungjawab terhadap setiap aspek dalam kehidupannya. contohnya saya; saya adalah seorang anak, seorang abang dan seorang suami yang bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Dengan kesemua tanggungjawab ini, sudah semestinya ia menjadi kewajipan untuk diri saya memastikan kesihatan dan kecergasan sentiasa dijaga. Tanpanya, bagaimana untuk saya tunaikan tangggungjawab tersebut?! Contoh: Bagi mereka yang ingin menunaikan umrah dan haji, sudah tentu mereka perlukan tenaga dan kecergasan yang baik. Alhamdulillah saya sudah beberapa kali da...