Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina www.iLuvislam.com ald kamil Editor : kasihsayang Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya. Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri: ''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.'' Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir...

Nikmat Iman dan Islam

Sebar Nikmat Iman & Islam www.iluvislam.com Oleh: Yussamir Yusof (www.yussamir.com) Editor: deynarashid Futur ataupun terhenti dalam menjalankan aktiviti dakwah; menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah seringkali kita dengar dan lihat dengan mata dan telinga kita sendiri. Begitulah keadaan para pendakwah masa kini, ia bukan fantasi tetapi realiti yang sedang dan akan terus terjadi. Ya memang benar, keinginan, semangat dan kekuatan kita akui kadang-kala turun dan kadang-kala meningkat. Begitu juga dengan iman kita, sepertimana yang dikatakan oleh Imam Bukhari dalam sebuah riwayat, beliau berkata, “Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang.” Imam Ahmad pernah ditanya tentang makna bertambah dan berkurangnya iman? Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada ‘Umair bin Hubaib, dia berkata: “Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melup...

Carut

Mencarut Mencarut Mencarut www.iLuvislam.com Oleh: ibnulatef Editor: ibnulatef Salam, Entri ini ditulis berdasarkan keadaan semasa. Saya sebagai manusia biasa pun pernah mencarut. Tetapi sekurang-kurangnya, saya tidak jadikannya sebagai bahan rutin yang dikeluarkan dari mulut anugerah ALLAH. Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim : Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku uma...

Bermula

Bermula Manusia dewasa ini semakin 'kabur' matanya dalam mengenal Penciptanya. Manusia kian alpa dalam sogokan kemewahan serta hiburan di dunia ini. Oleh itu, terpanggil rasanya diri yang hina ini untuk bertindak sebagai 'kaca mata' kepada pencipta Islam sekalian agar kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang keindahan Deen'ul Jannah kembali.Kanta bagi kaca mata ini adalah berbentuk sebuah tamsilan. Tamsilan dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang cacat sejak dari lahirnya. Dia tiada tangan dan kaki. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Lantaran kemiskinan hidup, dia menjadi pengemis di lorong kaki lima. Dengan hasil sedekahnya itu, dia makan dan minum sekadar cuma. Sehinggalah pada suatu petang yang mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh Si Cacat yang kelesuan. Gelas sedekahnya setia di depannya. Tiba-tiba sebuah kereta BMW mewah berhenti di hadapan Si Cacat. Turun seorang lelaki yang segak dari tempat duduk belakang k...

Bahaya

Bahaya mazhab Kristian Surubaya Ortodoks yg 'mirip' Islam Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan antara Islam dan Kristian. Adakah ini adalah kristian gaya baru? Al-Kisahnya, Diwaktu saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas pergi menunaikan solat. Semuanya berkopiah/bersongkok dan dipimpin oleh seorang Imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian ortodok merupakan sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab, sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun (MELAYU), Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama.Tengoklah saat mereka solat.. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan juga sujud.. Yang membezakannya ialah, bila ...

Pendidikan Anak Versi Fiqh Dakwah

Pendidikan Anak Versi Fiqh Dakwah www.iluvislam.com Oleh : ummu_abdullah Editor : naadherah Suatu pepatah arab ada mengatakan “al-insan abdul ihsan”, manusia itu adalah hamba kepada kebaikan. Semua orang suka kepada orang yang bersikap baik padanya dan benci pada orang yang bersikap buruk padanya. Siapa pun dia. Jiwa seseorang memang lebih menggemari berbuat sesuka hati dan mengikuti perasaan mereka. Kalau perkara ini tetap terjadi pada seorang yang sudah pun boleh berfikir dengan waras, apatah lagi kanak-kanak yang baru setahun jagung usianya. Bayangkan diri kita di pejabat. Pagi itu kita sampai lambat ke pejabat kerana ada sedikit kekecohan yang berlaku di rumah. Tiba di pejabat, bos panggil masuk ke dalam bilik dan memarahi kita dengan suara yang kuat. semua orang dengar. Memang salah kita kerana datang lambat, tetapi hati kita tetap menanamkan perasaan benci terhadap bos yang memarahi kita tadi. Tukar keadaan itu, bos kita panggil kita masuk ke bilik, pintu bilik di tutup. Bos meng...

Nafsu

Nafsu Nafsu merupakan salah satu dari 4 penghalang utama kepada seseorang muslimuntuk beribadah kepada Allah. Hakikatnya nafsu ini perlu ada dalam diri kita. Tidak boleh tidak. Kena ada dalam diri manusia. Tetapi nafsu tersebut hendaklah dididik. Kerana nafsu ini sebenarnya milik haiwan. Haiwan yang memiliki nafsu. Haiwan yang liar, jika dijinakkan dan dididik, akan memberi manfaat kepada manusia. Lembu kalau dijinakkan mampu membantu manusia melakukan kerja di ladang. Begitu juga kuda. Kuda liar jika dididik dan dijinakkan, mampu dijadikan haiwan tunggangan. Nafsu juga begitu. Nafsu jika tidak dididik dan dijinakkan maka akan mendatangkan kerosakan kepada diri manusia. Kerosakan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Maka wajiblah seseorang itu mendidik nafsu mereka agar terdididik. Dan dalam usaha mendidik nafsu, sewajarnyalah kita mengetahui akan tingkatan-tingkatan nafsu. Dalam kitab-kitab yang membicarakan ilmu tasawwuf, ada disebutkan 7 tingkatan nafsu. Iaitu : 1. Ammarah 2. Laww...

Degilnya Nafsu

Kisah nafsu yang degil pada perintah Allah Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebali...

Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme? www.iLuvislam.com abidfana * Editor : kasihsayang sumber Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionis, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memastikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh. Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut: 1. Israel Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Y...

Renungan Kita

Renungan Kita Ingatlah Sesungguhnya Rakan Seperjuangan Akan Perkara Ini . Manusia selalunya akan melakukan hal ini walhal sepatutnya sebagai Hamba Allahswt kita jangan melakukan ia : 1 ) Kasihkan Hidup Lupakan Mati , 2 ) Kasihkan Harta Lupakan Hisab , 3 ) Kasihkan Mahligai Lupakan Kubur , 4 ) Kasihkan Dunia Lupakan Akhirat , 5 ) Kasihkan Makhluk Lupakan Allah . Selain itu rakan jika kita selalu bermal jariah dan selalu mengembirakan anak yatim kita akan dapat rahmat dari Allahswt akan perkara bawah ini : 1 ) Rezeki yang tidak dijangkan oleh kita sebagai hamba Allah yang Allah berikan kepada kepada kita . 2 ) Kita akan di lindungi dan di awasi oleh Allahswt dari Ramadhan ini kepada Ramadhan akan datang . 3 ) Allah tidak akan membiarkan kita menjadi papa kendana . Sesungguhnya penawar hati kita yang sentiasa terkena jangkitan penyakit Mazmumah adalah membaca Al-Quran dan juga hadirkan segala majlis Ilmu serta melaksanakan Qiamulail . Qiamulail selain dapat memberikan penawar hati ia dap...

Allah Sedang Berkomunikasi

Allah Sedang Berkomunikasi Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) menundukkan (memudahkan) bagi kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (sebagai kurnia) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” al-Jaasiah (45:13) Sebagai orang yang beriman, kita sentiasa dianjurkan supaya memerhatikan keajaiban alam ciptaan Allah Taala dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa dengan mata hati. Apabila berlaku bencana besar pada alam ini, pemusatan fikiran kita bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat, malah pada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut. Kita mungkin terfikir apakah bencana ini merupakan fenomena alam semulajadi atau ianya suatu bala yang ditimpakan ke atas manusia? Ilmu manusia tentang rahsia alam amat terbatas. Melalui bantuan peralatan yang canggih mungkin kita mampu mengesan kelajuan angin, pergerakan awan, getaran bumi, keting...

Jangan Berumah Di Tepi Pantai

Jangan Berumah Di Tepi Pantai “Apa pandangan anakda berkenaan isu Kartika yang disangkal oleh Sisters In Islam (SIS)? Terhadap hukuman yang dikenakan” Tanya bonda kepada penulis. Penulis diajukan soalan panas, sepanas isu yang sedang rancak diperkatakan tentang relevan penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu dalam mempertahankan hak asasi wanita Islam di negara. Penulis menyemak kembali isu ini selepas terngandah dari lamunan pada tragedi gempa bumi yang menyayat hati melanda daerah Sumatera. Isu yang diketengahkan oleh Sisters In Islam bukan perkara baru, dan banyak lagi isu-isu panas yang telah disengajakan menepuk air di dulang menaikkan api amarah golongan sarjana Islam yang masih mempertahankan syari-‘at yang telah diwartakan dalam Islam. Rasa tidak puas hati mereka disuarakan secara terbuka. Mereka lupa tindakkan dangkal itu bakal menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam, tidak mustahil akan menyebabkan berlakunya perpecahan. Inilah dikatakan Islam liberal. Kadang-kadang pen...

Solat dan Kita

Solat dan Kita www.iluvislam.com Aman Shah Editor: arisHa27 Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu. Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut : 1. Tahap ilmu: Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal. Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. ...