Rokok dan Coklat Pada suatu hari, seorang bapa, ibu dan anak kembar mereka(lelaki dan perempuan) membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal. Pasangan kembar itu merupakan anak yang petah bercakap. Masing-masing berumur 7 tahun. Sewaktu melintasi bahagian 'Manisan', si anak perempuan yang sememangnya menggemari coklat terus berlari-lari anak dan memilih coklat koko yang digemarinya... "Abah, adik nak coklat ni boleh tak?? Dah lama adik minta kat abah, tapi abah tak belikan pun...boleh yea abah??", pinta si anak perempuan itu bersungguh-sungguh. Si bapa hanya menggeleng-gelengkan kepala menandakan tidak mahu membelikan coklat itu buat anak perempuannya. "Tapi...dah lama adik nak coklat ni.." rayu si anak perempuan. "Kalau abah kata tak boleh tu, tak bolehlah. Adik suka sangat makan coklat, tak berhenti-henti! Membazir! Gigi boleh rosak tau! Nanti kalau gigi adik rosak, tak ada sesiapa pun yang nak berkawan dengan adik. Adik nak macam tu?...
لامن بوال كات حال دعوه إسلام الله اكبر