Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Tasawwuf

Tasawwuf 1. Pengertian Ilmu Tasawwuf : Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela . 2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah . 3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah: a) Banyak bersabar . b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa . 4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu : 1) Taubat . 2) Khauf ( Takut ) 3) Zuhud 4) Sabar. 5) Syukur. 6) Ikhlas. 7) Tawakkal. Mahabbah ( Kasih Sayang ) 9) Redha. 10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati ) 5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu : 1) Banyak M...

Kisah Perlawanan Suami Vs Iblis

Kisah Perlawanan Suami Vs Iblis Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mau mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Is mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris. "Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selai...

Fadhilat Wudhu'

Fadhilat Wudhu' 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" . 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku p...

Zina Mudah Dari Nikah

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin Disiarkan pada Nov 23, 2008 dalam kategori Ibadat Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti. Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin. Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan memb...

Darah

Darah Suci! Saat matahari menebarkan cahaya bahagia yang hangat ke segenap pelosok bumi.. Darah suci yang menggantikan embun di pagi hari.. Semakin menghujani bumi Islami.. Musuh-musuh agama Ilahi yang rakus seperti binatang, hanya tersenyum puas melihat darah-darah suci mewarnai dada bumi.. Kacau! Sungguh kacau bilau..! Kedamaian tak sedikit pun mencelah di antara jalan keganasan yang semakin sempit menguasai ruang kehidupan. Dalam tawa mesra kita di bumi Malaysia.. Menutup jerit tangis mereka yang merana.. Kalau pun ibu dan ayah merasa aman melihat anak-anak bermain di hadapan mata, Inikan pula disana! Anak-anak yang tak mengenal makna penjajah bumi mereka mati tanpa kata.. Ya Allah.. Sedih hati seorang ayah, lagi pilu dan ngilu bagi seorang ibu.. Darah suci menitis lagi di bumi Palestin.. Tanpa henti! Menghilangkan kewarasan akal manusia yang menjajah.. Puas! Akhirnya darah suci ini tumpas di tangan manusia yang menginginkan duniawi. Darah suci anak-anak kecil.. Wanita.. Dan mereka...

Caraku Caramu

Cinta Caraku Caramu Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya.Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib' itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang dicintai. Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti ...