Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Facebook dan Dosa

Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain. " Hari ini saya keluar dating dengan bf saya" "Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!" "Awak ni gatal la sayang ;-)" "baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?" "awak cantik pakai baju itu, cun" Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan. Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum? Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma's...

Dua Laluan

Teringat saya akan satu  poem  yang pernah dipelajari semasa zaman sekolah menengah dahulu. 'The Road Not Taken'. Bagi saya, poem oleh Robert Frost ini sangat menarik kerana ia mengisahkan antara dua jalan yang perlu dipilih oleh seorang  traveler . Dan traveler tersebut memilih jalan yang kurang dipilih oleh orang lain untuk dilalui. Ya, jalan yang bukan menjadi pilihan orang kebanyakan! Sungguh, walaupun jalan itu jarang dilalui oleh orang lain tapi dia memilih untuk melalui jalan itu. Dan jalan yang dipilih itu telah membawa banyak perubahan dalam hidupnya. Two roads diverged in a yellow wood And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth; Then took the other, as just as fair, And having perhaps the better claim Because it was grassy and wanted wear, Though as for that the passing there Had worn them really about the same, And both that morning equall...

Warna Kehidupan

Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan keperlbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama, namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain. Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya walaupun kelihatan sama. Unik kan? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah.  Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama ciptaannya. Buktinya, liha...

Nikmat Hijrah

Alhamdulillah... Hanya perkataan itu yang mampu aku ucapkan.. Sujud 1000 tahun pun tidak cukup atas nikmat yang tak ternilai ini.. Terima kasih ya Allah atas hidayah yang tidak terhingga ini. Sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku cuma gadis biasa, bukan dari sekolah agama, bukan juga dari keluarga ulama.. Aku hanya ingin berkongsi cerita tentang nikmat Allah yang tak terhingga buat hambaNya.. Kisah ku bermula saat pertama kali aku melihat seorang gadis yang sangat manis bertudung labuh di salah sebuah kedai, di bazaar ramadhan.. Aku terpegun seketika.. Subhanallah.. Sejuk mata memandang.. Ya Allah, beginikah rupa penghuni syurgaMu? Subhanallah.. Terasa malu melihat diriku sendiri, kerana walaupun aku dibiasakan bertudung sejak kecil, berbaju lengan panjang dan tidak jarang, namun auratku hanya ditutup ala kadar sahaja.. Dulu, pernah juga terdetik di hati ini untuk bertudung labuh, kononnya ingin mengikut langkah ibu.. Namun, oleh kerana taku pada perlian teman-t...

QR Code Application

My QR Code Blog with Facebook  MY Blogspot QR Code   My Face Book QR Code 

Sales Item

SALES ITEM TO LET GO   Please Contact Me : Norashikin Abu Bakar . e-Mail : ashikin7779@yahoo.com Harga Boleh Runding ...

Jualan Beg Lap Top ( Top Loader )

SALE ITEM LIMITED STOCK  Top Loader Lap Top Bag ( Black Color ) Harga  : Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Sahaja ( RM 70.00 ) Sila Hubungi : Norashikin binti Abu Bakar e-Mail : ashikin7779@yahoo.com Pandangan Belakang Beg  Pandangan Depan  Beg  Cepat... Cepat ... Stok Terhad Siapa Cepat Dia Dapat ....

Ampunkan Saya

Comments by ZingerBug.com Harap Maaf Semua Pengunjung Laman JiwaIslam ... Saya sejak ini lalai sangat sampai terlupa kemaskini isi kandungan blog Jiwa Islam ... InsyaAllah jika saya ada kelapangan akan kemaskinikan laman blog saya ini yang hampir 5 tahun saya bina ... Syukran sudi melawat laman blog saya ini ...

Peminangan (Khitbah) Sebelum Pelaksanaan Pernikahan

Definisi Peminangan.Beberapa ahli Fiqih berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan. Di antaranya adalah sebagai berikut: Sayyid Sabiq dengan ringkas mendefinisikan pinangan (khitbah) sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang dengan perantaraan yang jelas. Pinangan ini merupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum mengadakan pernikahan agar kedua calon pengantin saling mengetahui. Wahbah Zuhaili pula mengatakan bahawa pinangan (khitbah­) adalah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawasanya ia ingin menikahinya, baik langsung kepada perempuan tersebut maupun kepada walinya. Penyampaian maksud ini boleh secara langsung ataupun dengan perwakilan wali. Adapun Amir Syarifuddin mendefinisikan pinangan sebagai penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan perkahwinan. Peminangan disyariatkan dalam suatu perkahwinan yang waktu pelaksanaannya diadakan dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah. Al-Hamdani berpendapat bahwa pinan...

Damai

Dua hari lepas saya berkejar ke universiti. Kuliah saya bermula 1.00 tengahari dan berakhir 1.50 petang. Kemudian ia bersambung lagi pada jam 2.00 sehinggalah jam 2.50 petang. Bangunan kelihatan sunyi sepi. “Dr, semua kelas dibatalkan untuk hari ini dan besok,” rakan sejawat memaklumkan. “Kenapa?” “Cuaca terlampau panas dan penyaman udara tidak berfungsi”. Saya senyum. Lalu semalam saya mencari tempat yang lebih dingin dan mendamaikan. Di mana? Tentu sekali di Haram. Sudah lama saya tidak solat sunat Dhuha di Raudhah. Saya memasuki pintu belakang. Mata saya memerhati keadaan. Beginilah keadaan Masjid Nabawi pada jam 9.00 pagi. 90 peratus kawasan solat tidak berpenghuni. Hampir keseluruhan bahagian depan dihadangi oleh kanvas putih-biru bagi memberi ruang jemaah wanita bersolat dan berdoa di Raudhah. Namun 4-5 saf depan masih lagi diuntukkan kepada kaum lelaki. Ia ruang tengah berhampiran dengan Raudhah dan masjid asal Pada waktu inilah kelihatan begitu ramai krew Ma...

Bercouple Atau Jual Mahal

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal? Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak. Cinta Monyet Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar. Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima. Saya bingung. Memang terlalu...