Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Isu Kalimah Allah

Islam Agama Bertoleransi (Ulasan Isu Kalimah Allah) www.iLuvislam.com abidfana * Editor : kasihsayang Islam adalah agama yang dipenuhi dengan semangat toleransi dengan agama yang lain. Hubungan Islam khususnya dengan agama samawi (ahlul kitab) yang lain, iaitu Kristian dan Yahudi juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan sebab itulah kita dibenarkan memakan haiwan sembelihan mereka dan juga Muslim lelaki dibenarkan mengahwini perempuan ahlul kitab. Akan tetapi, hubungan Islam dengan penganut agama Kristian adalah lebih rapat berbanding dengan penganut agama Yahudi. Fakta ini jelas termaktub di dalam surah al-Maidah ayat 82: لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوۤاْ إِنَّا نَصَارَىٰ ذٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras s...

Qada' dan Qadar

Rukun Iman Ke Enam www.iluvislam.com Lailatulema Editor:lailatulema Pastinya sahabat semua maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh Mahfuzh sepertimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi: ‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Al...

Kekuatan

Ak u Perluka n Ke ku at an www.iluvislam.com Syed Al-Yahya Editor : arisHa27 Ya Allahu Ya Aziz, Aku hambamu yang lemah, Hati ini memerlukan kekuatan , Untuk menghadapi sisa-sisa hidup, Yang sukar dibatasi, Kerna kemodenan arus duniawi, Yang semakin hapus kearah ukhrawi . Ya Allahu Ya Malik, Pohon ku di dunia ini, Kuatkan semangat hambamu yang beriman, Dalam mengatur langkah di dunia ini, Agar mereka menjadi contoh, Teladan kepada setiap insan , Yang menghampiri kelalaian terhadapMu. Ya Allahu Ya Qahhar, Kuatkan hati setiap muslim didunia ini, Teguhkanlah iman mereka, Agar mereka terus menerus memujiMu, Izinkan mereka mendapat hidayahMu, Sebenar-benar hidayah. Penuhilah hati para muslim, Dengan limpahan hidayah mu yang agung , Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah. Ya Allahu Ya Hafiz, Peliharalah hati kami ini , Agar tidak dilimpahi dengan maksiat, Peliharalah hati kami dari segala noda dunia, Limpahilah hati kami dengan iman, Peliharalah kami dari kesesatan dunia , ...

Aurat kita

Pakaian www.weluvislam.com post by : cahaya_wanita edit by : nurkasihislam Didalam Al-Quran ada pelbagai firman Allahswt yang mengarahkan kita sebagai muslimin dan muslimat menutup aurat dalam artikel ini saya ada melampirkan 2 firman Allahswt sebagai panduan kita ia dipetik dalam Surah An-Nur yang bermaksud : Firman Allah SWT : "Katakanlah bagi orang Mukmin agar menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur:30) dan juga " Katakanlah bagi wanita Mukminah agar menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. " ( Surah an-Nur:31 ) Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa kedua-dua sama ada lelaki mahupun perempuan mempunyai hijab masing-masing sebagai penghalang ke arah kebaikan. Hijab bagi kaum Adam ialah menjaga penglihatan, begitu juga dengan kaum Hawa. Namun,hijab yang paling penting bagi kaum Hawa ialah pakaian mereka yang berfungsi untuk mengelakkan diri daripada maksiat dan gangguan. Pakaian mestilah menutup aurat. SYARAT- S...

Hijab

Hijab www.ilu vislam.com dihantar oleh : mfaizal fuad editor : IskethaykaL @}---~---{@ Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Anas bin Malik ra. berkata... Pertama kali ayat tentang hijab diturunkan adalah ketika Rasulullah SAW menikahi Zainab binti Jahsy. Pada pagi hari Rasulullah SAW menikahi Zainab, Baginda mengundang orang-orang lalu mereka makan dan kemudian pergi. Sekelompok orang masih tinggal bersama Nabi. Mereka tetap di sana untuk waktu yang lama. Rasulullah SAW bangkit dan aku pergi bersamanya hingga kami sampai di pintu ruangan 'Aisyah. Ketika Baginda menyangka mereka telah pergi, Baginda kembali dan aku kembali bersamanya dan mereka ternyata sudah pergi. Maka Baginda memasang tabir antara aku dan Baginda lalu turunlah ayat tentang hijab. "Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah Nabi kecuali kamu diizinkan makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang, maka masuklah dan jika kamu selesai mak...

Doa Kita

MENANTI DOA BERSAMBUT edited by: Itminaan www.weluvislam.com Sekarang, sudah banyak majalah-majalah yang berkonsepkan Islam di pasaran.. ada majalah Nur, Aniqah, Anis, Al-Islam, i-Islam, Solusi..tapi tak kurang juga hebatnya dengan lambakan majalah hiburan di pasaran yang mengagung-agungkan artis, dan tak lekang dengan gosip-gosip panas. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk memilih yang mana terbaik untuk diri masing-masing. Jika lapar, perut akan berbunyi...tapi jika yang laparnya adalah hati? Bagaimana ya? Jika hati ada suara, pasti ia akan menjerit minta dikenyangkan..renung-renungkan & sama-sama kita tarbiah our rohani. Ada monolog yang ingin saya kongsikan bersama kalian...mungkin ia nukilan penulis dalam ruangan majalah ini, Nurul Iman. Jom kita bangunkan hati yang tidur dan aktifkan iman yang lesu. Menanti Doa Bersambut Mengapa permintaanku masih belum diperkenankanNya? Doa bagaikan tidak bersambut…rintihan dan munajat bagai tidak kesampaian. Kerana Dia masih mahu ter...

Mana Solat Kita ????????????????

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan www.iluvislam.com Dihantar Oleh : akrimimathwa* Editor : naadherah Tiada agenda yang lebih besar daripada agenda mengingati Allah Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu. Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi...

Teka Teki

Teka-Teki Imam Ghazali www.weluvislam.com edited by: weluvislam Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya : Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1 : Orang tua Murid 2 : Guru Murid 3 : Teman Murid 4 : Kaum kerabat Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) . Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1 : Negeri Cina Murid 2 : Bulan Murid 3 : Matahari Murid 4 : Bintang-bintang Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Soalan ketiga Iman Ghazali : Apa yang p...

Kurma..Dates..التواريخ...日期...Дата...kuupäevad

Khasiat Buah Kurma www.iluvislam.com Dihantar oleh : are-cik_nmr Editor : almusafirq8 Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix . Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit, sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain, maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Maksud hadith: Daripada Anas bin Malik R.A telah berkata: " Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji rutob(kurma basah) sebelum baginda menunaikan solat. Jika tiada rutob, maka b...

Adat vs Ibadat

Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat www.iluvislam.com oleh: tuan mohd rezza editor: deynarashid “Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga.. “Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar. Tergaman dibuatnya. Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging . Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan. Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokras...