Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Perkongsian: Bang, saya dah berhenti couple, tapi

Perkongsian: Bang, saya dah berhenti couple, tapi… cinta kita, atas apa kita membinanya? Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini. Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan. Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu. Bukan mengharamkan cinta Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas. Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengh...

Teman

Album : Teman Sejati Munsyid : Brothers Malam Siang Berlalu Gerhana Kesayuan Tiada Berkesudahan Detik Masa Berlalu Tiada Berhenti Oh Syahdunya Sejenak Kuterkenang Hakikat Perjuangan Penuh Onak Dan Cabaran Bersama Teman-Teman Harungi Kehidupan Oh Indahnya Berat Rasanya Di Dalam Jiwa Untuk Melangkah Meninggalkan Semua Kasih Dan Cinta Yang Terbina Ia Akan Selamanya Selamat Berjuang Sahabatku Semoga Allah Berkatimu Kenangan Indah Bersamamu Takkan Ku Biar Ia Berlalu Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita Hati Ini Sayu Mengenangkan Sengsara Di Dalam Perjuangan Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan Kedamaian Dan Jua Ketenangan Tetapi Ku Akur Pada Hakikat Suka Dan Duka Dalam Perjuangan Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

Teka-Teki

Teka-Teki Imam Ghazali Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya : Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1 : Orang tua Murid 2 : Guru Murid 3 : Teman Murid 4 : Kaum kerabat Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) . Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1 : Negeri Cina Murid 2 : Bulan Murid 3 : Matahari Murid 4 : Bintang-bintang Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Soalan ketiga Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1 : Gunu...

Maal Hijrah

Maal Hijrah Maal Hijrah ertinya “bersama hijrah.” Bersama hijrah bukan bermusim dan terhad sifatnya. Sambutan yang dibuat saban tahun tidak akan bermakna sekiranya ibrah dan hikmah di sebalik hijrah tidak terserlah. Ia akan terus menjadi ritual yang tidak membangunkan spiritual umat – sama seperti sambutan Maulid Nabi, Nisfu Sa’aban, Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan lain-lain lagi. Bersama hijrah bermaksud mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan dan memperjuangkan iman dan Islam berdasarkan “resipi” yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Hijrah yang menjadi tuntutan secara berterusan ialah berpindah atau berubah daripada buruk (jahat) kepada yang baik. Dan ukuran baik atau buruk itu dibuat berdasarkan perspektif iman dan Islam. Bersama hijrah dalam erti kata yang lebih luas ialah sentiasa berubah kepada Islam dan iman yang lebih baik sama ada untuk diri, keluarga, organisasi, masyarakat mahupun negara kita. Bersama hijrah juga bermaksud sentiasa melakukan perubahan ke ar...

Terkejut , Jawi

Penjajah Terkejut, Tulisan Jawi Dikuburkan www.iLuvislam.com Tulisan: AbidFana* Editor: NuurZaffan Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish. Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan ‘cerah’ fizikal dan akal. Semasa menguruskan kad keahlian perpustaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya. Antara yang amat menarik perhatian saya ialah: “Are you jawi people….. errr I mean from Malaya?” “Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia.” “How do you have a good English (Latin character) writing?” “Because simply I’d been grown up by this.” “Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it’s called jawi, and even a lot of people call your people as jawi.” Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga Brit...

7 Huruf

7 H ur uf Hi jai yya h dala m Sur ah Al-Fa tih ah www.iluvislam.com Oleh: pcs2916 Editor : naadherah Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab). Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Jim, kha', Zai, Syin, Zho' dan Fa'. Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut. Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurk...

Mencari Tuhan di Istana

M e nca ri Tu h an di I st a n a www.iluvislam.com Dihantar oleh: syabab33 Editor: RosNiza Abdullah Petikan daripada kisah Aulia' Allah. Kisah ini telah masyur tetapi disebutkan semula sebagai peringatan kepada kita semua. Juga sebagai mengambil barakah kemuliaan para kekasih Allah. Beliau adalah seorang Raja yang hebat yang hidup dalam penuh kemewahan. Istananya megah berhias permata, emas, dan perak. Makanan, minuman, kenderaan dan apa saja kemahuan semua tersedia. Suatu malam, ketika sedang beradu, beliau terdengar bunyi seperti orang berjalan diatas bumbung istana. Raja bingkas bangun lalu bersuara, "Siapa kamu diatas bumbung istanaku?" Ada suara orang dari atas menjawab, "Aku sedang mencari untaku yang hilang?" " Bodohnya kamu mencari unta kamu di istanaku," ujar si Raja. "Betapa pula tidak bodohnya kamu mencari Tuhan di dalam istana kamu," jawab suara orang itu penuh ketegasan. Raja terkejut dan tersentak mendengar j...

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah www.iLuvislam.com daffodil Editor : everjihad Dengan nama Allah Sebaik-baik Pemberi Ganjaran ... Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana? Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga? Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku? Aduhai pria. Adakah kau yang tercipta untukku? Jawab pertanyaanku ini. Jawab! Kau takkan pernah dapat memberi jawapan Kerna jawapannya bukan di tanganmu Tetapi di tanganNya. Di tangan Tuhan kita; Allah Tuhanku dan Tuhanmu Gelisahku memikirkan dirimu Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku Aduhai pria Maafkan aku. Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu Jemput diriku pabila waktunya tiba Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia Akan kucipta cinta bersama Dia Sebelum kucipta cinta antara kita Jadilah dirimu kumbang yang hebat Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar "i've leave him for the sake of Allah" Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbanan...

Kitab Riyadhus Salihin

Pengenalan Ringkas Kitab Riyadhus Salihin ‘Riyadh’ di dalam bahasa Melayu bermakna taman. Manakala ‘Salihin’ sebagaimana yang diketahui umum ialah orang-orang soleh. Oleh yang demikian, judul kitab yang diletakkan sendiri oleh Imam Nawawi ini bermaksud ‘Taman Orang-orang Yang Soleh’ memberikan gambaran bahawa isi kandungan kitab ini tentulah berkisar mengenai panduan hidup seorang manusia muslim yang berazam untuk menjadi seorang yang soleh. Di atas tujuan inilah, Imam Nawawi sendiri menegaskan di dalam pendahuluan kitab ini bahawa beliau berusaha untuk mengumpulkan secara ringkas hadis-hadis yang mampu menjadi panduan lengkap kepada umat Islam untuk menjalani hidup di bawah naungan keredhaan Allah swt. Oleh yang demikian, kita akan mendapati bagaimana isi kandungan kitab ini terdiri daripada hadis-hadis yang mencangkupi seluruh urusan kehidupan dan agama umat Islam. Kekuatan Tentunya sebagai sebuah kitab yang masyhur, ia sesuai dijadikan rujukan oleh generasi terkemudian berdasarkan k...

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun?

Siapakah Nabi Yusha` bin Nun? Assalamualikum.. Hari ini merupakan 10 zulhijjah 1430, selepas selesai solat & mendengar khutbah raya. Saya dan rakan terus pulang ke rumah. Seterusnya semua mereka bersiap untuk menghadiri jemputan ke rumah En. Sulaiman. Lain pula bagi saya & rakan sebilik (usama) bersiap untuk berjumpa tetamu warga Malaysia yang berkunjung di bumi syam Jordan ini. Ditugaskan untuk membawa mereka melancong. Excited sangat, maklumlah kali pertama membawa orang melawat kawasan Jordan. Memang sebelum ini saya bercita-cita mahu mencari pengalaman selain ingin mengenali Jordan ini dengan lebih lagi. Antara tempat yang kami lawati pada hari pertama raya haji ini adalah makam Nabi Syuaib a.s., laut mati, gua ashabul kahfi & Jabal Qala`ah. Ke mana-mana sahaja tempat kami lawati ada sahaja cerita yang kami (saya & sahabat tadi)ketengahkan. Terutama sekali sewaktu di Makam Nabi Allah Syuaib a.s. saya berlagak sebagai seorang penterjemah, bila seorang penjaga menceri...

Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

Sebab Doa Tidak Dimakbulkan Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa Aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...(al-Baqarah:186)" Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah. 1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA. 2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya. 3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya. 4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya. 5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA ...