Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

erima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu

Terima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu www.iLuvislam.com Bernama Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya. Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu. Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam. "Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan...

Dosa Jual Beli Hari Jumaat.

Dosa Jual Beli Hari Jumaat. Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa. Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu. Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan ...

Siti Khadijah

Siti Khadijah - by In Team Sari Kata Kaulah lambang cinta sejati Srikandi pertama tika Islam bermula Hatimu menyalakan keyakinan Hartamu membuktikan pengorbanan Rasul keseorangan engkaulah teman Dia tersisih engkau memilihnya Dia terbuang engkau menyayanginya Kerna iman kau sanggup berjuang Siti Khadijah namamu indah Qudwah hasanah tauladan ummah Tika Rasul terpinggir Engkaulah insan terhampir Siti Khadijah mujahidah solehah Agung jasamu dipersada sejarah Pemergianmu ditangisi nabi Hingga kini tiada pengganti Sunyi jalan menuju Allah Menggamit hati mencari teman Indah jalan menuju Allah Jika teman seperti Khadijah Masih ada lagi...

Di Sinilah Kita - In Team

Disinilah Kita by In Team Sari Kata Di sinilah kita Merancang dan bertindak Memerah fikiran Dan melerai masalah Namun kita tetap manusia Tenaga kita tak ke mana Fikiran kita ada sempadannya Di sinilah kita berfikir dan berkerja Namun kita tetap lemah Hanya bersyukur pada Tuhan Kita pastinya akan gagah Selagi kita terasa lemah Selama kita tunduk dan menyerah Pada kehendak dan kudratnya

Kaaba

Orang Islam Sembah Kaabah? Salam 'alaykum.. semalam punya semalam (ana tak ingat bila) ana ada ym dengan sorang sahabat, kami ada berdiskusi sikit dan terkeluarlah tentang non muslim yang bertanya tentang orang islam sembah kaabah. Katanya, ustaz mereka cuba menguji, bagaimana kalau nak jawab jika ada non muslim bertanya begitu. Baru terfikir tentang benda ni, sebelum ni tak pernah terfikir pun. Tetiba terjumpa lak jawapannya di account myspace seorang kakak ni. Memang seronok tengok myspacenya, terlalu banyak tentang agama. Pape pun, meh kita baca camna nak jawab kalau depa tanya.. 1. Kaabah hanyalah direction. Orang Islam tidak menyembah kaabah. Orang Islam hanya menghadap kaabah. Kalau kita tanya org hindu atau cina yg menyembah berhala, "katakan kita alihkan patung berhala yang kamu sembah ke tempat yang lain, ke arah mana kamu akan sembah?" Dia akan jawab, "di mana sahaja patung itu berada." Katakan kaabah dialihkan ke Amerika. Adakah org Islam akan menghad...

Sugi

Sunnah Bersiwak www.iLuvislam.com sayyid al-yahya Editor: b_b Islam memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman. Kebersihan dilihat melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wuduk, kebersihan pakaian dan tempat ibadat. Nabi s.a.w menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani atau jasmani, sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran, harus dipastikan bersih. Anggota luaran lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian dan dandanan kerana ia membentuk personaliti diri seseorang selain mengelak penyakit. Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bers...

Empat ..Four...Papat...4..اربعا....

Empat Tabiat Menghadapi Peperiksaan Peperiksaan kita hadapi sekarang ini sebenarnya menuntut kita supaya mempunyai 4 sikap utama ketika melakukan pelbagai perkara atau kerja. (Pre-Exam to Exam) Pertamanya adalah berikhtiar atau berusaha yang bersungguh-sungguh dan keduanya iaitu selepas itu, adalah bertawakkal. Islam tidak mengajar umatnya hanya dengan duduk diam tidak berusaha apapun dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Usahalah dulu bersungguh-sungguh, doa banyak-banyak kemudian, barulah bertawakkal kepadaNya iaitu menyerahkan segala kesudahan itu kepada ALLAH SWT. Sikap yang kita lakukan ini akan dapat mengusir prasangka buruk terhadap apa yang bakal kita temui nanti. Sesuatu yang buruk berlaku itu tak semestinya tak baik untuk kita, dan sesuatu yang baik itu tak semestinya baik untuk kita. Fikirkanlah... kerana hanya Allah lah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya” (At-thalaq:3) Maka, hati orang y...