Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

Apa Nak Jadi

Hina Again apa kejadah zaman sekarang ni sering sangat kita dengar orang Islam sendiri menghina Rasuluallah yang menjadi satu ikon kepada kita membina peribadi mulia . Apa kalian semua yang hinakan Rasuluallah tidak takutkan azab Allahswt ...Sudahlah kita ini tidak mengamalkan apa yang diperintahkan oleh baginda itu pun satu penghinaan kecil kepada baginda . Sekarang pula ditambahkan dengan penghinaan apa nak jadi? Refer Dibawah ini .... sumber

Malas ??? Malas !!!!

Kenapa Malas? www.iluvislam.com Oleh: Kaseh Editor: NuurZaffan Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang. Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya. Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas. Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif. Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yan

Pening

aku naik pening sejak ni ada sahaja masalah yang kritikal kat muka bumi ... sampai bila ia akan berakhir ya???????? masalah aku yang paling utama laman forum aku weluvislam.com bila boleh kembali kepada yang asalnya server down pula.....

Mengapa Begini?

Tazkirah Jumaat: Mengapa manusia berani menentang Allah secara terbuka? Sejak akhir-akhir ini, para ulama' sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar. Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam. Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah as-Syams (91), Allah berfirman yang bermaksud : 7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - b

Ilmu @ Harta

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (Hadis Riwayat al-Bukhari) Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana s

10 Mahmudhah dan 10 Mazmumah

صفة-صفة محموده Taubat : Kembali ke fitrah asal dari dosa yang silam Khauf : Takut akan Allahswt Zuhud : Meninggalkan barang yang lain selain dari Allahswt. Sabar : Menahan diri Syukur : Mengakui dan memuji akan nikmat Allahswt Ikhlas : Menumpukan niat kepada Ibadat Allahswt. Tawakkal : Berserah diri kepada Allahswt Mahah : Lebihkan Allahswt Redha : Menerima dengan hati yang tenang apa-apa yang didatangkan oleh Allahswt. Zakratulmaut : Mengingati akan mati. صفة-صفة مذمومه Syaratul Tho'am : Makan & minum berlebihan atau gelojoh Syaratul Kalam : Banyak bercakap Ghad : Pemarah Hasad : Sifat pendengki Bakhil : Kedekut Hubbuljah : Cintakan kemegahan Hubbuldunia : Cintakan dunia Takbur : Membesarkan diri Ujub : Berbangga diri Riya' : Menunjuk-nunjuk * Pilihlah yang mana kehendak Iman kamu

Mejadi sahabat Allah

Setiap orang seharusnya berusaha menjadi ‘sahabat’( hamba yang dekat denganNya) Allah, kerana Tuhan tidak pernah menolak para hamba dari mendekatiNya. Alasan utama mendatangi majlis Ilmu dan Zikir, mendalami ilmu-ilmu agama adalah untuk menyiapkan diri meraih kedekatan itu. Namun perlu diingati,tidak seorang pun dapat menjadi ‘sahabat’ Tuhan tanpa menjadi sahabat bagi semua hamba-hambaNya. Hamba-hambaNYA yang dimaksudkan adalah para nabi dan rasul, khususnya Nabi Muhammad saw, para sahabatnya, dan pewaris para nabi iaitu golongan ulama’. Adalah mudah mengaku sebagai sahabat Tuhan, tetapi tidak mudah menjaga keselarasan dengan sesama manusia. Pencapaian kedekatan dengan ‘jiwa-jiwa’ para kekasih Allah adalah bukti kehambaan seseorang kepada Tuhan.Mungkin saat ini, selama kamu berada di medan menuntut Ilmu dan majlis Zikir, mudah untuk merasakan kedekatan kamu dengan Allah kerana didampingi teman sesama pencari kebenaran. Namun ketika kembali ke tempat asal akan merasa kesusahan kerana be

Terapi Jiwa

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod

Istiqamah

Firman Allah s.w.t.: “Maka tetaplah kamu pada jalan yang lurus(benar) sebagaimana telah diperintahkan kepadamu.” Surah Hud:112 Dato’ Hj Dusuki Ahmad dalam bukunya Kamus Pengetahuan Islam mencatatkan bahawa istiqamah itu ialah: “tetap hati, tekun dan terus-menerus menggiatkan usaha untuk mencapai cita-cita.” Menurut definisi ini, kita fahami bahawa individu yang mudah lemah semangat, mudah patah hati, mudah kecewa, kerja sambil lewa, tidak tetap pendirian, pemalas dan suka ponteng adalah individu yang tidak istiqamah. Sebenarnya istiqamah itu lebih meluas pengertian, konteks dan kehendaknya dari sekadar kosisten. Sebagaimana pengertian akhlak dan etika. Akhlak itu lebih syumul, murni dan berpahala serta didorong oleh iman, manakala etika hanya sifat yang dibiasakan pada waktu dan ditempat tertentu tanpa dikaitkan dengan iman. Etika belum tentu kekal menjadi pakaian diri berbanding dengan akhlak yang telah sebati. Istiqamah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, baik rohaniah at

Risik?????????

Pada suatu masa yang ditetapkan ... Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang, menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding bersendirian.. Diarak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahad.. Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH.. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. Pernahkah taubat sepanjang hayat.. Atau terkubur bersama dosa-dosa.. Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka.. WALLAHU'ALAM.....

Beringatlah Kita

Dalam hal ini bijak bistari pernah berpesan, 'berfikir itu pelita hati'. Pepatah Melayu pula mengatakan, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian yang begitu mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian. Maksudnya:'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebu

BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA

BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA www.weluvislam.com by :nurkasihislam   Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan  motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi  segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi... Kenapa AKU DIUJI?  "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;  "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya  kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."  -Surah Al-Ankabut ayat 2-3  KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh  jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah  mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."  -Surah Al-Baqarah ayat 216  KENAPA UJIAN SEBERAT INI?  "Allah tidak membebani seseor

Renungkan Dakwah dan Cinta

agaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal. “Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta. Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri. Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar. Lawan Vs Kawal “Kamu perlu lawan perasaan itu.

Rukun Iman

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:- Percaya kepada Allah   Allah (dibaca ALlâh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah digunakan secara khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab. Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai ganti perkataan Inggeris Lord. Tetapi perkataan Allah dalam terjemahan Bible bahasa Melayu masih diperdebatkan. Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilah) memberi erti Tuhan. Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang ESA. P

Tawadhu'

Andaikata kita benar-benar dapat meletakkan diri kita secara tepat dalam hidup ini, nescaya hidup ini lebih ringan, lebih tenang dan lebih barakah. Sayang, kita kadang tidak cukup waktu untuk mengenal diri sehingga kita merasa lebih dari kenyataan, ataupun kita merasa lebih rendah dari apa yang Allah kurniakan. Inilah hikmah yang ingin kita singkapkan dari kehidupan.Tanamlah diri kita di dalam tanah kerendahan, kerana setiap suatu yang tumbuh tapi tidak ditanam maka tidak sempurna buahnya. Siapa yang merendah diri, Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang sombong diri Allah akan menghinakannya.Akar yang menghujam ke dalam tanah membuat pohon kian kukuh tapi pohon yang akarnya jauh dari tanah ketika disiram air, pohon itu bisa jatuh, runtuh. Makin kukuh akar mencengkam tanah, biarlah ianya dihempas badai , diterjang taufan , ditiup angin nescaya ia tidak akan goyah. Begitulah jelasnya orang-orang yang benar-benar menikmati hidup buah dari amal yakni orang-orang yang tawaduk atau orang-

Sinar Cahaya Ayat Kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. HIKMAH AYAT KURSI MENGIKUT HADIS: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-

ikhlas

Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11) Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83) Ikhlas. Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya)