Skip to main content

Profit Minded Punca Kejatuhan Islam

Profit Minded Punca Kejatuhan Islam


Mutakhir ini ramai masyarakat kita di Malaysia berniaga. Apabila kita mendengar orang Islam kita berniaga, ayuh jom pakat mari sokong! Ya kita seharusnya menyokong orang Islam, tidak kiralah mereka daripada mana bangsa sekalipun sama ada India, Cina, dan Melayu. Asalkan mereka dari kalangan orang Islam ayuh sokong.


Bagaimana cara kita menyokong mereka? Sudah tentu dengan membeli barangan yang mereka jual, tidak kiralah daripada produk mana pun, asalkan tidak melanggari syariat Islam, selagi itulah kita seharusnya menyokong. Namun jika ia terang-terangan melaggari sahlah kena ‘banned’ atau memboikot. Namun tindakan ini tidak akan menambah usahawan Islam, sebaliknya kita nasihat dahulu individu terbabit, lihat macam mana reaksi dia terhadap nasihat kita. Kalau dia masih dengan amal dia yang tidak betul tu. Cubalah cara lain untuk ‘tackle’ dia. Macam mana? pandai-pandailah, anda pandai ‘tackle’ perempuan, takkan ‘tackle’ lelaki untuk kembali ke jalan yang benar tidak boleh?

Sebagai contohnyalah, nikuve ni sentiasa berada didunia dan alam maya ni. Ada juga lihat banyak betul web/blog yang menceritakan mengenai gossip artis tanah air. Bermacam-macamlah, takkan tu pun nak sebut? Kata dah besar fikiran matang dan berilmu. Kalau tidak diamalkan apa gunanya? ‘no value addedlah!’

Nikuve tahu dalam banyak web/blog dalam dunia maya ni, blog hiburan berintikan gossip semua tu sudah pastinya mendapat rank yang tinggi di Google. Trafik pun amat menggalakkan. Si penyelia hosting pun memang amat suka tidak ingat dunialah host website seperti ini kerana gerenti duit poket masuk bulan-bulan punyalah. Oh Dunia! Demimu daku sanggup melakukan apa sahaja asalkan duit masuk dalam poket bulan-bulan, tak fikir dah benda ni semua tuhan rekod masuk buku log. Ingat senarai pelanggan beli itu beli ini masuk duit situ masuk duit sini sahaja yang masuk buku log ka?

Jika anda bijak pandai, siapa yang berikan rezeki pada anda? Ya, sudah tentu ramai yang mengatakan Allah bagi umat Islam dan Tuhan bagi yang bukan Islam. Masing-masing mempercayai bahawa Tuhan yang memberikan segala nikmat dan rezeki kepada umat manusia. Namun kenapa masih ramai umat Islam masih tidak berfikir? Kita telah kufur nikmat pemberiannya dengan melakukan perkara yang amat dibenci oleh Islam. Apatah lagi ingin mendapat keberkatan dalam hidup?

Sebab apa Nikuve kata “Profit Minded Punca Kejatuhan Islam”? Semestinya kerana tiada keberkatan dalam hidup. Islam tidak melarang kita nak berniaga apa-apa pun atas bumi ni, yang penting mestilah mencapai keberkatan. Belum masuk soal “Halal dan Haram”. Nikuve rasa lagi parah?
sumber : nikuve diarys

Comments

Popular posts from this blog

Peperangan Uhud

Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

Ekonomi Dalam Bayangan

Hari ini ramai yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank. Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation'). Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. Persoal...

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001 Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001. Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India. Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran. Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan. Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong. PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu. Insiden itu tel...