Skip to main content

Nama² Al-Quran

Nama² Al-Quran


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Selasa 16 Jun 2009 bersamaan dengan 23 Jamadil Akhir 1430H. Nama² Al-Quran. Sebelum ni, saya juga tak tahu bahawa al-Quran ni ada juga nama lainnya. Bila dah terbaca info ni, baru saya tahu. Rupa²nya banyak juga nama al-Quran ni. Ada 99 semuanya. Jom baca, beberapa nama al-Quran yang mungkin kita tidak ketahui selama ni. Semoga bermanfaat, Insya-Allah.

Selain daripada nama AL QURAN, kitab Allah ini juga mempunyai nama nama lain yang di beri Allah kepada kitab nya itu.Ada Ulama telah menghitung nama nama AL QURAN hingga mencapai sehingga 90 nama.Namun yang termashur di antaranya ialah:


AL KITAB - Nama yang cukup sinonim dengan nama AL QURAN.Allah berfirman yang bermaksud: "KITAB ini tidak ada keraguan padanya." (Surah Al Baqarah:2)

AL FURQAN - yang bermaksud pembeza.Ini kerana AL QURAN adalah pembeza yang memisahkan antara yang hak dengan yang bathil atau kebenaran dengan kesesatan dan cahaya dengan kegelapan.Allah berfirman yang maksudnya, "Maha Suci Allah yang telah menurunkan AL FURQAN kepada hamba nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam." (Surah Al Furqan:1)




AL-ZIKR - yang bermaksud peringatan.Hal ni sungguh jelas sekali kerana AL QURAN itu merupakan peringatan kepada manusia dan jin. Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sesunggunya Kamilah yang menurunkan perigatan dan sesungguhnya Kami benar benar memeliharanya." (Surah Al Hijr:9)

AL-MUBIN, AL-KARIM,AL-KALAM dan AL-NUR adalah juga nama nama AL QURAN saperti yang di sebut oleh Imam Al Sayuti di dalam kitab nya Al-Itqan.

(Rujukan: Kitab Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan)

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...