Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Renungan

Dalam pesanan ringkas ini,saya ingin membawa semua pembaca supaya berfikir sejenak,dan mengambil tindakan sesuai dengan logik akal.Dalam dunia yang dipenuhi segala propaganda,kita mesti bijak menapis segala maklumat yang ada,bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.Gunakan akal anda.Bertindak dengan bijak. Saya menujukan pesanan ini khusus kepada orang Islam di Malaysia atau Muslim Malaysia,khasnya orang Melayu kerana mereka adalah tunjang kepada majoriti umat Islam di Malaysia.Saya mulakan dengan realiti politik di Malaysia.Kebanyakan dari kita tahu bahawa kita mengamalkan demokrasi.Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai,maka untuk tujuan propaganda,muncullah parti-parti politik.Sekumpulan orang yang berkerjasama untuk meraih undi lebih berkesan dari hanya satu individu bekerja untuk meminta simpati orang ramai.Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting untuk menjadi juara demokrasi;siapa me