Skip to main content

Sunat Solat

Perkara Sunat Dalam Solat

Sunat ketika melakukan sembahyang ada dua jenis iaitu sunat ab‘adh dan sunat hai’ah. Sunat ab‘adh ialah setiap perkara yang dimestikan sujud sahwi pada akhir sembahyang jika meninggalkannya. Sementara sunat hai’ah pula, setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sujud sahwi.

Sunat Ab‘adh

1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan setiap dua raka‘at dalam sembahyang Zuhur, ‘Asar, Maghrib dan ‘Isya’.

2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas
tasyahhud awal tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.

3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi
wasallam selepas tasyahhud akhir.

4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab‘adh di atas.

5. Bacaan qunut semasa i‘tidal pada raka‘at sembahyang Subuh, pada raka‘at akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.

Sunat Hai’ah
Sunat hai’ah sangat banyak semasa melakukan sembahyang. Secara umumnya, sunat hai’ah boleh diringkaskan kepada perkara-perkara berikut:

  • 1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku‘
    dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.

2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.

3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.

4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.

5. Membaca al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.

6. Selain daripada itu, ma’mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka‘at pertama sembahyang Maghrib dan ‘Isya’, Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’, tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara.

7. Membaca selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma’mum atau bersendirian.

8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma’mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka‘at ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka‘at pertama.

9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.

10. Membaca semasa mengangkat kepala daripada ruku‘.

11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.

12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.

13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada
selain mereka yang masbuq dan yang lupa.

14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.

15. Berdoa dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas
tasyahhud akhir.

16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.

17. Khusyu‘, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi
perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.






Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...