Skip to main content

Pristiwa Kampung Medan

SENGKETA BERDARAH MELAYU-INDIA DI KAMPUNG MEDAN, 2001

Tragedi berdarah ini berlaku pada tanggal 4 Mac 2001 dan berlanjutan selama 5 hari sehingga 8 Mac 2001.

Ianya bermula di Kampung Medan,Petaling Jaya dan membabitkan dua kaum terbesar di negara kita iaitu Melayu dan India.

Malahan ianya turut merebak sehingga membabitkan beberapa buah kampung dan kawasan berhampiran.
Antaranya ialah Kampung Gandhi,Kampung Lindungan,Kampung Datuk Harun,Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama.

Dalam masa yg singkat,sengketa ini telah menular ke kawasan sekitar Kampung Medan.
Pergaduhan di laporkan turut tercetus di sekitar  Petaling Jaya, termasuk Jalan Gasing,Kelana Jaya,Sungai Way,Bandar Sunway dan Puchong.

PUNCA TERCETUSNYA PERGADUHAN

Pergaduhan antara dua kumpulan berlainan bangsa ini dikatakan bermula ekoran satu kejadian.

Seorang lelaki berbangsa India dikatakan menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak majlis perkahwinan orang Melayu.

Insiden itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan mereka yg menghadiri dan berada di majlis perkahwinan tersebut.
Rata-ratanya adalah penduduk setempat yg berbangsa Melayu.

Kemudian,tercetus pertengkaran kecil dan perang mulut antara kedua2 pihak tersebut.

Lelaki India tersebut yg tidak berpuas hati kemudiannya telah mengajak sekumpulan  samseng dan menyerang majlis perkahwinan orang Melayu tersebut.

Dikatakan lebih daripada 200 orang telah terlibat dalam pergaduhan itu.
Samseng-samseng berketurunan India itu dipercayai bukan merupakan penduduk yg menetap di kawasan tersebut.
Sebaliknya mereka adalah 'orang luar' yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan.

RENTETAN PERISTIWA

Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam.
Masyarakat India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka.

Manakala masyarakat Melayu di Kampung Medan juga turut sentiasa berkawal bagi menghadapi kemungkinan samseng India datang untuk menyerang mereka.

Sebenarnya,penduduk setempat yg terdiri dari kedua-dua kaum ini tidak takut atau risau akan jiran masing2.
Ini kerana mereka telah saling kenal-mengenali dan menjalani kehidupan seharian secara bersama selama hampir 3 dekad.

Apa yg mereka risaukan ialah kehadiran 'orang luar' iaitu sekumpulan anasir-anasir jahat yg berlagak samseng.
Mereka inilah yg telah menimbulkan kekacauan dan pihak yg mencetuskan kejadian ganas sehingga berlaku pertumpahan darah.

Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor ketika itu turut sempat menyertai penduduk yg berkawal di kuil Hindu yg terletak di Kampung Medan.

Beliau berbuat demikian agar orang-orang Melayu tidak bertindak di luar kawalan.
Malahan beliau turut menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara.

Rentetan daripada peristiwa itu,polis dan FRU telah dikerah utk berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama.

Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu,Datuk Mohamad Jamil Johari menyatakan,tragedi itu telah menyebabkan kehilangan nyawa 3 orang lelaki berbangsa India.

Mereka di kenal pasti sebagai K.Muneiretham,V.Segar,34 dan A.Ganeson,28.
Seramai 37 orang telah mengalami kecederaan daripada kedua2 belah pihak.

153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian.
Mereka terdiri drp 95 orang lelaki Melayu,56 org lelaki India dan 2 orang warga Indonesia.

Manakala sebanyak 98 senjata telah di rampas.
Ianya merangkumi pelbagai jenis senjata dan saiz.
Senjata berkenaan telah ditemui dan dirampas oleh pihak polis yang membuat sekatan dan serbuan.
Antara jenis senjata itu ialah parang,pisau,pedang samurai,rantai besi,paip besi,kapak,kayu dan juga senjata buatan sendiri.

Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyataka,sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar.
Beberapa buah bas dan van juga telah dirosakkan.

Kekacauan yg tercetus bukan sahaja memaksa pihak keselamatan terpaksa di kerah ke tempat kejadian.
Malahan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia juga turut tampil menghulurkan bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah.
St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan.
Khidmat anggota RELA juga di tagih utk membantu memandangkan keadaan yg huru- hara dan kacau bilau.

Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ianya akan berlaku.
Ekoran itu,pemimpin MIC dan UMNO telah tampil bersuara serta menyeru agar keharmornian kaum di perkukuhkan bagi memastikan agar ianya tidak berulang.

Dalam masa yg sama,HINDRAF melalui DAP telah membangkitkan isu ini di Parlimen Malaysia.
Mereka mempersoal dan mengatakan pihak polis tidak telus menjalankan siasatan berhubung tragedi tersebut.
HINDRAF mendakwa jumlah yg terkorban adalah seramai 6 orang,bukannya 3 orang.

HINDRAF turut mengkritik dan menyelar tindakan pihak polis yg tidak menyiarkan laporan siasatan mangsa yang terbunuh.

Kegagalan pihak berkuasa mengheret samseng-samseng yg terlibat untuk didakwa di mahkamah juga di persoalkan HINDRAF.

sumber asal:ohmymedia.cc

Comments

Popular posts from this blog

Bersabarlah Duhai Hati

Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

Alam Roh Yang Berbeza

Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...

ABC Dan Nama

ABC Dan Nama "Abang, betul tak adik tulis huruf ini?",  pinta seorang adik kecil kepada abangnya. Lelaki itu atau abang kepada budak kecil itu, tidak lain tidak bukan diri saya sendiri. Tersenyum saya ketika melihat tulisan adik saya yang baru memasuki tadika tahun ini, huruf A dan B ditulis secara senget dan terbalik sedikit. Kelakar melihat tulisan a,b,c nya, tapi saya simpan niat hendak tertawa sebaliknya memuji adik saya. Abang borek, adik pun rintik, mungkin sesuai saya gunakan disini, apabila suatu masa dahulu saya sendiri melakukan kesilapan itu. Lebih teruk, habis dinding rumah saya conteng dengan huruf A terbalik kerana kemaruk hendak menulis A,B,C. Hasilnya saya dapat 'C' dari ibu ataupun cubit. Itulah diri kita sewaktu masa dulu, belajar tulis dan baca dari seawal usia dimulakan dengan A,B,C atau alif, ba, ta. Pemahaman kita tentang perkataan dan formula yang susah pada hari ini, tidak mungkin berlaku tanpa mempelajari asas bahasa ini. Perkataan fatamorgan...