Skip to main content

Urus Jenazah (2)

SEMBAHYANG MAYAT

Syarat sembahyang mayat hadir ialah :

1. Serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain.
2. Mayat orang Islam.
3. Telah memandikan dan dibersihkan daripada najis.
4. Diletakkan di sebelah kiblat (di hadapan orang yang sembahyang).
5. Matinya tidak kerana perang Sabilillah.

Rukun sembahyang mayat tujuh perkara:

1. Niat dan caranya serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain.
2. Berdiri bagi orang yang berkuasa (berupaya).
3. Empat takbir, termasuk takbiratul ihram.
4. Membaca Fatihah.
5. Membaca Salawat.
6. Membaca doa ke atas mayat (bagi mayat).
7. Salam, elok dibaca selepas takbir yang ke empat sebelum salam

Peringatan:
  1. Membaca salawat boleh dibaca mana-mana satu salawat pun yang eloknya, dibaca salawat Ibrahimiah, iaitu:hingga akhirnya).
  2. Doa bagi mayat boleh dibaca dari mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat dan eloknya ialah:



- doa bagi mayat perempuan hendaklah dibaca hingga seterusnya.

  1. Mayat kanak-kanak hendaklah dibaca doa


  2. Mayat yang hendak disembahyangkan itu, sekiranya lelaki, kepalanya sebelah kiri dan imam berdiri tentang kepalanya, dan jika mayat itu perempuan, kepalanya di sebelah kanan dan imam berdiri bertentang tangan dan punggungnya.
  3. Mayat yang di dalam keranda, apabila hendak disembahyangkan, hendaklah dibuka tudungnya.

Perkara-perkara sunat bagi sembahyang mayat:

1. Mengangkat tangan ketika mengucapkan takbir.
2. Sirkan (senyapkan) semua bacaan di dalam sembahyang.
3. Berjamaah, dan jika dapat dengan 40 orang lebih baik.
4. Diperbuat 3 saf (barisan)

Yang lebih utama menyembahyangkan mayat itu ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak saudara seibu sebapa, kemudian asabah menurut terbit pusaka dan kemudian Zawin-Arham, jika didapati sama keadaan martabat mereka, maka didahulukan yang tua, dan jika tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut di atas itu, maka didahulukan orang yang terlebih faqih dan tua, dan jika tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut di atas itu, maka didahulukan orang yang terlebih faqih dan tua.

Menyembahyangkan mayat yang ghaib:
1. Mayat yang ghaib disembahyangkan walaupun telah dikuburkan.
2. Boleh disembahyangkan mayat yang telah dikuburkan di atas kuburnya.

Anak-anak yang gugur sebelum sampai bulannya:
  • Jika ada tanda-tanda hidup seperti bergerak, bernafas, menangis, maka mayat itu hukumnya seperti mayat orang besar.
  • Jika ada tanda-tanda hidup, tetapi ada tanda-tanda rupa manusia, maka hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan dengan tidak payah disembahyangkan.
  • Jika tiada tanda-tanda hidup dan tiada serupa kejadian manusia, maka tidak wajib padanya sesuatu, tetapi sunat dibungkus dengan kain dan ditanam.
  • Comments

    Popular posts from this blog

    Bersabarlah Duhai Hati

    Bersabarlah Duhai Hati Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Liha...

    Peperangan Uhud

    Petunjuk Arah Peta Tentera berkuda musyrikin yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal menyerang dan mencederakan tentera muslimin Kubu pertahanan tentera Islam sebelum peperangan Tentera memanah muslimin menyerang tentera musyrikin di atas bukit 'Ainain Kubu pertahanan tentera Musyrikin sebelum peperangan Pemanah muslimin turun dari tempat pertahanan mereka (Bukit 'Ainain) unutk berdepan dengan orang musyrikin Persiapan Quraisy Untuk Pertempuran Ganas Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum muslimin betapa berdukacitanya mereka dengan peristiwa yang tragedik itu. Selepas peperangaan Badar sel...

    Alam Roh Yang Berbeza

    Alam Roh Yang Berbeza Pada suatu hari, Abu Bakar r.a telah ditanya oleh seorang sahabat tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" · Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adni.  · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.  · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.  · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.  · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" · Orang-orang yang mati syahid.  · Orang-orang ...